IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, October 30, 2019

PROGRAM PEWARIS MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA (JaPen)

Jabatan Penerangan Malaysia akan mengajurkan Program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan 2019 yang bertempat di Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka yang akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada 1 November 2019 pukul 10.30 pagi.

Program selama empat (4) hari bermula pada 31 Oktober hingga 3 November 2019 dengan penglibatan seramai 100 orang mahasiswa/mahasiswi dari Universiti/ Institusi Awam dan Swasta. Antara pengisian program ialah:-
  • Keluarga angkat
  • Pemimpin bersama rakyat
  • Program keagamaan dan kenegaraan
  • Kembara jalinan kasih
  • Mahasiswa turun ke ladang
  • Khidmat masyarakat (gotong-royong)
  • Layar Bestari
  • Sukan rakyat

SESI PENDENGARAN AWAM JAWATANKUASAPILIHAN KHAS MENIMBANG RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA BEBAS ADUAN SALAH LAKU (IPCMC) 2019

PARLIMEN MALAYSIA

Cadangan CRAWLER untuk Sesi Pertama:

21 Oktober - 25 Oktober 2019

"Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 akan mengadakan sesi pendengaran awam pada 26 Oktober 2019 (Sabtu), jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Orang ramai dijemput hadir. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan ke Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia di talian 03-26017328 atau 03-26017330 atau emel ke ikpk.jpcm@parlimen.gov.my".

Cadangan CRAWLER untuk Sesi Kedua:

28 Oktober - 1 November 2019

"Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCM) 2019 akan mengadakan sesi pendengaran awam pada 2 November 2019 (Sabtu), jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Bilik Gerakan, Aras 4 Bangunan Persekutuan Pulau Pinang, Jalan Anson, Pulau Pinang. Orang ramai dijemput hadir. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan ke Bahagian Komunikasi Korporat Palimen Malaysia di talian 03-26017328 atau 03-26017330 atau emel ke jkpk.ipcmc@parlimen.gov.my".

Cadangan CRAWLER untuk Sesi Ketiga:

4 November - 7 November 2019

"Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (ICPMC) 2019 akan mengadakan sesi pendengaran awam pada 8 November 2019 (Jumaat), jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bilik Gerakan Dewan Negeri, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim. Orang ramai dijemput hadir. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan ke Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia di talian 03-26017328 atau 03-26017330 atau emel ke jkpk.ipcmc@parlimen.gov.my".

Cadangan CRAWLER untuk Sesi Keempat:

4 November - 9 November 2019

"Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebsa Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 akan mengadakan sesi pendengaran awam pada 10 November 2019 (Ahad), jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang di Bilik Kedah, Aras 2, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu, Sabah. Orang ramai dijemput hadir. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan ke Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia di talian 03-26017328 atau 03-26017330 atau emel ke jkpk.ipcmc@parlimen.gov.my".

Tuesday, October 29, 2019

SHOWCASE DRONEZ@SESMA 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN

SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MAHMUD 21300 KUALA NERUS, TERENGGANU

Perkara     : Showcase Dronez@Sesma 2019 Peringkat Kebangsaan
Tarikh       : 01 hingga 3 November 2019 (Jumaat-Ahad)
Masa         : 08.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat      : SM Sains Sultan Mahmud
Perasmian : YBM Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja                                          Ahmad Baharuddin Ismail Shah (Timbalan Menteri                                                  Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 3 November                                              2019




Monday, October 28, 2019

HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2019

Kerajaan Negeri Terengganu di bawah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar akan mengadakan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2019 Peringkat Negeri Terengganu

Tarikh : 2 November 2019 (Sabtu)

Tempat : Dewan Besar, Wisma Darul Iman

Masa : 7.00 pagi - 1.00 tengahari

Perasmian : YAB Menteri Besar Terengganu

Pelbagai aktiviti menarik seperti:-

  • Kempen Derma Darah
  • Kempen Hindari Plastik Sekali Guna
  • Kempen E-Waste
  • Kempen Ahli Rakan Alam Sekitar
  • Pertandingan Melukis Dan Mewarna Pelajar Sekolah Rendah
  • Pertandingan Melukis Poster Pelajar Sekolah Menengah
  • Gambut 'Fun Ride' Yang Akan Diadakan Di Sewan Sivik Gong Badak
  • Program Pendidikan Estecc Di Sekolah


Orang ramai dijemput hadir. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Di Talian 09-6261044 / Puan Zuraini 011-10913648

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN (RDPT) SUKU TAHUN KETIGA 2019

PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI TERENGGANU


Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan pameran Rang Daftar Pemilihan Tambahan Suku Tahun Ketiga 2019 (RDPT ST3/2019) mulai 30 Oktober hingga 12 November 2019 di tempat-tempat pameran yang telah diwartakan menurut penerangan 14(6) Peraturan-Peraturan (Pendaftaran Pemilihan) Pilihan Raya 1971 untuk semakan orang awam.


Wednesday, October 23, 2019

PROGRAM FIESTA JOM MASUK AIM BAGI CAWANGAN KUALA NERUS

KELAB USAHAWAN EKONOMI SAHABAT KUALA NERUS TERENGGANU (KUESKNT)


Perkara  : Program Fiesta Jom Masuk AIM Bagi Cawangan Kuala Nerus

Tarikh    : 2 November 2019

Masa      : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat  :  Dewan Serbaguna Tok Jembal

Peserta  : 1000 peserta


Sasaran Peserta

  • Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia
  • Usahawan Luar
  • Penduduk Setempat
  • Agensi Berkaitan
  • Graduan
  • Komuniti


Pelbagai Aktiviti Sepanjang Hari, antaranya:-

  • Supa Dupa
  • Pertandingan Bey Blade
  • Pelbagai Jualan
  • Pameran Agensi
  • Cabutan Bertuah
  • Lelongan Sayuran dan Ikan dan pelbagai lagi aktiviti menarik

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO BERSEMPENA 2020 YEAR OF ASEAN IDENTITY

SEKRETARIAT ASEAN


Sekretariat ASEAN akan mengadakan pertandingan 2020 Year of ASEAN Identity Logo Design Competition for ASEAN Youths. Pertandingan ini telah mendapat sokongan Senior Officials Committee for The ASCC (SOCA) semasa Mesyuarat ke-54 ASEAN-COCI yang lalu. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Year of ASEAN Identity pada tahun 2020. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 23 November 2019.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 1441H/2019M

JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU PUSAT PENTADBIRAN ISLAM NEGERI


Perkara  : Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri                               Terengganu Tahun 1441H/2019M

Tarikh    : 9 November 2019M/ 12 Rabiul Awal 1441H (Sabtu)

Masa      : 8.00 pagi

Tempat  : Stadium Negeri, Kuala Terengganu

Tuesday, October 22, 2019

PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI KALI KE 26 TAHUN 2019

JABATAN ALAM SEKITAR


Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Jabatan Alam Sekitar akan menganjurkan Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pendidikan Tinggi Kali Ke 26 Tahun 2019 yang akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri MESTECC.

Pertandingan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan isu-isu semasa berkaitan alam sekitar, yang akan bermula pada 1 November 2019 di peringkat saringan dan akan berakhir pada 3 November 2019 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kuala Nerus, Terengganu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web dan Facebook Jabatan Alam Sekitar

PENGANJURAN SETIU WETLANDS FESTIVAL 2019 (SWF 2019)

KERAJAAN NEGERI DENGAN KERJASAMA MAJLIS PENGURUSAN TAMAN NEGERI


Perkara : Setiu Wetlands Festival 2019 (SWF 2019)

Tarikh   : Bermula pada 26 hingga 28 Oktober 2019

Tempat : Perkarangan Pusat Interpretasi Setiu Wetlands, Boardwalk Setiu

Pelbagai acara menarik seperti:-

  • Kayak X-plorace, Wetlands Master Chef, Penanaman Pokok Bakau, Mini Gotong Royong
  • Melukis dan mewarna
  • Persembahan Kebudayaan
  • Dikir Barat Dan Wayang Kulit
  • Sukan Rakyat dan sebagainya

Monday, October 21, 2019

KEMPEN PENGGUNAAN KERUSI KESELAMATAN BAYI / KANAK-KANAK, TALI PINGGANG KALEDAR BELAKANG DAN TALI PINGGANG KESELAMATAN BAGI PENUMPANG BAS EKSPRESS

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN; JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA (JKJR)


  • Mulai tahun 2020, kerajaan akan mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak, pemakaian tali kaledar belakang dan tali kaledar untuk penumpang bas.
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jkjr.gov.my
  • #JomKlik


  • Dah pakai tali pinggang hadapan, belakang, kerusi keselamatan kanak-kanak dan penumpang bas ketika di dalam kenderaan? Jom Klik !! Mulai tahun 2020, penguatkuasaan lebih tegas akan dijalankan jika anda tidak KLIK.


  • Rancangan perjalanan anda untuk pulang ke kampung. pandu dengan cermat, jalan raya tanggungjawab bersama, Jom Klik.

PEMBANGUNAN APLIKASI MyHRMIS MOBILE

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

Penjawat awam boleh memuat turun aplikasi MyHRMIS Cuti, MyHRMIS Profil, MyHRMIS Care, MyHRMIS Self Check dan MyHRMIS eGL di Google Play dan AppSTORE untuk capaian system HRMIS yang cepat dan mudah.




BIL

MyHRIMS MOBILE

TUJUAN / KEGUNAAN

1.

MyHRMIS Cuti

Semakan, permohonan cuti dan kebenaran keluar pejabat.

2.

MyHRMIS Profil

Semakan maklumat peribadi.

3.

MyHRMIS Care

Semakan untuk mengemukakan permasalahan mengenai HRMIS.

4.

MyHRMIS Self Check

Saluran Untuk menyemak ketepatan maklumat peribadi dan maklumat perkhidmatan dalam HRMIS.

5.

MyHRMIS eGL

Kemudahan perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan.

Wednesday, October 16, 2019

KEMASUKAN PELAJAR SESI 1/2020 KE IKBN WAKAF TAPAI, TERENGGANU

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA WAKAF TAPAI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN


Kemasukan pelajar sesi 1/2020 ke Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu telah dibuka mulai 01 Oktober 2019 sehingga 03 November 2019.

Syarat Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18 - 30 tahun
  • Tamat Tingkatan Lima
  • Belum Berkahwin
  • Sihat Tubuh Badan


Bidang-bidang Yang Ditawarkan:

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Hospitaliti
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan
  • Teknologi Pertanian

PENGAMBILAN PELAJAR IKTBN TEMERLOH SESI 1/2020

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA TEMERLOH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


Pengambilan Pelajar baru IKTBN Temerloh Sesi 1/2020 telah dibuka permohonannya bermula 01 Oktober - 03 November 2019 dengan melayari sesawang ekampus.kbs.gov.my

Syarat Am Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 - 30 tahun (Bujang)
  • Sihat tubuh badan
  • Bebas Kesalahan Jenayah/ Dadah


Kursus Yang Ditawarkan:

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan
  • Sijil Teknologi Kejuruteraan
  • Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (semburan cat)
  • Sijil Teknologi Automotif( penyelenggaraan kereta)



PROGRAM PINKTOBER: SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA

PMINT.URUS SDN BHD


Perkara : Program Pinktober: Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Tarikh: 28 Oktober 2019 (Sabtu)

Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Valet Parking, Kompleks Paya Bunga Square

'WORLD DIABETES DAY' PERINGKAT HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH 2019

HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)


Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akan mengadakan 'World Diabetes Day' pada 6 dan 7 November 2019 bertempat di Auditorium dan Ruang Legar Klinik Rawatan Harian (ACC), HSNZ.

Banyak program yang disajikan antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan dan penjagaan kaki percuma, pemeriksaan mata percuma, pameran kesihatan, demonstrasi makanan sihat, continuing medical education (CME) yang bertajuk 'Prevention And Reversal Of Diabetes' dan banyak lagi.


Orang Ramai Dijemput Hadir

PERALIHAN SEPENUHNYA DARI TV ANALOG KE TV DIGITAL PANTAI TIMUR MALAYSIA

MYTV BROADCASTING


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru sahaja mengumumkan Malaysia akan beralih sepenuhnya dari TV analog kepada digital pada 31 Oktober. Peralihan ini dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan kawasan Tengah dan Selatan pada 30 September, Kawasan Utara dan Pantai Timur pada 14 Oktober dan berakhir di Sabah dan Sarawak pada 31 Oktober. Siaran TV digital myFreeview memberi rakyat siaran HD, suara berkualiti tinggi dan perkhidmatan TV interaktif. 15 siaran televisyen dan radio dapat diperoleh secara percuma tanpa bayaran bulanan.


BENGKEL PEMERKASAAN KUALITI PENDIDIK PERPADUAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2019

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI TERENGANU


Perkara      : Bengkel Pemerkasaan Kualiti Pendidik Perpaduan Peringkat Negeri                                Terengganu 2019
Tarikh         : 19 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa           : 8.30 pagi
Tempat        : Dewan Seri Budi, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu
Perasmian   : Yang Berhormat Mulia Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni                            Raja Ahmad Baharuddin Shah (Timbalan Menteri Perumhan dan                                    Keraan Tempatan pada jam 5.00 petang pada hari yang sama.

Tuesday, October 15, 2019

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM DUTA SAINS TERENGGANU

PUSAT SAINS & KREATIVITI TERENGGANU (PSKT)


Perkara      : Majlis Perasmian/ Penutup Program Duta Sains Terengganu
Tarikh        :  17 Oktober 2019 (Khamis)
Masa           : 2.00 - 4.00 Petang
Tempat        : Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu
Kerjasama  : Repsol Oil & Gas Malaysia Limited

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada para pelajar untuk menjadi sains komputer yang terbaik dalam menyampaikan maklumat sains dengan kaedah yang kreatif, menarik dan mudah difahami disamping membina keyakinan diri para pesrta untuk berkomunikasi secara langsung dan tidak langsung.



Thursday, October 10, 2019

PESTA KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI TATI (TATIUC) KALI KE 21

TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC)


  • Sempena Pesta & Majlis Konvokesyen  TATI UnIVERSITY cOLLEGE (tatiuc) Kali Ke 21, pelbagai acara-acara menarik akan diadakan, antaranyaMalam Cinta Rasul TATIUC Berselawat, Mini Konsert dari artis-artis terkemuka tanah air (Syafiq Farhan, Ayie Lantana dan Roy Kapila), E-Spost, Kids Fun Zone, Inflatable Games, Pameran, Pelbagai jualan dan sebagainya.
  • Orang ramai dijemput untuk memeriahkan pesta konvokesyen yang akan berlangsung pada 16 - 19 Oktober 2019 yang bertempat di Kampus TATIUC, Telok Kalong, Kemaman.
  • Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai kami ditalian 011-21920995 atau layari www.tatiuc.edu.my untuk sebarang info.

Wednesday, October 9, 2019

PROGRAM FESTIVAL SETIU WETLANDS 2019

Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu
(Terengganu State Parks Management Council)

Kerajaan Negeri melalui Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu akan menganjurkan Festival Setiu Wetlands (FSW) 2019 sepertimana berikut:-

Tarikh        : 26 hingga 28 Oktober 2019

Masa          : 8.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat      : Pusat Interpretasi Setiu Wetlands, Kg. Pengkalan Gelap,                                                 Setiu

perasmian : Yang Amat Berhormat Menteri Besar

Program ini merupakan acara tahunan yang melibatkan agensi/ jabatan, badan NGO, pelajar sekolah dan komuniti setempat yang mempunyai pelbagai acara dan aktiviti, antaranya:-

  1. Penanaman pokok bakau/ mini gotong royong
  2. Pameran agensi
  3. Jualan rakyat
  4. Melukis dan Mewarna
  5. Robotic & Science Show
  6. Sukan rakyat
  7. Persembahan Kebudayaan
  8. Dikir Barat & Wayang Kulit dan banyak lagi

Tuesday, October 8, 2019

PROGRAM MEMBUDAYAKAN PERPAPUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN #PERPADUANDIHATI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu


Perkara    : Program Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian                                        #PERPADUANDIHATI Peringkat Negeri Terengganu
Tarikh      : 10 Oktober 2019 (khamis)
Tempat     : Mydin Mall Gong Badak
Masa         : 10.00 pagi

PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN DAN CAKNA PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu


Jabatan Negeri Terengganu akan mengadakan Program Jelajah Pendidikan Dan Cakna Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan berlangsung di Mesra Mall, Kemaman Terengganu pada 11 & 12 Oktober 2019. Jelajah Pendidikan akan bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam setiap hari.


Jelajah Pendidikan dan Cakna Pendidikan KPM akan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-


  1. Pameran Bahagian-bahagian KPM
  2. "Show case" kejayaan pelajar-pelajar Terengganu.
  3. Khidmat nasihat daripada Bahagian-bahagian KPM
  4. Persembahan tarian daripada murid-murid sekolah dan Institusi pengajian tinggi
  5. Persembahan band murid-murid Terengganu
  6. Persembahan tarian Sewang murid-murid Sk. Sg. Pergam
  7. Persembahan Kertuk Ulu murid-murid SMK Kuala Jenderis


Perasmian program akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik Menteri Pendidikan Malaysia


Tuan-tuan dan Puan-puan dijemput hadir ke program Jelajah Pendidikan dan Cakna Pendidikan KPM 2019 tersebut.
Sekian, Terima kasih

Monday, October 7, 2019

MAJLIS GRADUASI PELAJAR TINGKATAN LIMA DAN TINGKATAN ENAM SMK SULTAN SULAIMAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN 20400 KUALA TERENGGANU

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu akan mengadakan Majlis Graduasi Tingkatan Lima Dan Tingkatan Enam SMK Sultan Sulaiman Kali Ke- 4 Tahun 2019 pada Oktober 2016 (Sabtu) mulai  jam 9.00 pagi di Dewan Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Majlis Graduasi tersebut akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Rosol Bin Wahid, Ahli Parlimen Hulu Terengganu.


Pelajar-pelajar dan ibu bapa yang terlibat dijemput hadir.


Sunday, October 6, 2019

PROGRAM KARNIVAL RAKYAT SEJAHTERA

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN BULUH GADING


Perkara   : Karnival Rakyat Sejahtera
Tarikh     : 10, 11 dan 12 Oktober 2019
Hari         : Khamis, Jumaat & Sabtu
Tempat    : Padang Bola Kampung Buluh Gading
Masa        : 7.30 pagi - 11.00 malam


Pelbagai acara dan aktiviti yang akan diadakan semasa program berlangsung. Yang penting terdapt pelbagai hadiah dan cabutan bertuah.


Semua Dijemput Hadir

Wednesday, October 2, 2019

KARNIVAL KESIHATAN HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Perkara               :  Karnival Hospital Sultanah Nur Zahirah
Tarikh                 :  8 hingga 10 Oktober 2019
Masa                    :  9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat                : Stadium Negeri Kuala Terengganu
Perasmian Oleh  :  Yang Berbahagia Dato' Hj. Bahari Bin Dato' Tok Muda Hj Awang Ngah,                                                (Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Aktiviti-aktiviti yang menarik:-
  1. Pameran Kesihatan
  2. Fun Walk
  3. Pertandingan Mewarna
  4. Choral Speaking
  5. Mini Explorace
  6. Senamrobik
  7. Derma Darah
  8. Forum Kesihatan
  9. Aktiviti Di Booth
Ayuh beramai-ramai kerana terbuka kepada semua

MAKLUMAT PELUANG PENGAJIAN PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI SECARA PERCUMA BAGI GOLONGAN B40

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UiTM CAWANGAN TERENGGANU 

Perkara :  Maklumat Peluang Pengajian Program Pra Pendidikan Tinggi Secara Percuma Bagi                            Golongan B40


  • Peluang menyambung pengajian di UiTM khususnya di UiTM cawangan Terengganu dalam Program Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains dengan yuran pengajian dan yuran asrama secara percuma kepada golongan B40 serta diberikan elaun bulanan sepanjang pengajian pra diploma.

PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT SEKOLAH RENDAH TERENGGANU 2019

PERSATUAN SENI DIKIR BARAT TERENGGANU (PENDIKIR TRG)

Perkara         : Pertandingan Akhir Dikir Barat Sekolah Rendah Terengganu
Tarikh           : 5 Oktober 2019
Hari/ Masa   : Sabtu, 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat          : Auditorium JKKN Terengganu, Kuala Ibai

Tuesday, October 1, 2019

PENGAMBILAN PELATIH DI GIATMARA SETIU, TERENGGANU BAGI SESI 1/ 2020

GIATMARA SETIU

PERKARA : PENGAMBILAN PELATIH DI GIATMARA SETIU, TERENGGANU                        BAGI SESI 1/ 2020

TARIKH     : TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA/ SEBELUM 10                          DISEMBER 2019

KURSUS YANG DITAWARKAN:-
  1. KURSUS SENGGARAAN INDUSTRI (TEKNOLOGI BANGUNAN)
  2. KURSUS AUTOMOTIF KENDERAAN KOMERSIAL
  3. KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK (PED)

SYARAT KELAYAKAN:-
  1. BERUMUR ANTARA 15-40 TAHUN
  2. BOLEH MENULIS MEMBACA BAGI KURSUS TEK. BANGUNAN DAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAGI KURSUS TEK. AUTOMOTIF SERTA PENDAWAIAN ELEKTRIK.
  3. BERMINAT DALAM BIDANG KEMAHIRAN

KEMUDAHAN DISEDIAKAN:-
  1. ASRAMA PERCUMA
  2. INSURAN BERKELOMPOK
  3. PERALATAN SUKAN, RIADAH DAN LAWATAN
  4. ELAUN BULANAN SEBANYAK RM200.00
Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat MARA Daerah Setiu atau datang terus ke GIATMARA Setiu pada atau sebelum 10 Disember 2019 atau dail terus talian No. 09.6097540




BULAN SUKAN NEGARA

SEKRETERIAT BULAN SUKAN NEGARA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN TERENGGANU

Perkara     :  Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu
Tarikh       :  15 Oktober 2019
Masa         :  7:30 pagi
Tempat      :  Kompleks Sukan UiTM Dungun


Aktiviti:-

  • Senamrobik perdana
  • Sukan rakyat/tradisional
  • Pertandingan sepakan penalti
  • Orienteering
  • Bar kalistenik
  • Pemeriksaan kesihatan
Ayuh !!! Sama-sama kita turut serta sekaligus melahirkan warga yang aktif bersukan !!!