IKLAN

HUBUNGI TFM

Saturday, April 20, 2019

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM

PLAMalaysia Negeri Terengganu (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu) dengan kerjasama Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia sedang menjalankan Kajian RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) di peringkat Laporan Pemeriksaan. Laporan Pemeriksaan ini sedia untuk diperiksa oleh orang ramai selaras dengan keperluan subseksyen 9(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dalam Program Publisiti dan Penyertaan Awam.

Program publisiti akan diadakan selama 33 hari bermula 1 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019

Semakan boleh dibuat di 10 lokasi utama pameran tetap pada waktu pejabat iaitu ;


  1. Lobi Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu
  2. PLANMalaysia Negeri Terengganu, Tingkat 4, Wisma Negeri Kuala Terengganu
  3. Lobi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
  4. Lobi Majlis Perbandaran Kuala Kemaman
  5. Lobi Majlis Perbandaran Dungun
  6. Lobi Majlis Daerah Besut
  7. Lobi Majlis Daerah Hulu Terengganu
  8. Lobi Majlis Daerah Marang
  9. Lobi Majlis Daerah Setiu, dan
  10. Lobi Bangunan UTC Terengganu, Paya Bunga Square, Kuala Terengganu

0 comments:

Post a Comment