IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, January 29, 2019

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN(RDPT) SUKU TAHUN KEEMPAT 2018

Suruhanjaya Pilihan Rayan Malaysia akan mengadakan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2018 bermula:

29 Januari - 11 Febuari 2019
Bertempat di kawasan parlimen:
1. Pejabat Daerah Besut-P.033 Besut
2. Pejabat Daerah Setiu-P.034 SETIU
3. Pejabat Daerah Kuala Nerus- P.035 Kuala Nerus
4. Pejabat Daerah Kuala Terengganu-P.36 Kuala Terengganu
5. Pejabat Daerah Marang- P.37 Marang
6. Pejabat Daerah Hulu Terengganu- P.038 Hulu Terengganu
7. Pejabat Daerah Dungun- P.039 Dungun
9. Semua Balai Penghulu
10. Balai Raya Pulau Redang
11. Dewan Orang Ramai Pulau Perhetian
12. Pejabat/Bilik Mesyuarat Masjid Kg. Bukit Payong.
13. Semua Pejabat Pos Seluruh Negeri Terengganu
14. Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu @ Laman Web
     http://ppn.spr.gov.my/terengganu

orang ramai di jemput hadir


KARNIVAL KRAF MALAYSIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Karnival Kraf Komuniti KU semperna program pemerkasaan komuniti  komuniti kraf Malaysia peringkat Negeri Terengganu sepertimana berikut

Tarikh: 4 hingga6 febuari 2019
masa: 10.00 pagi- 6.00 petang.
tempat: Perkarangan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu Lot 2195,kawasan perindustrian Chedering,Peti Surat69,20100 Kuala Terengganu.

orang ramai di jemput hadir.....

Tuesday, January 15, 2019

MAJLIS PELANCARAN BUKU "ORANG TERENGGANU - ASAL USUL,ARUS HIDUP DAN ARAH TUJU"

Majlis ini akan di sempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dr. Ahmad Samsuri bi Mokhtar, Menteri Besar Terengganu

Tarikh : 29 Januari 2019 (selasa)
Masa  : 10.00 pagi
Tempat : Dewan serbaguna,Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

.....orang ramai di jemput hadir,.....

PENGAMBILAN PELAJAR BARU PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI KOLEJ KETENGAH

Kolej Ketengah membuat pangambilan pelajar baru bagi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada 14 Januari 2019 hingga 31 Januari 2019.
Yuran pendaftaran dan yuran asrama adalahpercuma serta yuran pengajian yang ditawarkan adalah berpatutan.
pengambilan pelajar adalah terhad kepada 40 orang sahaja

ingin maklumat lanjut boleh melayri laman sesawang
www.kolejketengah.edu.my dan hubungi
Pn, Umira : 011-10690515
pejabat : 09-8222861

Saturday, January 12, 2019

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU TAHUN 1440H/2019,

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Kuala Terengganu Tahun 1440H/2019M akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh : 15 januari 2019 (selasa)
Masa   : 6.30 petang
Tempat: Masjid Buluh Gading,Kuala Terengganu

Para Muslimin dan muslimat di jemput hadir untuk memeriahkan majlis ini.

Tuesday, January 8, 2019

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA 2019 PERSATUAN ALUMNI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA MARANG TERENGGANU.

Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agam Marang Terengganu akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Alumni SMA Marang Tahun 2019

Tarikh     : 12 Januari 2019 (sabtu)
Masa      : 8.00 pagi-1.00 petang
Tempat   : Dewan Al-Hikmah, SMA Marang

sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Mohd Arif bin Salleh di talian 019-578737

para Alumni SMA Marang di jemput hadir....

Monday, January 7, 2019

PENGAMBILAN PELAJAR INSTITUD LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA TERENGGANU (ILPKT) SESI JANUARI 2019

SYARAT KEMASUKAN :

  • TAMAT TINGKATAN 5
  • BERUMUR 17-35 TAHUN
YURAN PENGAJIAN PENGINAPAN TERMASUK MAKAN/MINUM PERCUMA BAGI PROGRAM INTERGRASI & SIJIL
SERTA ELAUN BULANAN RM 100

SIJIL YANG DI TAWARKAN

  • SIJIL TEKNOLOGI PENYEGGARAAN MEKANIKAL - SKM TAHAP 3
  • SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN) - SKM TAHAP 3
  • SIJIL TEKNOLOGI BINAAN (SIVIL & STRUKTUR) - SKM TAHAP 3

UNTUK MAKLUMAT LANJUT LAYARI www.ilpkt.gov.my

Wednesday, January 2, 2019

PERWATAAN TEMPAT MAKANAN SEBAGAI LARANGAN MEROKOK

senarai tempat makan yang diwartakan sebagai Tempat Dilarang Merokok adalah :
  • Rumah Kedai.
  • Tempat Makan Terbuka.
  • Gerai Makan.
  • Restoran Di Atas Tanah Lot.
  • Trak Makanan.
  • Kederaan Awam.
  • Kedai Makan Atas Awan.
  • Kedai Makan Dalam Sungai.

Denda yang boleh dikenakan jika tidak mematuhi larangan ini

  • bagi individu : denda maksimum Rm10.000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.
  • pemilik premis makanan: 
  • tidak mempamerkan tanda larangan merokok denda maksimum Rm3000 atau penjara tidak lebih 6 bulan.
  • gagal memastikan orang tidak merokok : denda maksimum Rm5000 atau penjara tidak lebih satu tahun.

Peratutan ini juga bertujuan membudayakan amalan tidak merokok dalam kalangan masyarakat. Justeru pihak jabatan kesihatan memohon kerjasama masyarakat Negeri Terengganu agar memainkan peranan sewajarnya agar peraturan ini dipenuhi

PESANAN OLEH: JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU.

perkhidmatan saringan dan rawatan mata secara outreach kepada masyarakat.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dalam usaha untuk mempromosi berkenaan perkhidmatan saringan dan rawatan mata secara outreach oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang terbuka kepada orang ramai.

Antara Perkhidmatan Yang Disediakan


  • pemeriksaan penglihatan
  • saringan dan pembedahan katarak
  • saringan diabetik retinopati
  • rujukan ke hospital untuk kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut.

Siapa yang harus mendapatkan saringan di lokasi kk-kkm?

individu berusia 40 tahun ke atas dan menghadapi masalah penglihatan.
pengidap diabetis yang belum pernah menjalani pemeriksaan mata.

lokasi

Deerah Besut ( Januari hinggan Februari 2019)


  • Klinik Kesihatan Seri Medang
  • Klinik Kesihatan Padang Luas
  • Klinik Kesihatan Pasir Akar



Daerah Setiu ( Mac 2019)


  • Klinik Kesihatan Permaisuri
  • Klinik Kesihatan Seri Langkap
  • Klinik Desa Chalok
  • Klinik Desa Penarik


Daerah Kuala Nerus ( Mac 2019)

  • Klinik Kesihatan Batu Rakit

Pembedahan Katarak akan dijalankan di

  • Hospital Besut
  • Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

SILA HADIRKAN DIRI LEBIH AWAL KE KLINIK KESIHATAN BERDEKATAN UNTUK MENDAPATKAN TEMUJANJI

PESANAN OLEH: JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU.