IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, April 30, 2019

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN (RDPT) SUKU PERTAMA 2019

Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku PERTAMA 2019 akan diadakan selama 14 hari

Tarikh : 30 April hingga 13 Mei 2019
Tempat : Pejabat - Pejabat Daerah, Pejabat Pos Utama di setiap daerah / Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu di tingkat 6, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu.

Senarai Tempat Pameran (Mengikut Kawasan Parlimen) :

  • Pejabat Daerah Besut - P.003 Besut
  • Pejabat Daerah Setiu - P.034 Setiu
  • Pejabat Daerah Kuala Nerus - P.035 Kuala Nerus
  • Pejabat Daerah Kuala Terengganu - P.036 Kuala Terengganu
  • Pejabat Daerah Marang - P.037 Marang
  • Pejabat Daerah Hulu Terengganu - P.038 Hulu Terengganu
  • Pejabat Daerah Dungun - P.039 Dungun
  • Pejabat Daerah Kemaman - P.040 Kemaman
  • Semua Balai Penghulu
  • Balai Raya Kuala Redang
  • Dewan Orang Ramai Pulau Perhentian
  • Pejabat / Bilik Mesyuarat Masjid Kg. Bukit Payong
  • Semua Pejabat Pos Seluruh Negeri Terengganu
  • Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu @ Laman Web http://ppn.spr.gov.my/terengganu/


Tarikh Pengesahan Status Pameran (Tuntutan dan Bantahan) : 13 Mei 2019 = 1 hari
Tarikh Pameran Senarai Tuntutan : 30 April 2019 hingga 6 Mei 2019 = 7 hari

Monday, April 22, 2019

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN LATIHAN KECEMASAN DI ATAS FERI PENUMPANG

Jabatan Laut Malaysia Timur akan menganjurkan satu program kesedaran keselamatan dan latihan kecemasan di atas feri penumpang bertujuan memberi pendedahan kepada semua yang terlibat seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 April 2019 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Jeti Penumpang Syahbandar, Kuala Terengganu

Sekian, Terima Kasih

Saturday, April 20, 2019

PERKHEMAHAN PENGAKAP WANITA KEBANGSAAN 2019

Hal Ehwal Wanita Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Malaysia Negeri Terengganu (Hal Ehwal Wanita) akan mengadakan Perkhemahan Wanita Kebangsaan pada 18 April hingga 21 April 2019.

Majlis Perasmian;
Tarikh : 19 April 2019 (Jumaat)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Nerus


Majlis Perasmian Penutup :
Tarikh : 21 April 2019 (Ahad)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Nerus

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN ARUMUGAM PILLAI NIBONG TEBAL 2019

Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal merupakan institut kemahiran secara percuma bagi sesi Julai 2019.

Antara kursus latihan percuma yang ditawarkan pada sesi Januari 2019 adalah :

  • Teknologi Percetakan (Cetak) 
  • Teknologi Percetakan (Grafik) 
  • Teknologi Percetakan (Digital)
  • Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif)
  • Teknologi Elektrik (PW4)
SYARAT KELAYAKAN :

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Tamat Tingkatan 5
  • Berumur 17 - 30 tahun
KEMUDAHAN

  • ELAUN SARA DIRI - RM100.00 / bulan & RM300.00 / bulan (OKU)
  • ELAUN LATIHAN INDUSTRI - RM300.00 / bulan
  • Makan & Minum PERCUMA
  • Asrama PERCUMA
  • Yuran Pengajian PERCUMA

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM

PLAMalaysia Negeri Terengganu (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu) dengan kerjasama Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia sedang menjalankan Kajian RSN Terengganu 2050 (Kajian Semula) di peringkat Laporan Pemeriksaan. Laporan Pemeriksaan ini sedia untuk diperiksa oleh orang ramai selaras dengan keperluan subseksyen 9(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dalam Program Publisiti dan Penyertaan Awam.

Program publisiti akan diadakan selama 33 hari bermula 1 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019

Semakan boleh dibuat di 10 lokasi utama pameran tetap pada waktu pejabat iaitu ;


  1. Lobi Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu
  2. PLANMalaysia Negeri Terengganu, Tingkat 4, Wisma Negeri Kuala Terengganu
  3. Lobi Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
  4. Lobi Majlis Perbandaran Kuala Kemaman
  5. Lobi Majlis Perbandaran Dungun
  6. Lobi Majlis Daerah Besut
  7. Lobi Majlis Daerah Hulu Terengganu
  8. Lobi Majlis Daerah Marang
  9. Lobi Majlis Daerah Setiu, dan
  10. Lobi Bangunan UTC Terengganu, Paya Bunga Square, Kuala Terengganu

Tuesday, April 16, 2019

KARNIVAL KREATIVITI & INOVASI PdPc PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM), Besut, Terengganu ingin menganjurkan Karnival Kreativiti & Inovasi PdPc Peringkat Kebangsaan 2019.

Karnival yang bertaraf kebangsaan ini untuk membangunkan pengetahuan pensyarah, guru, siswa pendidik serta pelajar - pelajar sekolah untuk berkongsi sumber dan kepakaran dalam kalangan warga IPG secara khususnya dan warga KPM amnya kearah merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan.

Tarikh : 16 & 17 April 2019
Hari : Selasa & Rabu
Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang 
Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 

Monday, April 15, 2019

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA TAHUN 2019

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) akan mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit sempena Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2019 Peringkat Negeri Terengganu.

Tarikh : 23 April 2019 (Selasa)
Masa : 11.00 hingga 11.10 pagi
Tempat : Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu


Saturday, April 13, 2019

KARNIVAL USAHAWAN DAERAH DUNGUN

Kolej Vokasional Dungun akan mengadakan Karnival Usahawan Daerah Dungun :

Program : KARNIVAL USAHAWAN DAERAH DUNGUN
Tarikh : 26 hingga 28 April 2019
Masa : 8.00 pagi 
Tempat : Dewan Arena dan Padang Merdeka Dungun
Aktiviti : 

  • Pameran dan Jualan, 
  •  Pertandingan Nasyid dan Dikir Barat,
  • Ceramah
  • Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah
  • Derma Darah

ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR !

Tuesday, April 9, 2019

PROGRAM SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN (HADK) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2019

Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu (AADK) akan mengadakan Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) Peringkat Negeri Terengganu 2019 secara kolaborasi bersama dengan kerajaan Negeri Terengganu dan Felda Wilayah Timur dengan tema "Komuniti Kita Tanggungjawab Kita".

Tarikh : 18 April 2019 (Khamis)
Masa : 7.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Felda Kertih 5, Kemaman, Terengganu
Perasmi : YB. Mohd. Nor bin Hamzah ADUN Bukit Payung (Mewakili Menteri Besar Terengganu)  

Sekian, Terima Kasih

Monday, April 8, 2019

MAJLIS HAUL TOK PULAU MANIS 2019

Pengurusan Masjid Pulau Manis Serada dengan kerjasama pelbagai pimpinan setempat akan menganjurkan Program Majlis Haul Tok Pulau Manis 2019. Selain memperingati ketokohan dan jasa Auliya Tok Pulau Manis@Syeikh Abdul Malik, program ini juga bertujuan menjadikan ianya sebuah himpunan ummah dalam pelbagai lapisan masyarakat sekaligus mewujudkan semangat kasih sayang dan perpaduan dalam sebuah perjuangan agama, bangsa dan tanahair.

Tarikh : 19 - 20 April 2019
Hari : Jumaat - Sabtu
Tempat : Kg. Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu, Terengganu.

ACARA - ACARA IRINGAN :

  • GERAI MAKANAN / BARANGAN
  • PAMERAN / DEMONSTRASI AGENSI
  • PEMERIKSAAN KESIHATAN
  • DERMA DARAH
  • RAWATAN SUNNAH


Menginsafi Amanah Leluhur

Sekian, Terima Kasih.

SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Terengganu pada

Tarikh : 27 April 2019

Sekian, Terima Kasih

Tuesday, April 2, 2019

PROGRAM DISCOVER UMT 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Asasi STEM, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Akademik UMT telah diberi mandat untuk mengadakan program DISCOVER UMT 2019 yang dirancang akan diadakan di Dewan Sultan Mizan, UMT pada 11 April 2019.

Hari : Khamis
Tarikh : 11 April 2019
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Mizan (UMT)

ANTARA AKTIVITI MENARIK :

  • PERTANDINGAN "HEALTHY BREAKFAST"
  • CAREER TALK
  • PAMERAN PROGRAM PENGAJIAN DAN PENYELIDIKAN 
  • PERTANDINGAN GUBAHAN BUAH
  • LAWATAN KE GALERI INOS
  • PROF @ SCHOOL
  • DEMO PELAJAR ASASI STEM
Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk :

  1. Mempromosi dan mendedahkan pelajar - pelajar sekolah berprestasi dan sekolah harian dengan program pengajian di UMT.
  2. Memastikan pelajar - pelajar dan guru - guru sekolah berprestasi tinggi dapat mengenal pasti program - program pengajian di UMT terutamanya program Asasi STEM yang berpotensi untuk pelajar SBP dan SBT.
  3. Mengasah kemahiran insaniah 60 pelajar Asasi STEM UMT (Mentor).
  4. Memperkenalkan dan berkongsi ilmu dan pengalaman profesor / penyelidik kepada warga sekolah berimpak tinggi di sekitar Negeri Terengganu.
  5. Mewujudkan satu badan penasihat / rujukan kepada komuniti sekolah berimpak tinggi.
  6. Memupuk minat yang berterusan di kalangan pelajar aliran sains tulen (tingkatan 4 dan 5) sehingga mereka berjaya di dalam SPM dan seterusnya memilih bidang STEM untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM, terutamanya ke Pusat Asasi STEM UMT.

JOM SERTAI KAMI !

Sekian, Terima Kasih