IKLAN

HUBUNGI TFM

Sunday, February 10, 2019

SAMBUTAN HARI RADIO SEDUNIA 2019




Setiap tanggal 13 Februari, masyarakat di seluruh dunia akan merayakan sambutan Hari Radio Sedunia. Radio merupakan salah satu media yang digunakan seluruh dunia untuk mendapatkan berbagai - bagai informasi.

Sejarah


Ianya ditetapkan sebagai World Radio Day pada 13 Februari ini kerana bertepatan dengan berdirinya Radio PBB (United Nation Radio) pada tahun 1946. Idea mengadakan sambutan ini datangnya dari Spanish Academy of Radio yang merupakan delegasi tetap. UNESCO yang beranggapan bahawa radio sebagai salah satu instrumen yang penting dalam perubahan sosial dunia dan berharap dengan adanya peringatan Hari Radio Sedunia ini akan dapat memberi peningkatan titik berat masyarakat mengenai informasi di sekeliling mereka.

Pada 14 Januari 2013, Majlis Umum PBB mengatakan secara rasmi dan menegaskan bahawa 13 Februari sebagai World Radio Day / Hari Radio Sedunia. Hari Radio Sedunia yang dirayakan setiap tahun memiliki tema yang berbeza - beza dan pada tahun ini temanya adalah ‘Dialog, Toleransi dan Keamanan’.

Malaysia

Malaysia menjadi negara yang ketiga di dunia selepas Rusia dan Belanda yang mengadakan Hari Radio Sedunia Malaysia bagi meraikan stesen radio yang bermula pada tahun 2009. Radio masih lagi dinamik dan menarik, sesuai dengan perubahan pada abad ini, masih segar dan terus disokong oleh peminat setia yang mendengar radio. Kaji selidik pengguna radio 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tahun - tahun yang lalu mendapati 75% rakyat Malaysia merupakan pendengar setia radio.

Malah, rata - rata pengguna mendengar radio di dalam kereta dengan 76.3% kesesakan jalan raya mungkin menjadi faktor utama menyumbang kepada peratusan ini kerana ia adalah waktu terbaik untuk merehatkan minda dan berhibur pelbagai genre lagu tempatan ataupun antarabangsa.

0 comments:

Post a Comment