IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, December 29, 2019

PERTANDINGAN VIDEO INSTA VM2020 TERENGGANU

BEAUTIFUL TERENGGANU

Hadiah Pertama
RM700

Hadiah Kedua
RM500

Hadiah Ketiga
RM300

Hadiah Saguhati
RM100
RM100

RM100

Syarat- syarat :

1. Video pendek berdurasi 45-60 saat.
2. Dimuatnaik di Instagram.
3. Instagram perlu public.
4. Logo VM2020 dan BTM wajib ada.
5. Memaparkan mana mana lokasi pelancongan Terengganu .
6. Boleh berbentuk video host/vlog/montaj.
7. Video mengajak pelancong datang ke Terengganu.
8. Minima 1 video dan maksima 3 video insta bagi setiap pemilik akaun insta.
9. Letak hashtag wajib iaitu #vm2020 #beautifulterengganumalaysia #terengganumajuberkatsejahtera dan tag ig @amazingterengganu dan @beautifulterengganumalaysia

Tarikh pertandingan :
31 Disember 2019 - 10 Januari 2020

Tarikh umum pemenang :
14 Januari 2020

#vm2020terengganu
#beautifulterengganumalaysia

PROGRAM SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2020 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

JABATAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU (TOURISM TERENGGANU)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera !

Anda semua dijemput bagi memeriahkan Program Sambutan Ambang Tahun Baru 2020 Peringkat Negeri Terengganu :

Tarikh : 31 Disember 2019 (Selasa)
Masa : 7:30 petang - 12:00 tengah malam
Tempat : Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu

Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan antaranya :

Solat Hajat Perdana & Forum Perdana Tahun Baharu
Tarikh : 31 Disember 2019
Masa : 7:30 malam
Tempat : Duyong Marina & Resort

*Dikendalikan oleh Ustaz Haslin Baharim & Ustaz Abdullah Khairi

Pelancaran Kalendar Aktiviti Pelancongan Negeri Terengganu COE 2020
Tarikh : 31 Disember 2019
Masa : 10:00 malam
Tempat : Duyong Marina & Resort

Countdown & Gimik Pelancaran Mega Melawat Malaysia
Tarikh : 31 Disember 2019
Masa : 11:20 malam
Tempat : Foyer Bangunan Duyong Marina & Resort

Sesi Ramah Mesra Bersama Ikon Terengganu
1. Johan Tilawah Al-Quran
2. Pasukan Bola Sepak Terengganu
3. Pasukan Hoki Terengganu
4. Pasukan Basikal TSG
5. Apex Mentor Millenia

Banyak lagi aktiviti menarik yang akan diadakan. Jadi jangan lupa datang beramai-ramai !!!

Sunday, December 22, 2019

PERJUMPAAN SILATURAHIM WARGA KAMPUNG TANJUNG

KOMUNITI KAMPUNG TANJUNG, KUALA TERENGGANU

Makluman kepada semua anak jati Kampung Tanjung atau yang pernah menetap di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, anda dijemput ke Perjumpaan Silaturahim Warga Kampung Tanjung, Kuala Terengganu :

Tarikh : 25 Disember 2019 (Rabu)
Masa : 1.30 tengah hari
tempat : Dewan Sivik Kampung Paya, Kuala Terengganu

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan nombor berikut :

Pok Lang : 013-931 7885
Haji Bob : 013-901 7109
Haji Mohd Zeli : 019-667 2092



Wednesday, December 18, 2019

PROGRAM BESUT FEST 2019

Pejabat Daerah Besut dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan mengadakan:

Perkara  :    Program Besut Fest 2019
Tarikh    :    24 hingga 31 Disember 2019
Tempat   :    Dewan Kota Putera Square, Kampung Raja, Besut

Besut Fest 2.0 ini merupakan kesinambungan daripada program Besut Fest 1.0 yang diadakan pada November 2018 dan telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengunjung.

Tema Besut Fest 2.0 

  • Perkhidmatan Agensi
  • Keriangan Kanak-kanak
  • Kebudayaan & Kesenian
  • Program Keagamaan
  • Riadah
Antara Program Dan Aktiviti
  • Persembahan Kesenian & Kebudayaan
  • Pameran Jabatan Kerajaan Dan Agensi Swasta
  • Gerai-gerai Jualan
  • Mini 'Fun Fair'
  • Pertandingan-pertandingan bersama masyarakat seperti Dart, Mewarna, Doodle, Funride Amal & Dam Aji

Terdapat juga cabutan bertuah menanti. Ayuh datang beramai-ramai

Saturday, December 14, 2019

SKIM HAFAZ AL-QURAN DEWASA TERBUKA NEGERI TERENGGANU PENGGAL PERTAMA TAHUN 1441H/2020M

JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU
PUSAT PENTADBIRAN ISLAM NEGERI

Skim Hafaz Al-Quran Dewasa Terbuka Negeri Terengganu
Penggal Pertama Tahun 1441H/2020M

Adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan menyertai program ini sebagaimana berikut :

1. Beragama Islam
2. Rakyat Negeri Terengganu yang bermastautin di negeri ini.
3. Tahap minima hafaz adalah tidak kurang dari 7 juzu' pertama mengikut susunan mashaf.
4. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 29 tahun bagi mereka yang memohon tahap di bawah 30 juzu'.
5. Seseorang yang berumur 30 tahun dan ke atas hendaklah memasuki tahap 30 juzu'.
6. Mana-mana pelajar dan Lulusan Maahad Taafiz atau mana-mana Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran atau yang seumpama dengannya yang ingin menyertai ujian hendaklah memasuki ujian tahap 30 juzu'.
7. Bersedia dan sanggup memberi sumbangan sukarela di Negeri Terengganu sahaja iaitu di tempat-tempat yang diarahkan atau dipersetujui oleh jabatan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Penyertaan masyarakat/kanak-kanak (pelajar-pelajar tuan/puan) dalam sumbangan tersebut hendaklah melebihi 15 orang. Sumbangan bermaksud :

a. Pengajian Kelas Al-Quran.
b. Kelas Fardhu Ain.
c. Mengajar Bahasa Arab.
d. Mengajar Ilmu Tafsir Al-Quran, Tajwid, Feqah dan lain-lain.

8. Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui borang JHEAT/D 2020 yang boleh didapati dari Pejabat Agama Daerah masing-masing dan juga boleh dimuat turun melalui laman web
http://jheatweb.terengganu.gov.my/
Untuk keterangan lanjut boleh berhubung di talian 09-6252525.



Wednesday, December 11, 2019

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2019

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sedang membuka permohonan dan pengemaskinian maklumat untuk bantuan musim tengkujuh bagi tahun 2019. Pekebun kecil dan penoreh getah diminta hadir ke Pejabat Risda untuk membuat permohonan.


Sila layari www.risda.gov.my untuk sebarang syarat bantuan dan http://webapp3.risda.gov.my untuk semakan status permohonan.


Hubungi
03-42564022 untuk maklumat lanjut, Tarikh tutup sebelum 15 Disember 2019

Saturday, December 7, 2019

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL SAINS KEBOMBAAN SIRI 1/2019

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang Terengganu akan mengadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan bagi Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2019 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada :-

Tarikh   : 17 Disember 2019 (Selasa)Masa      : 8.00 pagiTempat  : Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang,                              Terengganu

Perbarisan ini melibatkan seramai 689 orang pelatih Pegawai Bomba Gred KB19 dari seluruh negara.

Wednesday, December 4, 2019

PERUBAHAN MAKLUMAT MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ AL - QURAN TERENGGANU

Kolej Al-Quran Terengganu akan mengadakan:-


Perkara  : Majlis Perisytiharan Presiden dan Imaratul Ilmi Konvokesyen Ke-1 Kolej                      Al-Quran Terengganu
Tarikh    : 14 Disember 2019
Tempat  : Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
Masa      : 7.30 pagi hingga 2.00 petang


Tuesday, December 3, 2019

KARNIVAL HALAL TERENGGANU DAN INFOKRAF PENJARA ZON TIMUR 2019

JABATAN HAL EHWAL AGAMA NEGERI TERENGGANU dan PENJARA MARANG dengan kerjasama YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU (YPU).

Program : Karnival Halal Terengganu & Infokraf Penjara Zon Timur 2019
Pada : 5 hingga 8 Disember 2019
Tempat : Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
Masa : 10.00 pagi - 10 malam

Antara aktiviti yang akan berlangsung adalah Seminar halal, Pertandingan mewarna, Taklimat niaga ke Australia bersama ikon usahawan dan pameran dan jualan produk hasil kraf banduan.

Monday, December 2, 2019

PENJAGAAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN SEMASA BANJIR

> Pastikan anda minum air yang telah dimasak atau air minuman yang telah dibotolkan.

> Sentiasa makan makanan yang tekah dimasak. Elakkan makanan mentah.

> Jika anda makan buah-buahan, kupas kulitnya.

> Jaga kebersihan dan keselamatan makanan/susu ibu serta peralatannya. Amalkan susu ibu.

> Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :

1. Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.
2. Gunakan tandas yang sempurna.
3. Buang sampah di tempat yang disediakan.

> Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain.

> Jika mengalami luka, pastikan ia dibalut dan tidak terkena banjir.

> Dapatkan pelalian/vaksin jika dinasihatkan oleh pihak kesihatan.

> Pesakit-pesakit kronik (seperti diabetes, darah tinggi dan lian-lain) serta ibu-ibu hamil perlu mematuhi nasihat pasukan perubatan.

> Patuhi nasihat yang diberi oleh anggota mkesihatan.

KARNIVAL SILAT KEBANGSAAN PIALA MENTERI BESAR TERENGGANU 2019

Pihak PESAKA Negeri Terenggnau (Persekutuan Silat Negeri Terengganu) akan menganjurkan Karnival Silat Kebangsaan Piala Menteri Besar Terengganu 2019 yang akan berlangsung bermula 18hb Disember 2019 hingga 21hb Disember di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Majlis Perasmian Pembukaan
Tarikh : 19hb Disember 2019 (Khamis)
Jam : 8.30 malam
Tempat : Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu
Perasmi : YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
                (Menteri Besar Terengganu)

Majlis Perasmian Penutup
Tarikh : 21hb Disember 2019 (Sabtu)
Jam : 3.00 petang
Tempat : Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu
Perasmi : YB Dato' Haji Yahaya bin Ali
(YDP Dewan Undangan Negeri terengganu merangkap
YDP PESAKA Negeri Terengganu)

Buat makluman Tuan/Puan, karnival ini akan disertai seramai 1600 peserta dari seluruh Malaysia termasuk jemputan dari Singapura, Indonesia dan Thailand.

KONSERT MEGASTAR BINTANG KECIL 2019

Penganjuran Konsert Akhir Bintang Kecil 2019 yang juga dikenali sebagai Megastar Bintang Kecil 2019 oleh Radio KLfm pada:

Tarikh                   : 7 Disember 2019 (Sabtu)Masa                     : 8;30 malamTempat                 : Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh, PerakSiaran Langsung : Saluran TV2 dan Facebook RTM-Radio Televisyen Malaysia

Megastar Bintang Kecil 2019 akan menampilkan 6 finalis terbaik seluruh negeri iaitu Sera Yue Zi Xin dari Kuala Lumpur, Nur Dhia Qistina Muhamad Khairulizam dari Pahang, Roddy Dezlly Roger dari Sabah, Puteri Nurnasuha Yahya dari Sarawak, Puteri Ainul Rarisya Zuraimi dari Perlis dan Qasrina Putri Adriana Abdullah dari Negeri Sembilan.

Megastar Bintang Kecil 2019 juga akan diserikan dengan beberapa artis tanah air dan kemunculan istimewa Floor88 dan Projektor Band.

Jom datang beramai-ramai.!!!

Wednesday, November 27, 2019

PROGRAM PUSAT TALAQQI BATU RAKIT (PTBR)

Program Pusat Talaqqi Batu Rakit (PTBR) akan diadakan pada:-


Tarikh     : 07 hb Disember 2019
Hari        : Sabtu
Tempat   : Bangunan Pusat Talaqqi Batu Rakit (PTBR), Bukit Bucu, Batu Rakit
Masa      : 8.00 pagi hingga 10.00 malam


Jemputan Penceramah Hebat dengan Topik-topik Yang Menarik

Wednesday, November 20, 2019

KEJOHANAN RAGBI 10 SEPASUKAN BAWAH 15 TAHUN MSSM-MILO PIALA DATO' SULAIMAN HAJI DAUD PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019

Makluman Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan bawah 15 tahun MSSM-MILO Piala Dato' Sulaiman Haji Daud Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 akan diadakan pada:-


Tarikh : 23-24 November 2019

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Tempat : 1. Padang SM Teknik Terengganu

               2. Stadium Mini Ragbi, Kompleks Sukan Gong Badak

               3. Padang Ragbi, Kompleks Sukan Gong Badak

Ayuh datang beramai-ramai memeriahkan lagi pertandingan.!!!!!


Monday, November 18, 2019

SAMBUTAN HARI MENANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA 2019 PERINGKAT ANTARABANGSA

Pejabat Pembangunan Wanita Terengganu akan menganjurkan Larian Oren pada 23 November 2019 bertempat di XXXXX. Larian bersempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita bertujuan memupuk semangat solidariti masarakat untuk bersama-sama berjuang dalam menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.


Sila hubungi PPWN Negeri Terengganu di talian 09 6203341 untuk keterangan lanjut.

#leavenoonebehind #tiadayangditinggalkan

Saturday, November 16, 2019

PELAKSANAAN KAJIAN KESEDARAN AWAM MENGENAI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA 2019

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) di bawah Kementerian Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) sedang melaksanakan soal selidik bagi Kajian Kesedaran Awam Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malaysia 2019 bermula Oktober 2019 hingga Disember 2019.

Individu yang terpilih adalah dijemput untuk mengambil bahagian dalam soal selidik tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal MASTIC di https://mastic.mestecc.gov.my/

KEMPEN KESEDARAN KEPENTINGAN DERMA DARAH

Pusat Daerah Negara menyeru orang ramai untuk tampil menderma darah bagi membantu Pusat Darah Negara dan juga Tabung Darah seluruh Malaysia bagi meningkatkan bekalan darah terutama sepanjang musim cuti sekolah dan cuti perayaan


Jalankan tanggungjawab sosial anda sekarang
1 Beg darah menyelamatkan 3 nyawa


#Darah Tak Pernah Cuti

Wednesday, November 13, 2019

LPT2 DE'PERASING RIDE 2019 - AJIL CHALLENGE

LPT2


Acara berbasikal di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), iaitu LPT2 De'Perasing Ride 2019 - Aji Challenge yang akan diadakan untuk tahun ketiga di lebuh raya di Pantai Timur adalah seperti berikut:-

Tarikh    : 16 November 2019 (Sabtu)
Tempat   : Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil (Arah Barat/ Kuala Lumpur)                               KM410.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Antara katogari yang dipertandingkan adalah seperti:-

  • Kategori Roadbike 100KM
  • Kategori Mountain Bike 50KM
  • Kategori Fun Ride 50KM

Acara kayuhan disertai oleh 2,000 peserta dari dalam dan luar negara ini yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM58,000. Hadiah cabutan bertuah juga ditawarkan yang berjumlah RM35,000.

Majlis Pelepasan peserta LPT2 De'Perasing Ride 2019 - Ajil Cgallenge dijangka akan disempurnakan oleh YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan Pengarah LPT2 Sdn Bhd, Encik Zakaria Ahmad Zabidi.

Sunday, November 10, 2019

SAMBUTAN HARI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL PERINGKAT ZON TIMUR 2019 DI TERENGGANU FM

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menganjurkan 'Peogram Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Zon Timur 2019 (SHPPK) yang akan berlangsung pada:

Tarikh     :  15 hingga 17 November 2019
Tempat    : Perkarangan Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
Masa        : 3.00 petang - 12 malam

Program ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada penjaja dan peniaga kecil di atas sumbangan mereka kepada sektor ekonomi negara selain untuk menarik perhatian masyarakat mengenai kejayaan yang telah dicapai serta mempromosikan golongan ini kepada umum. Program SHPPK ini memberi peluang kepada penjaja dan peniaga kecil untuk mempromosikan aktiviti mereka selain mengetengahkan produk-produk usahawan di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu.

Program ini juga disertai oleh pempamer dari pelbagai agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Amanah Ikhtiar, Perbadanan Harta Inteek Malaysia (MyIPO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM) yang menawarkan perkhidmatan pendaftaran perniagaan, pameran daripada Metrology Corporation Malaysia (MCM) mengenai perkhidmatan penentusahan alat timbang sukat untuk perdagangan, pemeriksaan kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ceramah cakna kepenggunaan, taklimat inisiatf pembangunan usahawan kepada penjaja dan peniaga kecil oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dan perkongsian bersama Ikon Usahawan Cik Haziqah Nurul Huda binti Harun (Ikon Belia Negeri Terengganu, Ikon Usahawan OKU dan Ikon Bank Negara bagi Negeri Terengganu).

Program ini juga menganjurkan program mewarna bagi kanak-kanak dan program Battle of Buskers untuk orang ramai.

Monday, November 4, 2019

HEBAHAN : KARNIVAL PERKAMPUNGAN BERKAT YAYASAN ISLAM TERENGGANU BAGI TAHUN 2019

YAYASAN ISLAM TERENGGANU


Yayasan Islam Terengganu akan mengadakan Program Karnival Perkampungan Berkat bagi tahun 2019 yang akan dilaksanakan 

Tarikh   : 14 hinggan 16 November 2019

Masa     : 10.00 pagi

Tempat : Pentas Utama, Perkarangan Dewan Sivik Kampung Atas Tol, Marang                    Terengganu.

  • Pelbagai acara menarik seperti, Gotong-royong, Ekspo Pameran dan Jualan, Festival Kesenian Islam Kanak-kanak Tadika, Kenduri Rakyat, Bual Bicara Hijrah Selebriti, Pertandingan Dakwah Got Talent dan banyak lagi.
  • Terdapat juga sukaneka rakyat seperti, Tarik Tali, Anyam Ketupat, Bowling Kelapa, Makan Buah Tergantung, Futsal, Kopek Kelapa, Cari Gula, Basikal Lambat dan banyak lagi.


HEBAHAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU

KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
(JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)

Berita baik untuk lepasan SPM! Kolej Komuniti Kuala Terengganu menawarkan pelbagai kursus di peringkat sijil dengan yuran serendah RM 200.00 sahaja. Bagi calon-calon yang berminat, anda boleh terus hadir ke Kolej Komuniti Terengganu ataupun Whatsapp kami di talian 011-56560609, tempat adalah terhad!

Sunday, November 3, 2019

MAJLIS MENGHAFAZ AL - QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN TAHUN 1441H/2020M

JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU 

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) akan mengadakan Majlis Menghafaz Al - Quran Peringkat Negeri Terenggau Tahun 1441H/2020M.

Majlis ini dibahagikan kepada tiga tahap:-

Tahap Pertama : 1 hingga 10 Juzuk dan Taranum
Tahap Kedua    : 1 hingga 20 Juzuk
Tahap Ketiga    : 1 hingga 30 Juzuk (termasuk 2 soalan tafsir)

Borang permohonan boleh diperolehi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) dan semua Pejabat Agama Daerah dan juga boleh didapati dengan melayari laman web http:jheatweb.terengganu.gov.my

Calon-calon hendaklah menyerahkan Borang Permohonan yang telah sempurna diisi ke Pejabat Agama Daerah masing-masing untuk mendapatkan pengesahan, manakala calon yang berada di institusi pengajian/ sekolah berkenaan atau Pegawai Agama Daerah.

Semua borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Daerah selewat-lewatnya pada 28 November 2019 jam 1.00 tengahari.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang syarat-syarat kelayakan dan sebagainya, bolehlah berhubung terus dengan:


Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
(Bahagian Dakwah)
Pusat Pentadbiran Islam Negeri
Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20676 Kuala Terengganu
Tel : 6252525 samb. 5365 / 5373

Pegawai Agama Daerah Masing-Masing

HARI KOKURIKULUM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN SK SERI IMAN 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMAN 24000 KEMAMAN TERENGGANU


Perkara  : Hari Kokurikulum Sempena Sambutan Jubli Perak yang Ke 25                              Tahun SMK Seri Iman

Tarikh    : 05 - 07 November 2019

Tempat   : SK Seri Iman

Masa      : 8.00 pagi - 10.00 malam

Tempat   : SK Seri Iman, Kemaman


Pelbagai aktiviti yang menarik, antaranya, Water Gun, Ruman Hantu, Terget Shooting, Mini Golf, Super Bike, Baling Tin, Ball In Basket, Bayblade, Supa Dopaa, Tangkap Ikan, Gaint Bubble, Kereta Api dan banyak lagi. Terdapat juga Pertandingan Hiasan Makanan (terbuka kepada orang kampung), Pertandingan Panalti Bola sepak dan banyak lagi.

KEMASUKAN PELAJAR KE IKBN WAKAF TAPAI SESI 1/2020

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA WAKAF TAPAI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


Kemasukan pelajar sesi 1/2020 ke Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu telah dibuka mulai 01 Oktober 2019 sehingga 03 November 2019.

Syarat Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18 - 30 tahun
  • Tamat Tingkatan Lima
  • Belum Berkahwin
  • Sihat Tubuh Badan
  • Memiliki Sijil SPM
  • Tiada Rekod Jenayah
Program Yang Ditawarkan:

  • Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal - KIMPALAN (SKM 3)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal - OPERASI FABRIKASI PAIP (SKM 3)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil - JAHITAN PAKAIAN WANITA (SKM 3)
  • Sijil Teknologi Awam - PENYELENGGARAAN BANGUNAN (SKM 2)
  • Sijil Teknologi Elektrik - PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA (PW2)
  • Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik - PENDAWAIAN ELEKTRIK FASA 3 (PW4) - TEMUDUGA

Sebarang Pertanyaan:09-6806000

IKBN WAKAF TAPAI
KM 24 JALAN KUALA BERANG - KUALA TERENGGANU
21040 MARANG, TERENGGANU

Wednesday, October 30, 2019

PROGRAM PEWARIS MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA (JaPen)

Jabatan Penerangan Malaysia akan mengajurkan Program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan 2019 yang bertempat di Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka yang akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada 1 November 2019 pukul 10.30 pagi.

Program selama empat (4) hari bermula pada 31 Oktober hingga 3 November 2019 dengan penglibatan seramai 100 orang mahasiswa/mahasiswi dari Universiti/ Institusi Awam dan Swasta. Antara pengisian program ialah:-
  • Keluarga angkat
  • Pemimpin bersama rakyat
  • Program keagamaan dan kenegaraan
  • Kembara jalinan kasih
  • Mahasiswa turun ke ladang
  • Khidmat masyarakat (gotong-royong)
  • Layar Bestari
  • Sukan rakyat

SESI PENDENGARAN AWAM JAWATANKUASAPILIHAN KHAS MENIMBANG RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA BEBAS ADUAN SALAH LAKU (IPCMC) 2019

PARLIMEN MALAYSIA

Cadangan CRAWLER untuk Sesi Pertama:

21 Oktober - 25 Oktober 2019

"Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 akan mengadakan sesi pendengaran awam pada 26 Oktober 2019 (Sabtu), jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Orang ramai dijemput hadir. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan ke Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia di talian 03-26017328 atau 03-26017330 atau emel ke ikpk.jpcm@parlimen.gov.my".

Cadangan CRAWLER untuk Sesi Kedua:

28 Oktober - 1 November 2019

"Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCM) 2019 akan mengadakan sesi pendengaran awam pada 2 November 2019 (Sabtu), jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Bilik Gerakan, Aras 4 Bangunan Persekutuan Pulau Pinang, Jalan Anson, Pulau Pinang. Orang ramai dijemput hadir. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan ke Bahagian Komunikasi Korporat Palimen Malaysia di talian 03-26017328 atau 03-26017330 atau emel ke jkpk.ipcmc@parlimen.gov.my".

Cadangan CRAWLER untuk Sesi Ketiga:

4 November - 7 November 2019

"Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (ICPMC) 2019 akan mengadakan sesi pendengaran awam pada 8 November 2019 (Jumaat), jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Bilik Gerakan Dewan Negeri, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Takzim. Orang ramai dijemput hadir. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan ke Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia di talian 03-26017328 atau 03-26017330 atau emel ke jkpk.ipcmc@parlimen.gov.my".

Cadangan CRAWLER untuk Sesi Keempat:

4 November - 9 November 2019

"Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebsa Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 akan mengadakan sesi pendengaran awam pada 10 November 2019 (Ahad), jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang di Bilik Kedah, Aras 2, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu, Sabah. Orang ramai dijemput hadir. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan ke Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia di talian 03-26017328 atau 03-26017330 atau emel ke jkpk.ipcmc@parlimen.gov.my".

Tuesday, October 29, 2019

SHOWCASE DRONEZ@SESMA 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN

SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MAHMUD 21300 KUALA NERUS, TERENGGANU

Perkara     : Showcase Dronez@Sesma 2019 Peringkat Kebangsaan
Tarikh       : 01 hingga 3 November 2019 (Jumaat-Ahad)
Masa         : 08.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat      : SM Sains Sultan Mahmud
Perasmian : YBM Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja                                          Ahmad Baharuddin Ismail Shah (Timbalan Menteri                                                  Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 3 November                                              2019




Monday, October 28, 2019

HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2019

Kerajaan Negeri Terengganu di bawah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar akan mengadakan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2019 Peringkat Negeri Terengganu

Tarikh : 2 November 2019 (Sabtu)

Tempat : Dewan Besar, Wisma Darul Iman

Masa : 7.00 pagi - 1.00 tengahari

Perasmian : YAB Menteri Besar Terengganu

Pelbagai aktiviti menarik seperti:-

  • Kempen Derma Darah
  • Kempen Hindari Plastik Sekali Guna
  • Kempen E-Waste
  • Kempen Ahli Rakan Alam Sekitar
  • Pertandingan Melukis Dan Mewarna Pelajar Sekolah Rendah
  • Pertandingan Melukis Poster Pelajar Sekolah Menengah
  • Gambut 'Fun Ride' Yang Akan Diadakan Di Sewan Sivik Gong Badak
  • Program Pendidikan Estecc Di Sekolah


Orang ramai dijemput hadir. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu Di Talian 09-6261044 / Puan Zuraini 011-10913648

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN (RDPT) SUKU TAHUN KETIGA 2019

PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI TERENGGANU


Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan pameran Rang Daftar Pemilihan Tambahan Suku Tahun Ketiga 2019 (RDPT ST3/2019) mulai 30 Oktober hingga 12 November 2019 di tempat-tempat pameran yang telah diwartakan menurut penerangan 14(6) Peraturan-Peraturan (Pendaftaran Pemilihan) Pilihan Raya 1971 untuk semakan orang awam.


Wednesday, October 23, 2019

PROGRAM FIESTA JOM MASUK AIM BAGI CAWANGAN KUALA NERUS

KELAB USAHAWAN EKONOMI SAHABAT KUALA NERUS TERENGGANU (KUESKNT)


Perkara  : Program Fiesta Jom Masuk AIM Bagi Cawangan Kuala Nerus

Tarikh    : 2 November 2019

Masa      : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat  :  Dewan Serbaguna Tok Jembal

Peserta  : 1000 peserta


Sasaran Peserta

  • Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia
  • Usahawan Luar
  • Penduduk Setempat
  • Agensi Berkaitan
  • Graduan
  • Komuniti


Pelbagai Aktiviti Sepanjang Hari, antaranya:-

  • Supa Dupa
  • Pertandingan Bey Blade
  • Pelbagai Jualan
  • Pameran Agensi
  • Cabutan Bertuah
  • Lelongan Sayuran dan Ikan dan pelbagai lagi aktiviti menarik

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO BERSEMPENA 2020 YEAR OF ASEAN IDENTITY

SEKRETARIAT ASEAN


Sekretariat ASEAN akan mengadakan pertandingan 2020 Year of ASEAN Identity Logo Design Competition for ASEAN Youths. Pertandingan ini telah mendapat sokongan Senior Officials Committee for The ASCC (SOCA) semasa Mesyuarat ke-54 ASEAN-COCI yang lalu. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Year of ASEAN Identity pada tahun 2020. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 23 November 2019.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 1441H/2019M

JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU PUSAT PENTADBIRAN ISLAM NEGERI


Perkara  : Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri                               Terengganu Tahun 1441H/2019M

Tarikh    : 9 November 2019M/ 12 Rabiul Awal 1441H (Sabtu)

Masa      : 8.00 pagi

Tempat  : Stadium Negeri, Kuala Terengganu

Tuesday, October 22, 2019

PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI KALI KE 26 TAHUN 2019

JABATAN ALAM SEKITAR


Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Jabatan Alam Sekitar akan menganjurkan Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pendidikan Tinggi Kali Ke 26 Tahun 2019 yang akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri MESTECC.

Pertandingan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan isu-isu semasa berkaitan alam sekitar, yang akan bermula pada 1 November 2019 di peringkat saringan dan akan berakhir pada 3 November 2019 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kuala Nerus, Terengganu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web dan Facebook Jabatan Alam Sekitar

PENGANJURAN SETIU WETLANDS FESTIVAL 2019 (SWF 2019)

KERAJAAN NEGERI DENGAN KERJASAMA MAJLIS PENGURUSAN TAMAN NEGERI


Perkara : Setiu Wetlands Festival 2019 (SWF 2019)

Tarikh   : Bermula pada 26 hingga 28 Oktober 2019

Tempat : Perkarangan Pusat Interpretasi Setiu Wetlands, Boardwalk Setiu

Pelbagai acara menarik seperti:-

  • Kayak X-plorace, Wetlands Master Chef, Penanaman Pokok Bakau, Mini Gotong Royong
  • Melukis dan mewarna
  • Persembahan Kebudayaan
  • Dikir Barat Dan Wayang Kulit
  • Sukan Rakyat dan sebagainya

Monday, October 21, 2019

KEMPEN PENGGUNAAN KERUSI KESELAMATAN BAYI / KANAK-KANAK, TALI PINGGANG KALEDAR BELAKANG DAN TALI PINGGANG KESELAMATAN BAGI PENUMPANG BAS EKSPRESS

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN; JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA (JKJR)


  • Mulai tahun 2020, kerajaan akan mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak, pemakaian tali kaledar belakang dan tali kaledar untuk penumpang bas.
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jkjr.gov.my
  • #JomKlik


  • Dah pakai tali pinggang hadapan, belakang, kerusi keselamatan kanak-kanak dan penumpang bas ketika di dalam kenderaan? Jom Klik !! Mulai tahun 2020, penguatkuasaan lebih tegas akan dijalankan jika anda tidak KLIK.


  • Rancangan perjalanan anda untuk pulang ke kampung. pandu dengan cermat, jalan raya tanggungjawab bersama, Jom Klik.

PEMBANGUNAN APLIKASI MyHRMIS MOBILE

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

Penjawat awam boleh memuat turun aplikasi MyHRMIS Cuti, MyHRMIS Profil, MyHRMIS Care, MyHRMIS Self Check dan MyHRMIS eGL di Google Play dan AppSTORE untuk capaian system HRMIS yang cepat dan mudah.




BIL

MyHRIMS MOBILE

TUJUAN / KEGUNAAN

1.

MyHRMIS Cuti

Semakan, permohonan cuti dan kebenaran keluar pejabat.

2.

MyHRMIS Profil

Semakan maklumat peribadi.

3.

MyHRMIS Care

Semakan untuk mengemukakan permasalahan mengenai HRMIS.

4.

MyHRMIS Self Check

Saluran Untuk menyemak ketepatan maklumat peribadi dan maklumat perkhidmatan dalam HRMIS.

5.

MyHRMIS eGL

Kemudahan perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan.

Wednesday, October 16, 2019

KEMASUKAN PELAJAR SESI 1/2020 KE IKBN WAKAF TAPAI, TERENGGANU

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA WAKAF TAPAI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN


Kemasukan pelajar sesi 1/2020 ke Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu telah dibuka mulai 01 Oktober 2019 sehingga 03 November 2019.

Syarat Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18 - 30 tahun
  • Tamat Tingkatan Lima
  • Belum Berkahwin
  • Sihat Tubuh Badan


Bidang-bidang Yang Ditawarkan:

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Hospitaliti
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan
  • Teknologi Pertanian

PENGAMBILAN PELAJAR IKTBN TEMERLOH SESI 1/2020

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA TEMERLOH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


Pengambilan Pelajar baru IKTBN Temerloh Sesi 1/2020 telah dibuka permohonannya bermula 01 Oktober - 03 November 2019 dengan melayari sesawang ekampus.kbs.gov.my

Syarat Am Kemasukan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 - 30 tahun (Bujang)
  • Sihat tubuh badan
  • Bebas Kesalahan Jenayah/ Dadah


Kursus Yang Ditawarkan:

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan
  • Sijil Teknologi Kejuruteraan
  • Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (semburan cat)
  • Sijil Teknologi Automotif( penyelenggaraan kereta)



PROGRAM PINKTOBER: SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA

PMINT.URUS SDN BHD


Perkara : Program Pinktober: Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Tarikh: 28 Oktober 2019 (Sabtu)

Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Valet Parking, Kompleks Paya Bunga Square

'WORLD DIABETES DAY' PERINGKAT HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH 2019

HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)


Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akan mengadakan 'World Diabetes Day' pada 6 dan 7 November 2019 bertempat di Auditorium dan Ruang Legar Klinik Rawatan Harian (ACC), HSNZ.

Banyak program yang disajikan antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan dan penjagaan kaki percuma, pemeriksaan mata percuma, pameran kesihatan, demonstrasi makanan sihat, continuing medical education (CME) yang bertajuk 'Prevention And Reversal Of Diabetes' dan banyak lagi.


Orang Ramai Dijemput Hadir

PERALIHAN SEPENUHNYA DARI TV ANALOG KE TV DIGITAL PANTAI TIMUR MALAYSIA

MYTV BROADCASTING


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru sahaja mengumumkan Malaysia akan beralih sepenuhnya dari TV analog kepada digital pada 31 Oktober. Peralihan ini dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan kawasan Tengah dan Selatan pada 30 September, Kawasan Utara dan Pantai Timur pada 14 Oktober dan berakhir di Sabah dan Sarawak pada 31 Oktober. Siaran TV digital myFreeview memberi rakyat siaran HD, suara berkualiti tinggi dan perkhidmatan TV interaktif. 15 siaran televisyen dan radio dapat diperoleh secara percuma tanpa bayaran bulanan.


BENGKEL PEMERKASAAN KUALITI PENDIDIK PERPADUAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2019

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI TERENGANU


Perkara      : Bengkel Pemerkasaan Kualiti Pendidik Perpaduan Peringkat Negeri                                Terengganu 2019
Tarikh         : 19 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa           : 8.30 pagi
Tempat        : Dewan Seri Budi, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu
Perasmian   : Yang Berhormat Mulia Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni                            Raja Ahmad Baharuddin Shah (Timbalan Menteri Perumhan dan                                    Keraan Tempatan pada jam 5.00 petang pada hari yang sama.

Tuesday, October 15, 2019

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM DUTA SAINS TERENGGANU

PUSAT SAINS & KREATIVITI TERENGGANU (PSKT)


Perkara      : Majlis Perasmian/ Penutup Program Duta Sains Terengganu
Tarikh        :  17 Oktober 2019 (Khamis)
Masa           : 2.00 - 4.00 Petang
Tempat        : Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu
Kerjasama  : Repsol Oil & Gas Malaysia Limited

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada para pelajar untuk menjadi sains komputer yang terbaik dalam menyampaikan maklumat sains dengan kaedah yang kreatif, menarik dan mudah difahami disamping membina keyakinan diri para pesrta untuk berkomunikasi secara langsung dan tidak langsung.



Thursday, October 10, 2019

PESTA KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI TATI (TATIUC) KALI KE 21

TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC)


  • Sempena Pesta & Majlis Konvokesyen  TATI UnIVERSITY cOLLEGE (tatiuc) Kali Ke 21, pelbagai acara-acara menarik akan diadakan, antaranyaMalam Cinta Rasul TATIUC Berselawat, Mini Konsert dari artis-artis terkemuka tanah air (Syafiq Farhan, Ayie Lantana dan Roy Kapila), E-Spost, Kids Fun Zone, Inflatable Games, Pameran, Pelbagai jualan dan sebagainya.
  • Orang ramai dijemput untuk memeriahkan pesta konvokesyen yang akan berlangsung pada 16 - 19 Oktober 2019 yang bertempat di Kampus TATIUC, Telok Kalong, Kemaman.
  • Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai kami ditalian 011-21920995 atau layari www.tatiuc.edu.my untuk sebarang info.

Wednesday, October 9, 2019

PROGRAM FESTIVAL SETIU WETLANDS 2019

Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu
(Terengganu State Parks Management Council)

Kerajaan Negeri melalui Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu akan menganjurkan Festival Setiu Wetlands (FSW) 2019 sepertimana berikut:-

Tarikh        : 26 hingga 28 Oktober 2019

Masa          : 8.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat      : Pusat Interpretasi Setiu Wetlands, Kg. Pengkalan Gelap,                                                 Setiu

perasmian : Yang Amat Berhormat Menteri Besar

Program ini merupakan acara tahunan yang melibatkan agensi/ jabatan, badan NGO, pelajar sekolah dan komuniti setempat yang mempunyai pelbagai acara dan aktiviti, antaranya:-

  1. Penanaman pokok bakau/ mini gotong royong
  2. Pameran agensi
  3. Jualan rakyat
  4. Melukis dan Mewarna
  5. Robotic & Science Show
  6. Sukan rakyat
  7. Persembahan Kebudayaan
  8. Dikir Barat & Wayang Kulit dan banyak lagi

Tuesday, October 8, 2019

PROGRAM MEMBUDAYAKAN PERPAPUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN #PERPADUANDIHATI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu


Perkara    : Program Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian                                        #PERPADUANDIHATI Peringkat Negeri Terengganu
Tarikh      : 10 Oktober 2019 (khamis)
Tempat     : Mydin Mall Gong Badak
Masa         : 10.00 pagi

PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN DAN CAKNA PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu


Jabatan Negeri Terengganu akan mengadakan Program Jelajah Pendidikan Dan Cakna Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan berlangsung di Mesra Mall, Kemaman Terengganu pada 11 & 12 Oktober 2019. Jelajah Pendidikan akan bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam setiap hari.


Jelajah Pendidikan dan Cakna Pendidikan KPM akan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-


  1. Pameran Bahagian-bahagian KPM
  2. "Show case" kejayaan pelajar-pelajar Terengganu.
  3. Khidmat nasihat daripada Bahagian-bahagian KPM
  4. Persembahan tarian daripada murid-murid sekolah dan Institusi pengajian tinggi
  5. Persembahan band murid-murid Terengganu
  6. Persembahan tarian Sewang murid-murid Sk. Sg. Pergam
  7. Persembahan Kertuk Ulu murid-murid SMK Kuala Jenderis


Perasmian program akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik Menteri Pendidikan Malaysia


Tuan-tuan dan Puan-puan dijemput hadir ke program Jelajah Pendidikan dan Cakna Pendidikan KPM 2019 tersebut.
Sekian, Terima kasih

Monday, October 7, 2019

MAJLIS GRADUASI PELAJAR TINGKATAN LIMA DAN TINGKATAN ENAM SMK SULTAN SULAIMAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN 20400 KUALA TERENGGANU

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu akan mengadakan Majlis Graduasi Tingkatan Lima Dan Tingkatan Enam SMK Sultan Sulaiman Kali Ke- 4 Tahun 2019 pada Oktober 2016 (Sabtu) mulai  jam 9.00 pagi di Dewan Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Majlis Graduasi tersebut akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Rosol Bin Wahid, Ahli Parlimen Hulu Terengganu.


Pelajar-pelajar dan ibu bapa yang terlibat dijemput hadir.


Sunday, October 6, 2019

PROGRAM KARNIVAL RAKYAT SEJAHTERA

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN BULUH GADING


Perkara   : Karnival Rakyat Sejahtera
Tarikh     : 10, 11 dan 12 Oktober 2019
Hari         : Khamis, Jumaat & Sabtu
Tempat    : Padang Bola Kampung Buluh Gading
Masa        : 7.30 pagi - 11.00 malam


Pelbagai acara dan aktiviti yang akan diadakan semasa program berlangsung. Yang penting terdapt pelbagai hadiah dan cabutan bertuah.


Semua Dijemput Hadir

Wednesday, October 2, 2019

KARNIVAL KESIHATAN HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH

HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Perkara               :  Karnival Hospital Sultanah Nur Zahirah
Tarikh                 :  8 hingga 10 Oktober 2019
Masa                    :  9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat                : Stadium Negeri Kuala Terengganu
Perasmian Oleh  :  Yang Berbahagia Dato' Hj. Bahari Bin Dato' Tok Muda Hj Awang Ngah,                                                (Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Aktiviti-aktiviti yang menarik:-
  1. Pameran Kesihatan
  2. Fun Walk
  3. Pertandingan Mewarna
  4. Choral Speaking
  5. Mini Explorace
  6. Senamrobik
  7. Derma Darah
  8. Forum Kesihatan
  9. Aktiviti Di Booth
Ayuh beramai-ramai kerana terbuka kepada semua

MAKLUMAT PELUANG PENGAJIAN PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI SECARA PERCUMA BAGI GOLONGAN B40

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UiTM CAWANGAN TERENGGANU 

Perkara :  Maklumat Peluang Pengajian Program Pra Pendidikan Tinggi Secara Percuma Bagi                            Golongan B40


  • Peluang menyambung pengajian di UiTM khususnya di UiTM cawangan Terengganu dalam Program Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains dengan yuran pengajian dan yuran asrama secara percuma kepada golongan B40 serta diberikan elaun bulanan sepanjang pengajian pra diploma.

PERTANDINGAN AKHIR DIKIR BARAT SEKOLAH RENDAH TERENGGANU 2019

PERSATUAN SENI DIKIR BARAT TERENGGANU (PENDIKIR TRG)

Perkara         : Pertandingan Akhir Dikir Barat Sekolah Rendah Terengganu
Tarikh           : 5 Oktober 2019
Hari/ Masa   : Sabtu, 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat          : Auditorium JKKN Terengganu, Kuala Ibai

Tuesday, October 1, 2019

PENGAMBILAN PELATIH DI GIATMARA SETIU, TERENGGANU BAGI SESI 1/ 2020

GIATMARA SETIU

PERKARA : PENGAMBILAN PELATIH DI GIATMARA SETIU, TERENGGANU                        BAGI SESI 1/ 2020

TARIKH     : TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA/ SEBELUM 10                          DISEMBER 2019

KURSUS YANG DITAWARKAN:-
  1. KURSUS SENGGARAAN INDUSTRI (TEKNOLOGI BANGUNAN)
  2. KURSUS AUTOMOTIF KENDERAAN KOMERSIAL
  3. KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK (PED)

SYARAT KELAYAKAN:-
  1. BERUMUR ANTARA 15-40 TAHUN
  2. BOLEH MENULIS MEMBACA BAGI KURSUS TEK. BANGUNAN DAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA BAGI KURSUS TEK. AUTOMOTIF SERTA PENDAWAIAN ELEKTRIK.
  3. BERMINAT DALAM BIDANG KEMAHIRAN

KEMUDAHAN DISEDIAKAN:-
  1. ASRAMA PERCUMA
  2. INSURAN BERKELOMPOK
  3. PERALATAN SUKAN, RIADAH DAN LAWATAN
  4. ELAUN BULANAN SEBANYAK RM200.00
Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat MARA Daerah Setiu atau datang terus ke GIATMARA Setiu pada atau sebelum 10 Disember 2019 atau dail terus talian No. 09.6097540




BULAN SUKAN NEGARA

SEKRETERIAT BULAN SUKAN NEGARA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN TERENGGANU

Perkara     :  Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu
Tarikh       :  15 Oktober 2019
Masa         :  7:30 pagi
Tempat      :  Kompleks Sukan UiTM Dungun


Aktiviti:-

  • Senamrobik perdana
  • Sukan rakyat/tradisional
  • Pertandingan sepakan penalti
  • Orienteering
  • Bar kalistenik
  • Pemeriksaan kesihatan
Ayuh !!! Sama-sama kita turut serta sekaligus melahirkan warga yang aktif bersukan !!!

Thursday, September 26, 2019

PROGRAM KARNIVAL MAIN GA'YONG

PERTUBUHAN PERSAUDARAAN SENI SILAT MELAYU PANTAI TIMUR (PERSIMA)  INSTITUSI MODAL INSAN TERENGGANU SEJAHTERA (I-MiTS) DUN KIJAL 


Perkara     :  Program Karnival Main Ga' yong
                     Tema : Ulama' Dan Pendekar Berpisah Tiada

Tarikh       :  3 hingga 5 Oktober 2019
Masa         :  9.00 pagi hingga 11.00 malam
Tempat     :  Pantai Penunjuk Kijal. Kemaman, Terengganu



Pengisian Aktiviti:-

  • PERSEMBAHAN SILAT
  • PERSEMBAHAN GENDANG SILAT
  • HIMPUNAN BERBUSANA MELAYU
  • SANTAI AGAMA (KULIAH MAGHRIB)
  • SANTAI ILMIAH - TAJUK: ULAMA' , PENDEKAR DAN PEJUANG
  • PAMERAN DAN JUALAN KERIS SENJATA
  • PAMERAN DAN JUALAN BUSANA MELAYU
  • SUKAN RAKYAT
  • JUALAN PRODUK TEMPATAN DAN MAKANAN
JAMUAN RAKYAT GULAI KAWAH PERDANA

Wednesday, September 25, 2019

ANJURAN :
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU & INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN (IPG)


Perkara             :  Kolokium Penyelidikan Pendidikan PAK21 Sekolah Penarafan                                       KBAT Terengganu 2019
Tarikh                :  30 September 2019 (Isnin)
Masa                  :  8.00 pagi - 4.20 petang
Perasmian oleh :  YBRS. Haji Matsor Bin Ismail
                              (Timbalan Pengarah Pendidikan)

PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA :

Perkara     : PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN PERINGKAT 
                     KEBANGSAAN 2019

Tarikh       28 September 2019 (Separuh Akhir)
Tempat      : Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato' Razali Ismail, Terengganu

Tarikh       : 29 September 2019 (Akhir)
Tempat      : Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Terengganu

15 kumpulan akan berentap dari seluruh pelusuk negara dan 5 finalis akan dipilih bagi menentukan siapakah yang akan merangkul Piala Pusingan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2019 tahun ini.

PAKAK MAGHI RAMA-RAMA WEHH !!!

https://www.instagram.com/p/B20tHoSHPwX/?igshid=ql1bduk95hmx

JEMPUTAN PELANCARAN : FESTIVAL SENIBINA DAN WARISAN BUDAYA ZAMAN LAMPAU

KEMENTERIAN PELANCONGAN SENI DAN BUDAYA MALAYSIA:

Perkara         : Festival Senibina dan Warisan budaya zaman lampau 2019
Tarikh           : 28 - 30 September 2019
Tempat          : Terrapuri Heritage Village, Setiu, Terengganu

Terdapat pelbagai artifak-artifak zaman lampau dipamerkan serta banyak aktiviti-aktiviti menarik menanti anda.

Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke sana !!!

Tuesday, September 24, 2019

PROGRAM JELAJAH SSPN 2019 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

PEJABAT PTPTN NEGERI TERENGGANU (PPNT)


Program   : Program Jelajah SSPN 2019 Peringkat Negeri Terengganu

Tarikh      : 27 September 2019 (Jumaat)
Tempat     : SK Binjai, Kemaman
Masa        : 8.00 pagi - 12.00 tengahari


Tujuan program adalah memberi pendedahan kepada ibubapa mengenai kepentingan awal penabungan. Terdapat juga pelbagai aktiviti/ pertandingan menarik khusus untuk anak-anak dan ibu bapa disamping meningkatkan kesedaran menabung, antaranya pertandingan mewarna, pertandingan beyblade, pertandingan menyusun puzzle, pertandingan bijak wang, gerai jualan dan banyak lagi. terdapat juga cabutan bertuah.

Pelbagai hadiah menarik disediakan, Ayuh datang beramai-ramai.

SLOT BUAL BICARA DI SALURAN RADIO RTM BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SIVIK

SLOT BERSAMA UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (UKK) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DALAM USAHA MENGHEBAHKAN KEPADA MASYARAKAT BERKENAAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN SIVIK DI SEKOLAH SEBAGAIMANA YANG TELAH DIRASMIKAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB TUN DR. MAHATHIR MOHAMED.


Perkara   : Slot bual bicara di saluran radio RTM berkaitan dengan Pendidikan Sivik
Tarikh     : Antara
14 Oktober 2019 - 31 Oktober 2019
Masa      : Masa yang akan ditetapkan
Panel      : Wakil Jabatan Pendidikan Negeri
Topik      : Sivik dan Nilai Murni

PROGRAM KEMBARA KERJAYA JOBSMALAYSIA NEGERI TERENGGANU

PUSAT JOBSMALAYSIA TERENGGANU, JABATAN TENAGA KERJA NEGERI TERENGGANU


Perkara  : Program Kembara Kerjaya JOBSMALAYSIA Negeri Terengganu
Tarikh    : 3-5 Oktober 2019/ Khamis - Sabtu
Masa      : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat   : Dewan Seri Amar, Kemaman Terengganu
                 Dewan Arena Merdeka, Dungun Terengganu
                 Dewan Gong Kemuntong Besut, Jerteh Terengganu

Monday, September 23, 2019

SMK DATO' HAJI MOHD SAID SAMBUTAN HARI GRADUASI DAN HARI KOKURIKULUM 2019

SMK DATO' HAJI MOHD SAID
SAMBUTAN HARI GRADUASI DAN HARI KOKURIKULUM 2019


Tarikh        : 26 September 2019 (Khamis)
Masa          : 10.30 pagi
Tempat       : Dewan Seri Jeram SMK Dato' Haji Mohd Said
Perasmian  : Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

Terdapat juga aktiviti yang menarik:-
  • PAMERAN PROTON & PRODUA
  • PEMERIKSAAN KESIHATAN
  • PAMERAN & JUALAN BATIK
  • JUALAN GERAI MAKANAN
  • JUALAN BARANGAN ELEKTRIK
  • PAMERAN STEM & RBT

NOSTALGIC NITE @TTI

ANJURAN TAMAN TAMADUN ISLAM TERENGGANU MALAYSIA

Perkara   : NOSTALGIC NITE @TTI
Tarikh     : 27 September 2019 (Jumaat)
Masa       : 3.00 petang - 12.00 tengahari
Tempat    : Taman Tamadun Islam





AYUH BERAMAI-RAMAI SAMA-SAMA KITA MEMERIAHKAN PROGRAM

Sunday, September 22, 2019

PESANAN KHIDMAT AWAM (PKA) BAGI JEREBU

Bahagian Pendidikan Kesihatan
Pesanan Khidmat Awam (PKA) Bagi Jerebu
Tarikh siaran:
19 September 2019 hingga Jerebu kembali pulih


Tindakan Semasa Jerebu

  • Kurangkan aktiviti fizikal diluar rumah
  • Jika terpaksa berada di luar, pakai penutup hidung dan mulut
  • Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman
  • Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Basuh tangan serta muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti luar.
Tanda dan Gejala Akibat Jerebu

  • Mata pedih dan berair; hidung berair dan bersin; gatal-gatal badan; sukar bernafas atau sesak nafas dan berasa sakit dada. Dapatkan rawatan dan nasihat di klinik atau hospital berhampiran segera jika anda mengalami tanda dan gejala tersebut.

Saturday, September 21, 2019

DOA MENGHAPUSKAN JEREBU

  • Hebahan Audio Promo Doa Menghapuskan Jerebu yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zarifi Hj Daud yang disiarkan di semua stesen radio.
  • Stesen radio negeri boleh mengkses promo ini menerusi Sistem Promo Versi 2 di http://203.106.110.245 (talian streamyx dan unifi sahaja). Stesen radio ibu pejabat boleh mengakses promo ini menerusi folder PROMO_AGAMA.
  • JAKIM menyeru seluruh rakyat Malaysia memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar cuaca buruk dan jerebu kembali pulih.


DOA KETIKA CUACA BURUK DAN JEREBU


اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ، وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ، وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ. رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ.

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya. Dan kami memohon dengan-Mu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya. Wahai Tuhan kami! Lenyapkanlah azab (jerebu) ini daripada kami, sesungguhnya kami orang yang beriman"

#RahmahUntukSemua

KARNIVAL FARMASI NEGERI TERENGGANU TAHUN 2019

JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU
KARNIVAL FARMASI NEGERI TERENGGANU TAHUN 2019


Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Unit Farmasi, Hospital Hulu Terengganu dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu akan menganjurkan:-


Perkara : Karnival Farmasi Negeri Terengganu 2019
Tarikh : 2 Oktober 2019 (Rabu)
Masa: 7:30 pagi - 2:00 petang
Tempat : Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu


Karnival ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Farmasi Sedunia dengan tema 'Safe & effective medicines for all'

Pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan seperti Cabutan bertuah, Forum 'Selamatkan Ubat Anda?', Konsultasi Ubat-ubatan, Pameran kesihatan & agensi luar, Kempen derma darah, Pemeriksaan kesihatan & pergigian serta pelbagai lagi acara dan pertandingan yang menarik.


Jom beramai-ramai bagi memeriahkan lagi karnival ini disamping mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kesihatan terutama berkaitan ubat-ubatan bagi memastikan anda menggunakan secara selamat dan efektif.


Jumpa disana!

Tuesday, September 17, 2019

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE- 1 AZWAR TRG

ULANG TAHUN KE- 1 AZWAR TRG

Perkara : Sambutan Ulang Tahun Azwar Trg yang ke- 1
Tarikh : 19 - 21 September 2019
Tempat : Qurata Reverside, Kuala Ibai, TRG

Dengan Kerjasama :-

  • Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Cakna Darul Iman Trg (IMAN CARE)
  • Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya Terlantar Azwar Trg (PSIAKUT TRG)
Dirasmikan Oleh:
  • YB Zuraida Md Noor ( ADUN Wanita Trg)
Pelbagai aktiviti sukaneka yang akan dilaksanakan bersama keluarga AKUT dengan sokongan dan kerjasama melalui Atlet terkenal negeri Trg dari MSN, antaranya senam aerobik, larian dalam guni, larian dengan membawaAKUT dengan menggunakan wheelchair @ stroller khas, rebut kerusi dan banyak lagi,
Terdapat juga cabutan bertuah

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU KE PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU (KQT) AMBILAN SESI 2 2019/2020

KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU KE PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU (KQT) AMBILAN SESI 2 2019/2020 
Kolej Al-Quran Terengganu yang beroperasi di Kampus Pengajian Al-Quran Padang Midin, Marang, Terengganu sedang membuka pengambilan pelajar baharu bagi sesi 2 2019/2020.

Kursus yang ditawarkan adalah dalam bidang:
  • Diploma Tahfiz dan Bahasa Al-Quran; dan
  • Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat

Matlamat kursus bagi melahirkan huffaz al-Quran yang bersahsiah Quraniyyah, mahir dalam bahasa al- Quran serta melahirkan graduan yang mempunyai kepelbagaian kemahiran ilmu al-Quran.

Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun secara sepenuh masa.

Kelayakan permohonan:
  • Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam 3 (Tiga) mata pelajaran termasuk Bahasa Arab; atau
  • Lulus sijil (Tahap 3 KKM) dari mana-mana Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) dengan minimum PNGK 2.00; atau
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Permohonan dibuka secara atas talian (Online) bermula 28 Ogos 2019. Temuduga dijadualkan pada 13 Oktober 2019. Pelajar yang ingin memohon boleh melayari campus.kqt.edu.my/intake

Permohonan yang layak akan mendapat tawaran panggilan temuduga daripada pihak KQT.

Pendaftaran masuk adalah 03 November 2019

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian: 09-6193302
@ layari laman web: www.kqt.edu.my

ILMU SULUHAN WAHYU #JOMMASUKKQT