IKLAN

HUBUNGI TFM

Monday, February 18, 2019

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA)

SESI PENGAJIAN 2019 / 2020

Semua warganegara Malaysia yang layak adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Yang di - Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2019 / 2020 bagi mengikut pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam dan di luar negara. Permohonan telah dibuka dan boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian (online) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my.


KRITERIA

  • Berumur tidak melebihi 35 tahun
  • Memperoleh CGPA 3.75 atau Kelas Pertama dalam Ijazah Sarjana Muda (bagi peringkat Sarjana) serta CGPA 3.75 atau Kelas Pertama atau cemerlang dalam Ijazah Sarjana (bagi peringkat Ph.D)
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan / hasil kerja kreatif dan inovatif.
  • kemahiran dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa adalah satu kelebihan.
  • Mendapat tempat pengajian di Universiti Penyelidikan Tempatan / Universiti Termuka Dunia yang dipersetujui JPA.


BIDANG PENGAJIAN

  • Sains dan Teknologi
  • Ekonomi
  • Undang - Undang
  • Kewangan Islam


Maklumat lanjut :

  • htpp://esilav2.jpa.gov.my
  • 03 - 8885 3546
  • ldp@jpa.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 MAC 2019 (JUMAAT)


0 comments:

Post a Comment