IKLAN

HUBUNGI TFM

Sunday, February 2, 2020

KESIAPSIAGAAN JABATAN ALAM SEKITAR DALAM MENGHADAPI CUACA PANAS DAN KERING

Tarikh Siaran : 15 Januari - 31 Mac 2020

Jabatan Alam Sekitar sedang giat melaksanakan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh Negara semasa musim panas dan kering ini bagi memastikan tiada pembakaran terbuka dilakukan.

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kesalahan melakukan pembakaran terbuka didenda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Laporkan sebarang kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 dan melalui htpp://eaduan.doe.gov.my serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian 999.

0 comments:

Post a Comment