IKLAN

HUBUNGI TFM

Wednesday, November 13, 2019

LPT2 DE'PERASING RIDE 2019 - AJIL CHALLENGE

LPT2


Acara berbasikal di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), iaitu LPT2 De'Perasing Ride 2019 - Aji Challenge yang akan diadakan untuk tahun ketiga di lebuh raya di Pantai Timur adalah seperti berikut:-

Tarikh    : 16 November 2019 (Sabtu)
Tempat   : Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil (Arah Barat/ Kuala Lumpur)                               KM410.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Antara katogari yang dipertandingkan adalah seperti:-

  • Kategori Roadbike 100KM
  • Kategori Mountain Bike 50KM
  • Kategori Fun Ride 50KM

Acara kayuhan disertai oleh 2,000 peserta dari dalam dan luar negara ini yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM58,000. Hadiah cabutan bertuah juga ditawarkan yang berjumlah RM35,000.

Majlis Pelepasan peserta LPT2 De'Perasing Ride 2019 - Ajil Cgallenge dijangka akan disempurnakan oleh YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan Pengarah LPT2 Sdn Bhd, Encik Zakaria Ahmad Zabidi.

0 comments:

Post a Comment