Coronavirus atau lebih dikenalpasti sebagai COVID-19 merupakan
virus baharu yang dipercayai mula merebak dari Negara China di Wuhan dan
dipercayai berpunca daripada haiwan.
Dan kini telah merebak di beberapa Negara termasuk
Malaysia dengan catatan kes yang semakin meningkat disahkan positif virus
Covid-19 setakat Mac 2020. Apakah simptomnya?
Jika anda baru pulang dari melancong ke luar Negara,
dan mengalami demam, batuk dan selesema, segeralah ke pusat kesihatan
berdekatan.
Langkah pencegahan boleh diambil dengan menangguh
perjalanan percutian anda ke Negara yang disyaki sedang menular virus Covid-19.
Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung dan membasuh
tangan setiap kali sebelum dan selepas melakukan aktiviti.
Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat
terkini mengenai penularan virus Covid-19 di laman sesawang Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) http://www.moh.gov.my/
0 comments:
Post a Comment