IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, October 18, 2020

SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAMAN-TAMAN HIASAN, LAMAN HADAPAN DAN LANTAI PEJABAT ARAS 3 DI JABATAN PENYIARAN TERENGGANU


SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAMAN-TAMAN HIASAN, LAMAN HADAPAN DAN LANTAI PEJABAT ARAS 3 DI JABATAN PENYIARAN TERENGGANU
















 

Thursday, April 30, 2020

PROMO KITA KITA JER

Kongsikan bakat anda seperti menyanyi, menari, ataupun apa apa bakat dan bahan bahan yang menarik ke emel kitakita.rtm@gmail.com. Video yang terpilih akan dimuatnaik dalam Instagram kita.kita.jer

Wednesday, April 29, 2020

MAJLIS MENGHADAP DULI YANG MAHA MULIA SULTAN DAN DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH TERENGGANU (AIDILFITRI)

Akibat daripada penularan COVID-19 yang sedang melanda negara, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu telah mangampuni perkenan Majlis Penghadapan Hari Raya Aidilfitri 1441H/2020M di Istana Syarqiyyah pada Hari Raya Pertama TIDAK DIADAKAN

Tuesday, April 21, 2020

DUA SURVEI KHAS KESAN COVID-19 : EKONOMI

Jabatan Perangkaan Malaysai (DOSM) sedang menjalankan dua survei khas iaitu "Kesan Covid-19 kepada Ekonomi dan Individu" dan "Kesan Covid-19 kepada Ekonomi dan Syarikat/Firma Perniagaan". yang bermula pada 10 hingga 24 April 2020 secara atas talian.

Survei ini adalah kesinambungan kepada Survei Khas Kesan Covid-19 kepada Ekonomi dan Individu yang dijalankan pada 23-31 Mac 2020. Maklumat yang dikumpulkan melalui kedua-dua survei ini adalah Sulit dan hanya digunakan bagi tujuaan perangkaan.

 Survei khas "Kesan Covid-19 kepada Ekonomi dan Individu" dibuat melalui https://bit.ly/SurveiCOVID19DOSMpusingan2

Survei khas "Kesan Covid-19 kepada Ekonomi dan Syarikat/Firma Perniagaan" dibuat melalui https://bit.ly/SurveiCOVID19DOSMsyarikat

 Atau dilaman sosial media rasmi DOSM (@StatsMalaysia)

Saturday, March 28, 2020

KUTIPAN DERMA UNTUK TABUNG BANTUAN COVID-19 TERENGGANU

Bagi meringankan kesusahan dan kesukaran yang dihadapi oleh semua golongan ketika Wabak Covid19 ini, Pihak Kerajaan Negeri telah melancarkan "Tabung Bantuan Covid-19 Terengganu" sebagai  satu platform untuk orang ramai atau syarikat menyalurkan sumbangan.
Sumbangan ini juga boleh disalurkan melalui Tetuan Akauntan Negeri Terengganu di :

Akaun Bank Islam Malaysia (BIMB) - 13017010034566 
atau melalui
Cek atas nama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai dengan tatacara garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Thursday, March 26, 2020

HEBAHAN 2 : KES PENIPUAN BELIAN ATAS TALIAN (ONLINE) - COVID-19

Peningkatan kes penipuan penjualan topeng muka di laman sosial meningkat dengan mendadak dan membimbangkan. PDRM menasihatkan pembeli supaya berhati-hati ketika membuat pembelian atas talian terutamanya pembelian topeng muka.

HEBAHAN 1 : KES PENIPUAN BELIAN ATAS TALIAN (ONLINE) - COVID-19

PDRM menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika membuat pembelian topeng muka di laman sosial untuk mengelakkan dari ditipu. Semak akaun bank di aplikasi "Check Scammer CCID" atau laman web "semakmule" sebelum membuat transaksi.

Tuesday, March 24, 2020

HEBAHAN: MAKLUM BALAS MAJLIS TINDAKAN EKONOMI (EAC)


MAKLUM BALAS MAJLIS TINDAKAN EKONOMI (EAC)

Kerajaan telah menubuhkan satu platform khusus untuk orang ramai dan sektor swasta untuk berkongsi maklum balas bagi menstabilkan dan mengukuhkan ekonomi negara khususnya dalam menghadapi pendemik Covid-19.

Maklum balas yang dikemukan akan diperincikan untuk dijadikan input kepada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi.

Kongsikan maklum balas anda kepada sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi melalui www/mea.gov.my/ms/ekonomikita

Monday, March 23, 2020

TAWARAN PENGAMBILAN IKBN WAKAF TAPAI

TAWARAN PENGAMBILAN IKBN WAKAF TAPAI SESI JULAI 2020
Dibuka mulai 24 Februari - 31 Mac 2020
Permohonan Melalui : http://upu.moe.gov.my

Kursus Yang Ditawarkan
- Sijil Lanjutan Teknologi Mekalnikal
-Sijil Teknologi Elektrik
-Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik
-Sijil Teknologi Awam
-Sijil Lanjutan Teknologi Awam
-Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil

Syarat Pengambilan
-Warganegara Malaysia
-SPM {sekurang-kurangnya PMR}
-Belum Berkahwin
-Sihat Fizikal & Mental
-Berumur 18-30 Tahun

Kemudahan Yang disediakan
-Yuran Pengajian Minima
-Elaun Bulanan
-Asrama & Makan Percuma
-Fasiliti Sukan
-Peluang Pekerjaan yang Tinggi

Monday, March 16, 2020

KOKITAB MENAGGUHKAN MESYUARAT AGUNG KAWASAN KALI KE-18 TAHUN 2020

Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB) bersetuju untuk menangguhkan semua mesyuarat agung kawasan kali ke-18 tahun 2020 di kawasan yang melibatkan Zon Tengah Satu, Zon Tengah Dua dan Zon Tengah Tiga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudaian.

CARA PENYEBARAN COVID-19


CARA PENYEBARAN

1)Pembawa Virus

2)Bercakap @ Batuk @ Bersin
Apabila Seseorang Yang Dijangkiti Tidak Mengamalkan Etika Batuk Atau Bersin  Yang Betul, Titisan Air Liur Atau Cecair Daripada Badan Pesakit.

3)Titisan Air Liur @ Cecair
Rembesan Terbabit Akan Melekat Pada Sebarang Permukaan Seperti Meja.

4) Memegang Sesuatu Permukaan @ Bersalam.
Orang Yang Tidak Dijangkiti Yang Menyentuh Permukaan Yang Terdapat Rembesan Terbabit Dan Menyapu Pada Rongga Tubuh Seperti Hidung. Berlakulah Transmisi Atau Penyebaran.

5)Akan Menjangkiti Orang Lain

KAPSUL: DARI MANA BERMULANYA COVID-19?

Apa itu Novel Coronavirus? Coronavirus adalah keluarga virus besar yang menyebabkan pelbagai penyakit daripada selesema seterusnya pneumonia hinggalah ke penyakit lebih teruk seperti simptom berkaitan dengan MERS-Cov dan SAR-Cov.

Virus ini boleh menyerang haiwan dan manusia dimana boleh menular dari manusia ke manusia lain.

Virus ini yang dikenalpasti merebak dari Wuhan, China kembali pada tahun 2019 dinamakan sebagai NCov-19 dimana sebelum ini pernah berlaku pada tahun 1960.

Novel Coronavirus merupakan spesis baru yang belum pernah ditemui oleh manusia dan berpotensi untuk menyebabkan penyakit teruk dan kematian.

Merujuk kepada World Health Organization (WHO), cara jangkitan virus ini kepada manusia masih belum dikenalpasti.

Namun setakat ini, masih belum ada vaksin untuk pesakit Coronavirus.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penularan virus Coronavirus (NCov-19) di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) http://www.moh.gov.my/

SIMPTOM SIMPTOM CORONAVIRUS (COVID-19)


SIMPTOM-SIMPTOM 

1)Demam yang melebihi suhu 38 celsius, dan melebihi 3 hari.

2) Batuk, Sesak Nafas, Demam dan Radang Paru-paru.

3)Batuk dan sesak nafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari bercuti ke Luar Negara.


PERBEZAAN ANTARA ENDEMIK, EPIDEMIK DAN PANDEMIK.


Sejauh manakah kefahaman anda mengenai endemik, epidemik, dan pandemik?

Endemik wujud dalam masyarakat setempat dengan kadar yang stabil serta rendah seperti tahun tahun sebelumnya. Sebagai contoh, penyakit denggi.

Epidemik dikenali sebagai penularan wabak bagi penyakit tertentu meningkat melebihi daripada kadar biasa dimana mula menjangkiti jumlah individu yang ramai pada satu tempoh tertentu.

Pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang skop yang lebih besar dan tidak terhad kepada satu komuniti sahaja dimana boleh melangkaui sempadan benua atau mungkin seluruh dunia jika dibiarkan melarat dan mampu membunuh ramai orang dalam masa yang singkat.

Pada 11 Mac 2020, Penubuhan Kesihatan Sedunia, World Health Organization (WHO), menyatakan Coronavirus diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik.



APA ITU COVID-19


Coronavirus atau lebih dikenalpasti sebagai COVID-19 merupakan virus baharu yang dipercayai mula merebak dari Negara China di Wuhan dan dipercayai berpunca daripada haiwan.

Dan kini telah merebak di beberapa Negara termasuk Malaysia dengan catatan kes yang semakin meningkat disahkan positif virus Covid-19 setakat Mac 2020. Apakah simptomnya?

Jika anda baru pulang dari melancong ke luar Negara, dan mengalami demam, batuk dan selesema, segeralah ke pusat kesihatan berdekatan.
Langkah pencegahan boleh diambil dengan menangguh perjalanan percutian anda ke Negara yang disyaki sedang menular virus Covid-19.
Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung dan membasuh tangan setiap kali sebelum dan selepas melakukan aktiviti.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penularan virus Covid-19 di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) http://www.moh.gov.my/

Monday, March 9, 2020

PROGRAM WALIMATUL URUS PERDANA TAHUN 2020

Kerajaan Negeri Terengganu mempelawa rakyat terengganu yang berminat untuk menyertai Program Walimatul Urus Perdana 2020.
Boleh memuat turun borang permohonan di laman sesawang Yayasan Pembangunan Terengganu iaitu, http;//www.ypkt.gov.my dan hantar borang permohonan ke Pejabat YPK daerah masing-masing sebelum 15 Mei ini.

Syarat Permohonan:
1. Rakyat Negeri Terengganu.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Perkahwinan adalah kali pertama.
4. Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal.
5. Pendapatan pemohon adalah RM3 000 ke bawah.
6. Pendapan IbuBapa pemohon RM5 000 ke bawah.
7. mendapat restu kedua ibu bapa.
8. Lulus Pra-perkahwinan.
9. akad nikah akan dijalankan beramai-ramai.
10. Resepsi akan diadakan pada 25 Julai 2020.

Keputusan panel pemilih adalah muktamad.
Pelbagai faedah disediakan.

Sunday, March 8, 2020

PROGRAM FESTIVAL KRAF KEBANGSAAN 2020

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Negeri Terengganu akan menganjurkan Festival Kraf Kebangsaan bersempena bulan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2020 bertempat di Mesra Mall, Kemasik, Kemaman bermula 13 hingga 21 Mac 2020.

"Semua Dijemput Hadir"

Saturday, March 7, 2020

PERMOHONAN SECARA ONLINE KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan permohonan kemasukan murid ke kelas prasekolah bagi tahun 2021 secara atas talian oleh ibu bapa/ penjaga mulai 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020.

Syarat kemasukan adalah seperti berikut :

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.

2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017 sahaja yang layak memohon.

3. Permohonan dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my

4. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020.

5. butitan lanjut boleh merujuk laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my atau menghubungi sekolah-sekolah yang melaksanakan kelas prasekolah KPM.

Thursday, March 5, 2020

SETIU WETLANDS OPEN DAY



Semua Dijemput Hadir !!!!

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DAN WAYANG KULIT


MAJLIS PERASMIAN SETIU WETLAND OPEN DAY

Tarikh : 7 Februari 2020 (Ahad)
Masa : 2.00 petang
Tempat :
Perkarangan Pusat Penerangan Pelancongan,
Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu


Semua Dijemput Hadir !!!

Wednesday, March 4, 2020

PROGRAM SAYANGI PANTAI KITA

UNiSZA di bawah badan Kor Khidmat masyarakat akan menganjurkan program SAYANGI PANTAI KITA mengikuti ketetapan berikut.

Tarikh   : 7 Mac 2020 (Sabtu)
Masa     : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu 
Aktiviti : Senamrobik
              : Gotong Royong


Semua Dijemput Hadir
"Bersama Kita Menjaga dan Memelihara Keindahan Pantai Negeri Kita"

Sunday, March 1, 2020

PEMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021 DAN 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan permohonan penempatan kanak-kanak ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2021 dan 2022 secara dalam talian oleh ibu bapa/penjaga.


Berikut adalah syarat-syarat permohonan.

i) Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.

ii) Kanak-kanak yang lahir pada 2 januari 2014 hingga 1 januari 2015 untuk sesi persekolahan sesi 2021.

iii) Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016 untuk sesi persekolahan 2022.

iv) Permohonan dibuat secara online di laman sesawang https://public.moe.gov.my.

v) tempoh permohonan bermula 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020.

Butiran lanjut boleh merujuk kepada laman sesawang https://public.moe.gov.my atau menghubungi sekolah yang berkenaan.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON TEACHER EDUCATION 2020

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu dan Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu akan menganjurkan seminar International Conference Teaching Education 2020.

Tarikh : 18-19 Mac 2020
masa : 8.30 Pagi - 5.00 petang

Semua dijemput hadir.

Wednesday, February 19, 2020

'TIPS KALU KENE ACCIDENT JLN RAYA'

NORYAH AMALI & CO

Penceramah : Lawyer Noryah Amali
Tarikh : 22 Februari 2020
Masa : 10 pagi - 11.15 pagi
Tempat : Noryah Amali & Co, Bangunan MAIDAM, Jalan Kelantan (Sama row dengan 7-11, atas Ar Rahnu MAIDAM)


  • Masuk Percuma !
  • Light Refreshment !
  • Hadiah Misteri !
(Tempat Terhad !!! Daftar Segera !!!)

Untuk maklumat lanjut hubungi Noryah : 017 9833017 atau Irfan : 011 40027340





Wednesday, February 12, 2020

Himpunan Pendikir Muda Terengganu 2020

Himpunan Pendikir Muda Terengganu 2020 bakal mencipta rekod sebagai Largest Multilimngual " Dikir Barat" Perfoemance dalam Malaysia Book of Records (MBOR)

Tarikh : 15 Februari 2020 (Sabtu)
Masa: 4.00Petang
Tempat : Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus

Semua Hadirin Dijemput Hadir..

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN KAD PINTAR SAHUT (SAHUT SMARTCARD)

Tarikh : 24 Februari 2020 (Isnin)
Tempat : Dewan Perdana SM Sains Hulu Terengganu
Masa : 8:45 Pagi
Perasmian : Tuan Hj Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan

Tuesday, February 11, 2020

PENYUSUNAN SEMULA FREKUENSI SIARAN TV DIGITAL

PENYUSUSNAN SEMULA FREKUENSI SIARAN TV DIGITAL MYFREEVIEW BAGI PROJEK PENDIJITALAN TELEVISYEN NASIONAL BAGI FEBRUARI 2020


FASA 3

11 Feb 2020 - Pemancar Bukit Besi (Kuala Lumpur)
13 Feb 2020 - Pemancar Menra Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)

FASA 4

18 Feb 2020 - Bukit Tinggi (Johor)
18 Feb 2020 - Gunung Jerai (Kedah)
18 Feb 2020 - Gunung Ledang (Johor)
20 Feb 2020 - Seberang Jaya  (Penang)
21 Feb 2020 - Penang U4 (Penang)

FASA 5

25 Feb 2020 - Bukit Tampin (N9)
25 Feb 2020 - Bukit Larut (Perak)
27 Feb 2020 - Gunung Kledang (Perak)

PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2020/2021

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian (online) melaui portal htpp://esilav2.jap.gov.my mulai jam 5:00 petang, 5 Februari 2020 (Isnin) sehingga tarikh tutup permohonan pada 6 Mac 2020 (Jumaat). Tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan yang lengkap secara serahan tangan atau pos ialah pada Mac 2020 (Jumaat)

Monday, February 3, 2020

Rancangan di Saluran OKEY

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM)

Bersiaran di platform Free to air MyFreeview saluran 110 dan Astro 109.
Berkonsepkan Gaya hidup masyarakat Malaysia.

Saluran yang menyiarkan rancangan-rancangan bersifat ringan, santai, ceria, mencabar dan mengujakan.

Antara rancangan yang disajikan :

Drama bersiri Filipina : Meant to Be
Siaran : Isnin hingga Ahad - Jam 10 malam
Mulai 23.12.2019 hingga 2.4.2020

Drama bersiri : Dia Random Guy
Siaran : Isnin hingga Ahad - Jam 10 malam
Mulai 14.2.2020 hingga 4.3.2020

Tajuk : Fuhh Beratur
Majalah Travelog
Setiap Selasa jam 6 petang
Mulai 10.2.2020 hingga 4.5.2020

Tajuk : Secawan Kopi
Majalah Travelog
Setiap Sabtu jam 10.30 pagi
Mulai 22.2.2020 hingga 16.5.2020

PELAWAAN PEMBEKAL YANG BERDAFTAR

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mempelawa pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menyertai tawaran pembekalan program luar negara (Syndicated) untuk keperluan siaran RTM bagi bulan Januari hingga Disember 2021.

Syarat pendaftaran dan keperluan pernyataan (Need Statements) boleh diperolehi di laman sesawang www.rtm.gov.my dan www.kkmm.gov.my

Sunday, February 2, 2020

RANCANGAN BAHARU DI TV OKEY

Bersiaran di platform Free to air Myfreeview saluran 110 dan Astro 109.
Berkonsepkan Gaya hidup masyarakat Malaysia.

Saluran yang menyiarkan rancangan-rancangan bersifat Ringan, santai, ceria, mencabar dan mengujakan.
Tagline:#Semua okey

Kepelbagaian kandungan rancangan seperti drama, majalah travelog, masakan, dekorasi, kesihatan serta telemovie

Rancangan Baharu

1. Meat to be - Isnin hingga Ahad - jam 10 malam (Mulai 23.12.2020 hingga 2.4.2020)
2. Dia Random Guy - Isnin hingga Ahad - jam 10 malam (Mulai 14.2.2020 hingga 2.3.2020)
3. FUHH BERATUR -Setiap Selasa jam 6 petang (Mulai 10.2.2020 hingga 4.5.2020)
4. Secawan Kopi - Setiap jam 10.30 pagi ( Mulai 22.2.2020 hingga 16.5.2020 )

PELAWAAN MENYERTAI NEED STATEMENTS BAGI CADANGN LUAR NEGARA (SYNDICATED)

PELAWAAN MENYERTAI NEED STATEMENTS BAGI CADANGN LUAR NEGARA (SYNDICATED) UNTUK PEROLEHAN JANUARI HINGGA DISEMBER 2021 BAGI SALURAN TV RTM

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA (RTM) MEMPELAWA PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM) MENYERTAI TAWARAN PEMBEKAL PROGRAM LUAR NEGARA (SYNDICATED) UNTUK KEPERLUAN SIARAN RTM BAGI BULAN JANUARI HINGGA DISEMBER 2021.

SYARAT PENDAFATARAN DAN KEPERLUAN PENYERTAAN (NEED STATEMENTS), BOLEH DIPEROLEH DI LAMAN SESAWANG www.rtm.gov.my dan www.kkmm.gov.gov.my

KESIAPSIAGAAN JABATAN ALAM SEKITAR DALAM MENGHADAPI CUACA PANAS DAN KERING

Tarikh Siaran : 15 Januari - 31 Mac 2020

Jabatan Alam Sekitar sedang giat melaksanakan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh Negara semasa musim panas dan kering ini bagi memastikan tiada pembakaran terbuka dilakukan.

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kesalahan melakukan pembakaran terbuka didenda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Laporkan sebarang kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 dan melalui htpp://eaduan.doe.gov.my serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian 999.

Wednesday, January 29, 2020

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN (RDPT) SUKU TAHUN KEEMPAT

Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Keempat 2019

Tarikh Pameran: 30 Januari hingga 12 Februari 2020
Tarikh Pengesahan Status Pameran ( Tuntutan dan Bantahan): 12 Februari 2020
Tarikh Pameran Sentuhan Tuntutan : 30 Januari hingga 5 Februari 2020
Lokasi : Pejabat-pejabat Daerah, Pejabat Pos utama di setiap daerah atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu

Senari Tempat Pameran (Mengikut Kawasan Parlimen)

1. Pejabat Daerah Besut - P.033 Besut
2. Pejabat Daerah Setiu - P.034 Setiu
3. Pejabat Daerah Kuala Nerus - P.035 Kuala Nerus
4. Pejabat Daerah Kuala Terengganu - P.036 Kuala Terengganu
5. Pejabat Daerah Marang - P.037 Marang
6. Pejabat Daerah Hulu Terengganu - P.038 Hulu Terengganu
7. Pejabat Daerah Dungun - P.-039 Dungun
8. Pejabat Daerah Kemaman - P.040 Kemaman
9. Semua Balai Penghulu
10. Dewan Orang Ramai Pulau Perhentian
11.Pejabat/Bilik Mesyuarat Masjid Kg. Bukit Payong
12. Balai Raya Pulau Redang
13. Semua Pejabat Pos Seluruh Negeri Terengganu
14. Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu

Wednesday, January 22, 2020

Jom Masuk IPT 2020

Jom Masuk IPT 2020

Tarikh Hebahan : 11 Febuari hingga 29 Mac 2020

Lepasan SPM/STPM /Setaraf jangan lepaskan peluang untuk konsultasi terus daripada IPTA/IPTS di Jom Masuk IPT 2020 mulai 15 Februari 2020.

Layari upu.moe.gov.my untuk tarikh dan lokasi berdekatan.

Sesi Saringan Perolehan (Pitching) Program TV Tempatan (Swasta) untuk Perolehan 2021

Tarikh Hebahan : 22 Januari 2020 hingga 11 Februari 2020

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mempelawa pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk menyertai sesi saringan perolehan (pitching) program TV Tempatan (Swasta) 2021 bagi saluran TV1,TV2,TV OKEY DAN BERITA RTM

Syarat pendaftaran & keperluan perolehan, boleh diperolehi di laman sesawang www.rtm.gov.my dan www.kkmm.gov.my.

Wednesday, January 15, 2020

KEMASUKAN PELAJAR SESI JANUARI 2020

KEMENTERIAN BELIA & SUKAN
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA

Terbuka kepada warganegara Malaysia, Bujang, Sihat Fizikal & Mental, Berumur 18 hingga 30 Tahun, Memiliki Sijil SPM.

1. Kimpalan (SKM 3)
2. Pemasangan Paip Gas (SKM 3)
3. Jahitan Pakaian Wanita (SKM 3)
4. Penyelenggaraan Bangunan (SKM 2)
5. Pendawaian Elektrik Satu Fasa (PW 2)

DAFTAR SEKARANG !!!
Anda boleh memohon sebelum 20 Januari 2020 !!!

Sebarang pertanyaan :
013-999 2026 (Pn. Nurul Huda)
017-902 0691 (Pn. Zurairah)

KM-24, Jalan Kuala Berang-Kuala Terengganu, 21040, Marang, Terengganu

Tuesday, January 14, 2020

KARNIVAL KESIHATAN 2020

KARNIVAL KESIHATAN 2020
TARIKH : 18 JANUARI 2020
MASA : 8 PAGI - 5 PETANG
TEMPAT : LOBI UTAMA, HOSPITAL SWASTA BATU BURUK, KUALA TERENGGANU

PENGISIAN PROGRAM :
  • BOOTH PAMERAN KESIHATAN
  • KEMPEN KESEDARAN DERMA ORGAN
  • PENJAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS
  • PENJAGAAN KESIHATAN SEJAGAT
  • SARINGAT MINDA SIHAT
  • KEMPEN DERMA DARAH
  • PEMERIKSAAN MATA PERCUMA
  • PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK

SEMUA DIJEMPUT HADIR !!!

THE RED LANTERN CONCERT 2020

PROGRAM  : THE RED LANTERN CONCERT 2020
TARIKH       : 18 JANUARI 2020
HARI            : SABTU
MASA          : 8:00MALAM
TEMPAT      : DATARAN TANJUNG EMAS, MUAR JOHOR

JANGAN LUPA MENYAKSIKAN RANCANGAN THE RED LANTERN CONCERT 2020

MENAMPILKAN ARTIS JEMPUTAN


  • JERYL
  • MASYA MASYITAH
  • KEXIN
  • ZHUANG XUE ZHONG
  • SITI NORDIANA
  • COLOE OF VOICES
  • NEETA
  • UMAI
  • SERA
  • KASHIKA
  • DJ JINLONG


INGAT JANJI KITA, 18 JANUARI 2020(SABTU) PUKUL 8.00 MALAM DI
DATARAN TANJUNG EMAS, MUAR JOHOR. ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR.