IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, November 27, 2019

PROGRAM PUSAT TALAQQI BATU RAKIT (PTBR)

Program Pusat Talaqqi Batu Rakit (PTBR) akan diadakan pada:-


Tarikh     : 07 hb Disember 2019
Hari        : Sabtu
Tempat   : Bangunan Pusat Talaqqi Batu Rakit (PTBR), Bukit Bucu, Batu Rakit
Masa      : 8.00 pagi hingga 10.00 malam


Jemputan Penceramah Hebat dengan Topik-topik Yang Menarik

Wednesday, November 20, 2019

KEJOHANAN RAGBI 10 SEPASUKAN BAWAH 15 TAHUN MSSM-MILO PIALA DATO' SULAIMAN HAJI DAUD PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019

Makluman Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan bawah 15 tahun MSSM-MILO Piala Dato' Sulaiman Haji Daud Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 akan diadakan pada:-


Tarikh : 23-24 November 2019

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Tempat : 1. Padang SM Teknik Terengganu

               2. Stadium Mini Ragbi, Kompleks Sukan Gong Badak

               3. Padang Ragbi, Kompleks Sukan Gong Badak

Ayuh datang beramai-ramai memeriahkan lagi pertandingan.!!!!!


Monday, November 18, 2019

SAMBUTAN HARI MENANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA 2019 PERINGKAT ANTARABANGSA

Pejabat Pembangunan Wanita Terengganu akan menganjurkan Larian Oren pada 23 November 2019 bertempat di XXXXX. Larian bersempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita bertujuan memupuk semangat solidariti masarakat untuk bersama-sama berjuang dalam menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.


Sila hubungi PPWN Negeri Terengganu di talian 09 6203341 untuk keterangan lanjut.

#leavenoonebehind #tiadayangditinggalkan

Saturday, November 16, 2019

PELAKSANAAN KAJIAN KESEDARAN AWAM MENGENAI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA 2019

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) di bawah Kementerian Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) sedang melaksanakan soal selidik bagi Kajian Kesedaran Awam Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malaysia 2019 bermula Oktober 2019 hingga Disember 2019.

Individu yang terpilih adalah dijemput untuk mengambil bahagian dalam soal selidik tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal MASTIC di https://mastic.mestecc.gov.my/

KEMPEN KESEDARAN KEPENTINGAN DERMA DARAH

Pusat Daerah Negara menyeru orang ramai untuk tampil menderma darah bagi membantu Pusat Darah Negara dan juga Tabung Darah seluruh Malaysia bagi meningkatkan bekalan darah terutama sepanjang musim cuti sekolah dan cuti perayaan


Jalankan tanggungjawab sosial anda sekarang
1 Beg darah menyelamatkan 3 nyawa


#Darah Tak Pernah Cuti

Wednesday, November 13, 2019

LPT2 DE'PERASING RIDE 2019 - AJIL CHALLENGE

LPT2


Acara berbasikal di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), iaitu LPT2 De'Perasing Ride 2019 - Aji Challenge yang akan diadakan untuk tahun ketiga di lebuh raya di Pantai Timur adalah seperti berikut:-

Tarikh    : 16 November 2019 (Sabtu)
Tempat   : Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil (Arah Barat/ Kuala Lumpur)                               KM410.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Antara katogari yang dipertandingkan adalah seperti:-

  • Kategori Roadbike 100KM
  • Kategori Mountain Bike 50KM
  • Kategori Fun Ride 50KM

Acara kayuhan disertai oleh 2,000 peserta dari dalam dan luar negara ini yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM58,000. Hadiah cabutan bertuah juga ditawarkan yang berjumlah RM35,000.

Majlis Pelepasan peserta LPT2 De'Perasing Ride 2019 - Ajil Cgallenge dijangka akan disempurnakan oleh YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan Pengarah LPT2 Sdn Bhd, Encik Zakaria Ahmad Zabidi.

Sunday, November 10, 2019

SAMBUTAN HARI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL PERINGKAT ZON TIMUR 2019 DI TERENGGANU FM

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menganjurkan 'Peogram Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Zon Timur 2019 (SHPPK) yang akan berlangsung pada:

Tarikh     :  15 hingga 17 November 2019
Tempat    : Perkarangan Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
Masa        : 3.00 petang - 12 malam

Program ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada penjaja dan peniaga kecil di atas sumbangan mereka kepada sektor ekonomi negara selain untuk menarik perhatian masyarakat mengenai kejayaan yang telah dicapai serta mempromosikan golongan ini kepada umum. Program SHPPK ini memberi peluang kepada penjaja dan peniaga kecil untuk mempromosikan aktiviti mereka selain mengetengahkan produk-produk usahawan di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu.

Program ini juga disertai oleh pempamer dari pelbagai agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Amanah Ikhtiar, Perbadanan Harta Inteek Malaysia (MyIPO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM) yang menawarkan perkhidmatan pendaftaran perniagaan, pameran daripada Metrology Corporation Malaysia (MCM) mengenai perkhidmatan penentusahan alat timbang sukat untuk perdagangan, pemeriksaan kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ceramah cakna kepenggunaan, taklimat inisiatf pembangunan usahawan kepada penjaja dan peniaga kecil oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dan perkongsian bersama Ikon Usahawan Cik Haziqah Nurul Huda binti Harun (Ikon Belia Negeri Terengganu, Ikon Usahawan OKU dan Ikon Bank Negara bagi Negeri Terengganu).

Program ini juga menganjurkan program mewarna bagi kanak-kanak dan program Battle of Buskers untuk orang ramai.

Monday, November 4, 2019

HEBAHAN : KARNIVAL PERKAMPUNGAN BERKAT YAYASAN ISLAM TERENGGANU BAGI TAHUN 2019

YAYASAN ISLAM TERENGGANU


Yayasan Islam Terengganu akan mengadakan Program Karnival Perkampungan Berkat bagi tahun 2019 yang akan dilaksanakan 

Tarikh   : 14 hinggan 16 November 2019

Masa     : 10.00 pagi

Tempat : Pentas Utama, Perkarangan Dewan Sivik Kampung Atas Tol, Marang                    Terengganu.

  • Pelbagai acara menarik seperti, Gotong-royong, Ekspo Pameran dan Jualan, Festival Kesenian Islam Kanak-kanak Tadika, Kenduri Rakyat, Bual Bicara Hijrah Selebriti, Pertandingan Dakwah Got Talent dan banyak lagi.
  • Terdapat juga sukaneka rakyat seperti, Tarik Tali, Anyam Ketupat, Bowling Kelapa, Makan Buah Tergantung, Futsal, Kopek Kelapa, Cari Gula, Basikal Lambat dan banyak lagi.


HEBAHAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU

KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
(JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)

Berita baik untuk lepasan SPM! Kolej Komuniti Kuala Terengganu menawarkan pelbagai kursus di peringkat sijil dengan yuran serendah RM 200.00 sahaja. Bagi calon-calon yang berminat, anda boleh terus hadir ke Kolej Komuniti Terengganu ataupun Whatsapp kami di talian 011-56560609, tempat adalah terhad!

Sunday, November 3, 2019

MAJLIS MENGHAFAZ AL - QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN TAHUN 1441H/2020M

JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU 

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) akan mengadakan Majlis Menghafaz Al - Quran Peringkat Negeri Terenggau Tahun 1441H/2020M.

Majlis ini dibahagikan kepada tiga tahap:-

Tahap Pertama : 1 hingga 10 Juzuk dan Taranum
Tahap Kedua    : 1 hingga 20 Juzuk
Tahap Ketiga    : 1 hingga 30 Juzuk (termasuk 2 soalan tafsir)

Borang permohonan boleh diperolehi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) dan semua Pejabat Agama Daerah dan juga boleh didapati dengan melayari laman web http:jheatweb.terengganu.gov.my

Calon-calon hendaklah menyerahkan Borang Permohonan yang telah sempurna diisi ke Pejabat Agama Daerah masing-masing untuk mendapatkan pengesahan, manakala calon yang berada di institusi pengajian/ sekolah berkenaan atau Pegawai Agama Daerah.

Semua borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Daerah selewat-lewatnya pada 28 November 2019 jam 1.00 tengahari.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang syarat-syarat kelayakan dan sebagainya, bolehlah berhubung terus dengan:


Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
(Bahagian Dakwah)
Pusat Pentadbiran Islam Negeri
Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20676 Kuala Terengganu
Tel : 6252525 samb. 5365 / 5373

Pegawai Agama Daerah Masing-Masing

HARI KOKURIKULUM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN SK SERI IMAN 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMAN 24000 KEMAMAN TERENGGANU


Perkara  : Hari Kokurikulum Sempena Sambutan Jubli Perak yang Ke 25                              Tahun SMK Seri Iman

Tarikh    : 05 - 07 November 2019

Tempat   : SK Seri Iman

Masa      : 8.00 pagi - 10.00 malam

Tempat   : SK Seri Iman, Kemaman


Pelbagai aktiviti yang menarik, antaranya, Water Gun, Ruman Hantu, Terget Shooting, Mini Golf, Super Bike, Baling Tin, Ball In Basket, Bayblade, Supa Dopaa, Tangkap Ikan, Gaint Bubble, Kereta Api dan banyak lagi. Terdapat juga Pertandingan Hiasan Makanan (terbuka kepada orang kampung), Pertandingan Panalti Bola sepak dan banyak lagi.

KEMASUKAN PELAJAR KE IKBN WAKAF TAPAI SESI 1/2020

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA WAKAF TAPAI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


Kemasukan pelajar sesi 1/2020 ke Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu telah dibuka mulai 01 Oktober 2019 sehingga 03 November 2019.

Syarat Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18 - 30 tahun
  • Tamat Tingkatan Lima
  • Belum Berkahwin
  • Sihat Tubuh Badan
  • Memiliki Sijil SPM
  • Tiada Rekod Jenayah
Program Yang Ditawarkan:

  • Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal - KIMPALAN (SKM 3)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal - OPERASI FABRIKASI PAIP (SKM 3)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil - JAHITAN PAKAIAN WANITA (SKM 3)
  • Sijil Teknologi Awam - PENYELENGGARAAN BANGUNAN (SKM 2)
  • Sijil Teknologi Elektrik - PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA (PW2)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik - PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA 3 (PW4) - TEMUDUGA

Sebarang Pertanyaan:09-6806000

IKBN WAKAF TAPAI
KM 24 JALAN KUALA BERANG - KUALA TERENGGANU
21040 MARANG, TERENGGANU