IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, August 28, 2018

PROGRAM JUALAN JIMAT BELANJA AMBANG MERDEKA

PROGRAM JUALAN JIMAT BELANJA AMBANG MERDEKA @ PASAR TANI KEKAL (PTK) NYIOR TUJUH, BESUT, TERENGGANU

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Terengganu akan mengadakan Program Jualan Jimat Belanja Ambang Merdeka @ Pasar Tani Kekal (PTK) Nyior Tujuh, Besut, Terengganu :-

Tarikh      :30 Ogos 2018
Masa       : 10.00 Pagi - 7.00Petang
Tempat    : Pasar Tani Kekal (PTK) Nyior Tujuh, Besut, Terengganu

Monday, August 20, 2018

Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha

WAKTU SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILADHA 1439H/2018M


Waktu sembahyang Sunat Hari Raya AidilAdha1439H/2018M ini kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu

Waktu sembahyang : 8.00 pagi

Dengan itu, sama-samalah kita rebut peluang untuk mendapatkan  pahala solat sunat. Selamat menunaikan solat sunat Hari Raya bagi umat Islam di seluruh Negeri Terengganu.







Sunday, August 19, 2018

Agihan Bendera Jalur Gemilang secara percuma

PROGRAM PENGAGIHAN BENDERA JALUR GEMILANG PERCUMA 

Sukacita dimaklumkan pihak KONSORTIUM PERUMAHAN RAKYAT TERENGGANU SDN BHD (KOPERAT) akan menganjurkan PENGAGIHAN JALUR GEMILANG yang akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh            : 21 Ogos 2018
Masa              : 11 pagi 
Tempat           : Perkarangan Dataran Pantai Batu Buruk

Sebanyak 1000 unit JALUR GEMILANG percuma diagihkan pada orang ramai. Sebarang maklumat lanjut pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pegawai kami Puan Maiza (013-9443565)

Tempoh Bayaran Cukai Negeri Terengganu 2018

PENGUMUMAN TEMPOH BAYARAN CUKAI UNTUK TAHUN 2018 BAGI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

  1. Sukacita memaklumkan bahawa tempoh bayaran cukai tanah tanpa denda bagi Negeri Terengganu untuk tahun 2018 telah dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan akan berakhir pada 31 Oktober 2018.
  2. Pembayaran awal sebelum tarikh akhir ini boleh mengelakkan denda lewat bayar. Denda lewat bayar cukai tanah tahun semasa 2018 akan bermula pada 1 November 2018.
  3. Bayaran cukai tanah termasuk tunggakan dan denda bolehlah dibuat di semua Kaunter Bayaran di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, (PTG) Terengganu, di Pejabat- Pejabat Tanah Daerah seluruh Negeri Terengganu dan di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.
Cukai tanah juga boleh dibayar melalui perbankan online bagi pengguna perkhidmatan Maybank2U di http://www.maybank2u.com.my/ 

Terengganu Gasing Championship

TERENGGANU GASING CHAMPIONSHIP 2018

Tarikh   : 7-9 September 2018
Tempat : Gelanggang Gasing Kompleks JKKN Terengganu Kuala Ibai, Kuala Terengganu

  1. Pertandingan  gasing antara Negeri
  2. Demonstrasi Gasing-Gasing Tradisi
  3. Persembahan Aneka Kesenian
  4. Cabutan Bertuah
**Dan banyak lagi aktiviti menarik!!

Saturday, August 18, 2018

Majlis Melabuh Unjam Tahun 2018

MAJLIS MELABUH UNJAM TAHUN 2018 DI PERAIRAN MARANG

Pejabat Perikanan Negeri Terengganu akan mengadakan Majlis Melabuh Unjam Tahun 2018 di Perairan Marang :-

Tarikh    : 26 Ogos 2018 (Ahad)
Masa      : 8.30 Pagi
Tempat   : Jeti Pelancongan Marang
Perasmi  : Y.B Dr Azman Bin Ibrahim 
                 Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Dan Pembangunan Desa, Negeri                       Terengganu

**Sebarang pertanyaan dan penyelarasan, sila hubungi pegawai kami Puan Norlizawati binti Ibrahim di talian 019-9101408.

Majlis Sukan Negeri Terengganu

"ASIAN LAWN BOWLS BEAUTIFUL TERENGGANU MALAYSIA MIXED TEAM CHAMPIONSHIP 2018"





Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Lawn Bowls Terengganu dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia akan menganjurkan Kejohanan "Asian Lawn Bowls beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018"

Tarikh    : 25 hingga 28 Ogos 2018
Masa      : 10.30 Pagi
Tempat  : Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu 

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi kejohanan Asian Lawn Bowls beautiful Terengganu Malaysia

Program Penghayatan Hari Arafah

PROGRAM PENGHAYATAN HARI ARAFAH PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN TAHUN 1439H/2018M





Tarikh    : 20 Ogos 2018(Isnin)
Masa     : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
Pakaian : Lelaki - Baju kebangsaan dan bersongkok
               Wanita - Baju Kurung dan bertudung/ berselendang
  1. YBhg. Dato'/ Datuk / Tuan / Puan dan 10 orang pegawai/ kakitangan dijemput oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Induk Program untuk menghadiri majlis tersebut. 
  2. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia : Pn. Badariah Binti Mohamad dan  Pn. Nor Adilah binti Mohd Azmi (Unit Pembanguna Insan, Dakwah dan Penerangan) di talian 09-6276396/6276378.
  3. Kerjasama daripada YBhg. Dato'/Datuk/Puan/Tuan dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

PROGRAM BAHASA INGGERIS DI PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU

PROGRAM BAHASA INGGERIS CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2018 akan diadakan pada 2 sesi :-

Sesi pertama : 2 Dis - 13 Dis 2018
Sesi kedua    : 16 Dis - 27 Dis 2018

**Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

PROGRAM BAHASA INGGERIS INTENSIF PASCA SPM 2019 (LEPASAN SPM 2018) 

Tarikh : 6 Januari - 7 Februari 2019

**Terbuka pada pelajar tingkatan lima yang sedang menunggu keputusan SPM

Program-program tersebut akan diadakan di Pusat Bahasa Terengganu, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. 

Jika berminat, sila hubungi kami Pusat Bahasa Terengganu Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (09-6225452) atau layari http://pbt.trglib.gov.my


SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018

PERARAKAN DAN PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Tarikh                            : 31 Ogos 2018 (Jumaat)
Masa                              : 7 pagi - 11.30 pagi
Lokasi                            : Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah & Taman Awam Batu Buruk,                                                     Kuala Terengganu
Anjuran                         : Kerajaan Negeri Terengganu
Penyelaras Program      : Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar
Penyampaian Hadiah    : Disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda                                                    Terengganu
Tema                             : 'Negaraku Sehati Sejiwa'


7 Kategori yang dipertandingkan :-
  1. Kategori Pasukan Sekolah Menengah tidak Beruniform
  2. Kategori Jabatan Kerajaan tidak Beruniform
  3. Kategori Badan Berkanun tidak Beruniform
  4. Kategori Jabatan Kerajaan /Badan Berkanun/IPT/Swasta Beruniform
  5. Kategori Swasta/ GLC/IPT tidak Beruniform
  6. Kategori Pasukan Sekolah Menengah Beruniform
  7. Kategori Pancaragam
1 Kategori yang tidak bertanding:-
  1. Jabatan-Jabatan dan Pasukan Beruniform bukan Sekolah

Thursday, August 16, 2018

SAYANGI MALAYSIAKU

AKTIVITIS SAYANGI MALAYSIAKU

Tarikh : 1 Ogos - 16 September 2018

Jabatan Penerangan Malaysia mempelawa orang ramai berumur 18 hingga 40 tahun untuk menyertai Aktivitis Sayangi Malysiaku sebagai sukarelawan sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018.

Untuk mendaftar sila layari aktivitis.penerangan.gov.my.

Monday, August 13, 2018

BIDONG MERDEKA DIVE 2018

BIDONG MERDEKA DIVE 2018

Program ini akan membentuk lebih ramai generasi untuk yang berpengetahuan dan berkesedaran tinggi terhadap kepentingan alam semulajadi. 

Tempat : Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong
Tarikh  : 30 Ogos- 2Sept 2018

Sunday, August 12, 2018

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT) KALI KE-ENAM

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT) KALI KE-ENAM


Tarikh: 14 Ogos 2018 (Selasa)
Masa: 2:00 Petang 
Tempat: Dewan Permata Permai Hotel, Kuala Terengganu

Jambori Basikal RMAF-GKCC 3.0 Bukit Puteri MTB Challenge 2018

Jambori Basikal RMAF-GKCC 3.0 Bukit Puteri MTB Challenge 2018

  1. Pangkalan Udara Gong Kedak akan mengadakan Kejohanan Jambori Basikal RMAF-GKCC 3.0 Bukit Puteri MTB Challenge pada 17 hingga 18 Ogos 2018.
  2.  Kejohanan ini akan melibatkan peserta seramai 1000 orang yang terdiri daripada kalangan warga TUDM dan awam di seluruh negara dan jarak yang akan dilalui oleh peserta adalah sejauh 45km. 10 kategori akan dipertandingkan iaitu Lelaki Elit, Lelaki Terbuka, Lelaki Master, Lelaki Veteran, Lelaki Otai, Junior, Heavy Weight, FatBike, kategori wanita dan kategori tertutup TUDM.
  3. Hadiah dan wang tunai yang disediakan adalah dari tempat pertama sehingga 10 dan Plaka dari tempat ke 11 hingga ke 15.
  4. Pengunjung boleh memiliki T-shirt kejohanan berharga RM40 dan jersi kejohanan berharga RM60.
  5. Pihak Pangkalan Udara Kedak juga akan mengadakan Pertunjukan payung terjun, pameran ketenteraan, gerai-gerai jualan dan promosi oleh syarikat-syarikat yang dijemput.
  6. Perkhidmatan Shuttle bus akan disediakan bermula pada jam 8 pagi hingga 6 petang
  7. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program tersebut.

Lawatan EXCO Pertanian

JEMPUTAN KE LAWATAN KERJA YB EXCO PERTANIAN KE TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN(TKPM PERADONG, KUALA TERENGGANU

Sukacita dimaklumkan bahawa pentadbiran akan menganjurkan program Lawatan Kerja YB, Exco Pertanian Ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)  Peradong, Kuala Terengganu :-

Tarikh  : 13 Ogos 2018 (Isnin)
Masa    : 10.30 Pagi
Tempat : Taman Kekal Pengeluaran Makanan(TKPM) Peradong, Manir, Kuala Terengganu
Disempurnakan Oleh : YB. Dr. Azman Bin Ibrahim
                                     Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa

Wednesday, August 8, 2018

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN PENGGUNAAN LIF DAN ESKALATOR DI MYDIN MALL GONG BADAK

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN PENGGUNAAN LIF DAN ESKALATOR DI MYDIN MALL GONG BADAK

Pihak JKKP Terengganu akan mengadakan Program Kesedaran Keselamatan Penggunaan Lif Dan Eskalator (LIFE) di Mydin Mall Gong Badak yang akan dirasmikan oleh Pengarah JKKP Terengganu dan program ini adalah seiring dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2020 atau OSHMP 2020 di bawah Strategi 2 : Memperkasakan Pengurusan KKP di Tempat Kerja dan Program 3: KKP Melalui Tanggungjawab Sosial.

Tarikh   : 11 Ogos 2018(Sabtu)
Masa     : 10.00 Pagi sehingga 2.30 Petang
Tempat  : Pentas Utama, Mydin Mall Gong Badak
Acara Menarik : 1. Pertandingan mewarna
                              Kategori 1(umur bawah 6tahun)
                              Kategori 2 (umur atas 6tahun sehingga 12 tahun)
                              pensil warna disediakan dan terbuka pada 60peserta
                              2. Pertandingan meneka berat PPE
                              3. Pertandingan memakai PPE
                              4. Demonstari pemeriksaan peranti-peranti keselamatan pada travelator

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, Tuan bolehlah menghubungi Pegawai Perhubungan Awam
JKKP Terengganu, En. Mohd Suhaimie Bin Sulaiman ditalian 09-6225288/013-9713800

Monday, August 6, 2018

PROMOSI SECARA LANGSUNG MEMPERKENALKAN ILP MARANG

PROMOSI SECARA LANGSUNG MEMPERKENALKAN ILP MARANG


Tujuan utama adalah untuk memperkenalkan ILP Marang kepada umum khususnya di Negeri Terengganu. Sebarang masalah atau pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Cik Noraini binti Omar di talian 09-6189024 atau 019-6076853.

HARI TERBUKA HSNZ 2018

HARI TERBUKA HSNZ 2018

Tarikh: 15 & 16 Ogos 2018
Masa: 8:00pagi hingga 4:00petang
Tempat: Hospital Besar Kuala Terengganu

Beberapa program bertemakan kesihatan akan diadakan seperti acara senamrobik, forum kesihatan dan banyak lagi. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.