IKLAN

HUBUNGI TFM

Sunday, November 10, 2019

SAMBUTAN HARI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL PERINGKAT ZON TIMUR 2019 DI TERENGGANU FM

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menganjurkan 'Peogram Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Zon Timur 2019 (SHPPK) yang akan berlangsung pada:

Tarikh     :  15 hingga 17 November 2019
Tempat    : Perkarangan Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
Masa        : 3.00 petang - 12 malam

Program ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada penjaja dan peniaga kecil di atas sumbangan mereka kepada sektor ekonomi negara selain untuk menarik perhatian masyarakat mengenai kejayaan yang telah dicapai serta mempromosikan golongan ini kepada umum. Program SHPPK ini memberi peluang kepada penjaja dan peniaga kecil untuk mempromosikan aktiviti mereka selain mengetengahkan produk-produk usahawan di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu.

Program ini juga disertai oleh pempamer dari pelbagai agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Amanah Ikhtiar, Perbadanan Harta Inteek Malaysia (MyIPO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM) yang menawarkan perkhidmatan pendaftaran perniagaan, pameran daripada Metrology Corporation Malaysia (MCM) mengenai perkhidmatan penentusahan alat timbang sukat untuk perdagangan, pemeriksaan kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ceramah cakna kepenggunaan, taklimat inisiatf pembangunan usahawan kepada penjaja dan peniaga kecil oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dan perkongsian bersama Ikon Usahawan Cik Haziqah Nurul Huda binti Harun (Ikon Belia Negeri Terengganu, Ikon Usahawan OKU dan Ikon Bank Negara bagi Negeri Terengganu).

Program ini juga menganjurkan program mewarna bagi kanak-kanak dan program Battle of Buskers untuk orang ramai.

1 comments: