IKLAN

HUBUNGI TFM

Tuesday, April 2, 2019

PROGRAM DISCOVER UMT 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Asasi STEM, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Akademik UMT telah diberi mandat untuk mengadakan program DISCOVER UMT 2019 yang dirancang akan diadakan di Dewan Sultan Mizan, UMT pada 11 April 2019.

Hari : Khamis
Tarikh : 11 April 2019
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Mizan (UMT)

ANTARA AKTIVITI MENARIK :

  • PERTANDINGAN "HEALTHY BREAKFAST"
  • CAREER TALK
  • PAMERAN PROGRAM PENGAJIAN DAN PENYELIDIKAN 
  • PERTANDINGAN GUBAHAN BUAH
  • LAWATAN KE GALERI INOS
  • PROF @ SCHOOL
  • DEMO PELAJAR ASASI STEM
Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk :

  1. Mempromosi dan mendedahkan pelajar - pelajar sekolah berprestasi dan sekolah harian dengan program pengajian di UMT.
  2. Memastikan pelajar - pelajar dan guru - guru sekolah berprestasi tinggi dapat mengenal pasti program - program pengajian di UMT terutamanya program Asasi STEM yang berpotensi untuk pelajar SBP dan SBT.
  3. Mengasah kemahiran insaniah 60 pelajar Asasi STEM UMT (Mentor).
  4. Memperkenalkan dan berkongsi ilmu dan pengalaman profesor / penyelidik kepada warga sekolah berimpak tinggi di sekitar Negeri Terengganu.
  5. Mewujudkan satu badan penasihat / rujukan kepada komuniti sekolah berimpak tinggi.
  6. Memupuk minat yang berterusan di kalangan pelajar aliran sains tulen (tingkatan 4 dan 5) sehingga mereka berjaya di dalam SPM dan seterusnya memilih bidang STEM untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM, terutamanya ke Pusat Asasi STEM UMT.

JOM SERTAI KAMI !

Sekian, Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment