IKLAN

HUBUNGI TFM

Sunday, November 3, 2019

MAJLIS MENGHAFAZ AL - QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN TAHUN 1441H/2020M

JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU 

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) akan mengadakan Majlis Menghafaz Al - Quran Peringkat Negeri Terenggau Tahun 1441H/2020M.

Majlis ini dibahagikan kepada tiga tahap:-

Tahap Pertama : 1 hingga 10 Juzuk dan Taranum
Tahap Kedua    : 1 hingga 20 Juzuk
Tahap Ketiga    : 1 hingga 30 Juzuk (termasuk 2 soalan tafsir)

Borang permohonan boleh diperolehi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) dan semua Pejabat Agama Daerah dan juga boleh didapati dengan melayari laman web http:jheatweb.terengganu.gov.my

Calon-calon hendaklah menyerahkan Borang Permohonan yang telah sempurna diisi ke Pejabat Agama Daerah masing-masing untuk mendapatkan pengesahan, manakala calon yang berada di institusi pengajian/ sekolah berkenaan atau Pegawai Agama Daerah.

Semua borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Daerah selewat-lewatnya pada 28 November 2019 jam 1.00 tengahari.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang syarat-syarat kelayakan dan sebagainya, bolehlah berhubung terus dengan:


Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
(Bahagian Dakwah)
Pusat Pentadbiran Islam Negeri
Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20676 Kuala Terengganu
Tel : 6252525 samb. 5365 / 5373

Pegawai Agama Daerah Masing-Masing

0 comments:

Post a Comment