IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, December 17, 2018

PROGRAM MAJLIS AMAL KEMPEN DERMA DARAH

Pertubuhan Amal Prihatin Insan Malaysia (PAPIM) telah mengadakan program Majlis Amal Kempen Derma Darah pada :

TARIKH: 22 Disember 2018 (Sabtu)
MASA: Jam 9 Pagi Hingga 5 Petang
TEMPAT: Perkarangan Pentas Batu Buruk, Kuala Terengganu 

Yang dirasmikan oleh YAB Prof. Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar Menteri Besar Terengganu

orang ramai di jemput hadir

jumpa di sana!!!!!!

Wednesday, December 12, 2018

PERLAWANAN AKHIR 2 PIALA AFF SUZUKI 2018

NGAUMAN HARIMAU MALAYA KINI KEMUNCAKNYA
SAKSIKAN PERLAWANAN AKHIR 2 PIALA AFF SUZUKI 2018 MALAYSIA BERTEMU VIETNAM  PADA HARI SABTU, 15 DISEMBER 2018  JAM 8 MALAM DI SIARAN TV2 DAN RTM HD SPORT (MYFREEVIEW SALURAN 111)

SIARAN ULANGAN AHAD.16 DISEMBER 2018 JAM 12.30 TENGAH MALAM DI TV1

DEMI MALAYSIA
DEMI 1 PIALA
DEMI MEREBUT TAKHTA JUARA DI ASIA TENGARA

SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!!

HARI BERTEMU PELANGGAN DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH MARANG

HARI BERTEMU PELANGGAN DI IBU PEJABAT POLIS DAERAH MARANG


SEMPERNA HARI BERTEMU PELANGGAN PIHAK IBU PEJABAT POLIS DAERAH MARANG  TELAH MENGADAKAN  PROGRAM PENGURANGAN SAMAN TERPILIH SEBANYAK 50%

TARIKH/HARI : 20 - 21 DISEMBER 2018
MASA: 9.00 AM - 5.00 PM
TEMPAT: IBU PEJABAT POLIS DAERAH MARANG.

PELBAGAI AKTIVITI YANG MENARIK MENANTI ANDA ANTARANYA :
PAMERAN PDRM, DERMA DARAH DAN BANYAK LAGI
JANGAN MELEPASKAN PELUANG INI ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN PROGRAM INI..

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA....

Tuesday, December 11, 2018

PROGRAM OCEAN HOPE FOR WASTE MANAGEMENT FORUM 2018, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.

PROGRAM OCEAN  HOPE FOR WASTE MANAGEMENT FORUM 2018, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU DENGAN KERJASAMA  SEA TURTLE RESEARCH UNIT(SEATRU) YOUunified Initiatives(YSEALI)

TARIKH : 22 DISEMBER 2018
MASA : 8.00 PAGI-4.00 PETANG
TEMPAT: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU, TERENGGANU

PELBAGAI PAMERAN YANG AKAN MENANTI ANDA SEMUA....

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN PROGRAM KESEDARAN TENTANG PENCEMARAN LAUT...

PERLAKSANAAN PROGRAM GUNTING RAMBUT PERCUMA SECARA SERENTAK.

Pejabat PERPADUAN Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Rukun Tetangga (KRT) Daerah Hulu Terengganu akan mengadakan Program Gunting Rambut Percuma

Tarik :   25 Disember 2018 (selasa)
Sasaran:   pelajar sekolah
Tempat:  KRT masing-masing

Senarai Kawasan Rukun Tetangga Yang Akan Terlibat Dalam Program Gunting Rambut Percuma

  • KRT KUALA TELEMONG
  • KRT KAMPUNG TOK LAWI
  • KRT KG TOK RANDOK
  • KRT KAMPUNG PENGKALAN AJAL
  • KRT KAMPUNG NIBONG
  • KRT KAMPUNG PAYANG KAYU
  • KRT FELDA JERANGAU BARAT
  • KRT LAMPUNG BUKIT ACHEH
  • KRT SUNGAI BAJAR
  • KRT KAMPUNG TANJUNG BADING1 
  • KRT KAMPUNG KUA
  • KRT KAMPUNG DUSUN KAMPUNG TERIS
  • KRT KAMPUNG BULUH BATU BERSURAT
  • KRT KAMPUNG TOK DOR
  • KRT KAMPUNG KUALA DURA
  • KRT KAMPUNG GUNUNG.

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR!!!!!!!😊😊😊😊😊😊

PROGRAM KEJOHANAN RALLY OF TERENGGANU

PROGRAM KEJOHANAN RALLY OF TERENGGANU

TARIKH : 14-15 DISEMBER 2018 (JUMAAT & SABTU)

TEMPAT : TERENGGANU INTERNATIONAL ENDURANCE PARK( TIEP) LEMBAH BIDONG

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR!!!!!

Skim Hafaz Al-Quran Dewasa Terbuka Negeri Terengganu Penggal Pertama Tahun 1440H/2019M

Muslimin dan Muslimat di bawah kerajaan Negeri Terengganu mengadakan Skim Hafaz Al-Quran Dewasa Terbuka Negeri Terengganu Penggal Pertama bagi tahun 2019

syarat yang telah ditetapkan


  • beragama islam.
  • rakuyat negeri terengganu yang bermastautin.
  • tahap minima hafaz adalah tidak kurang dari 7 juzu' pertama mengikut susunan mashaf.
  • berumur tidak kurang  dari 18 tahun dan tidak melebihi 29 tahun bagi mereka yang memmohon tahap di bawah 30 juzu'.
  • seseorang yang berumur 30 tahun dan ke atas hendaklah memasuki tahap 30 juzu'
  • pelajar dan lulusan Maahad Tahfiz atau mana-mana pusat pengajian Tahfiz Al-Quran ingin menyertai hendaklah memasuki  ujian tahap 30 juzu'.
  • bersedia dan sanggup memberi sumbangan sukarela di Negeri Terengganu sahaja iaitu di tempat-tempat yang diarahkan atau dipersetujui oleh jabatan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Penyertaan masyarakat/kank-kanak(pelajar-pelajar tuan/puan) dalam sumbangan tersebut hendaklah melebihi 10 orang. sumbangan bermaksud:
  • pengajaran kelas Al-Quran
  • kelas Fardhu Ain
  • Mengajar Bahasa Arab
  • Mengajar Ilmu afsir Al-Quran,tajwid,feqah dan lain-lain.
  • setiap permohonan dibuat melalui borang JHEAT/D 2018 yang boleh didapati dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) dan Pejabat Agama Daerah masing dan boleh di dapati dengan melayari laman web http://jheatweb.terengganu.gov.my
  • Bagi Hafiz/permohon 30 juzu' hendaklah mengisi borang maklumat sumbangan sukarela berkembar.
  • borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke PEJABAT AGAMA DAERAH masing-masing sebelum 30 januari 2019.                                 

Tuesday, December 4, 2018

KEMPEN DERMA DARAH MAKSAK TERENGGANU 2018

MAJLIS KEBAJIKAN DAN ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN TERENGGANU (MAKSAK) DAN MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA  (MKJR) NEGERI TERENGGANU  MENGADAKAN KEMPEN DERMA DARAH  MAKSAK TERENGGANU  SEBAGAIMANA KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH:  6 DISEMBER 2018 (KHAMIS)
MASA: 8.00 PAGI- 3.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN BESAR WISMA DARUL IMAN KUALA TERENGGANU.

PROGRAM DERMA DARAH JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN TERENGGANU

PROGRAM DERMA DARAH JABATAN  KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN TERENGGANU

TARIKH: 11/12/2018
 TEMPAT: JKKP ARAS 3

MASA: 9 PAGI- 3 PETANG 

TEL          : 09-6220507
FAX          : 09-6313409
FACEBOOK : Derma Darah Terengganu Kite

Monday, December 3, 2018

Karnival Cinta Rasul Di Surau Jalan Tekukur

Karnival Cinta Rasul Di Surau Jalan Tekukur

Tarikh : 6 & 7 Disember 2018
Masa  : 6.30 petang - 11.30 malam | 8.00pagi - 3.00 petang
Tempat : Surau Dan Kompleks Padang MPKK, Jalan Tekukur

Antara aktiviti menarik :-
  • Pertandingan Memanah
  • Gerai Makanan & Minuman
  • Pertandingan Arca
  • Pertandingan Memasak Nasi Arab
  • Musabaqah Cinta Rasul 
  • Permohonan Perumahan
  • Perubatan Islam Darul Syifa'
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma
  • Gerai Jualan
  • Pameran
  • Mini Water Park
  • Dan Banyak Lagi
**Cabutan bertuah
PELBAGAI HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!!! 

Program Sukan Lasak Pacuan Empat Roda 'Bukit Besi Monsoon Challenge 2018'

Program Sukan Lasak Pacuan Empat Roda 'Bukit Besi Monsoon Challenge 2018'

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Terengganu Fourwheeler Team (TFT) akan mengadakan sebuah Program Sukan Lasak Pacuan Empat Roda 'Bukit Besi Monsoon Challenge 2018' yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :-

                     Tarikh : 15-16 Disember 2018
                     Masa   : 8.00pg - 6.00ptg
                     Tempat: Bukit Besi Rainforest Park, Dungun, Terengganu

Pendaftaran & Bayaran sebelum 10/12/2018 akan diberi potongan sebanyak RM50

Hubungi : Asri : 018-7874617
                 Pok Hin : 019-9133444
                 Mesul : 019-9596008

Tuesday, November 27, 2018

 PROGRAM MEMPERINGATI ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU)


TARIKH:  SELASA 4 DISEMBER 2018 BERSAMAAN 26 RABIUL AWAL 1440 HIJRAHMASA: 2.30 PETANG TEMPAT: DEWAN KONVENSYEN TAMAN TAMADUN ISLAM KUALA TERENGGANU

ANTARA PROGRAM MENARIK YANG DIADAKAN:
  • FORUM ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU
  • TAYANGAN VIDEO ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU)

MAJLIS DI RASMIKAN OLEH:



  • YAB DR  AHMAD SAMSURI MOKHTAR 
          MENTERI BESAR TERENGGNANU

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR!!😊

Monday, November 26, 2018

PROGRAM MEMPERINGATI ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU)

 PROGRAM MEMPERINGATI ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU)


TARIKH:  SELASA 4 DISEMBER 2018 BERSAMAAN 26 RABIUL AWAL 1440 HIJRAHMASA: 2.30 PETANG TEMPAT: DEWAN KONVENSYEN TAMAN TAMADUN ISLAM KUALA TERENGGANU

ANTARA PROGRAM MENARIK YANG DIADAKAN:
  • FORUM ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU
  • TAYANGAN VIDEO ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU)


ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR!!😊

Wednesday, November 14, 2018

MAJLIS KONVOKESYEN DAN ANUGERAH CEMERLANG

MAJLIS KONVOKESYEN DAN ANUGERAH CEMERLANG PROGRAM BIMBINGAN SENI BUDAYA SESI 2017/2018


Jabatan Kebuyaan dan Kesenian Negera, Terengganu melalui Bahagian Bimbingan Seni Budaya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu akan mengadakan Majlis Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang Program Bimbingan Seni Budaya Sesi 2017/2018 pada:-

Tarikh: 18 November 2018
Tempat: Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negera, Terengganu

Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan sempena Majlis Konvokesyen Dan Anugerah Cemerlang Program Bimbingan Seni Budaya Sesi 2017/2018 dikalangan pelajar-pelajar Kelab Tunas Budaya (KTB) dan Kelab Giat Budaya (KBG) yang mengikut bidang seni antaranya adalah :-

  • Persembahan Silat pembukaan (Bidang Silat) SK. Simpang Rawai, Marang
  • Tarian Tualang Tiga (Bidang Tari) SK. Rantau Petronas, Kemaman
  • Persembahan Teater (Bidang Teater) SK. Merchang, Marang
  • Persembahan Silat (Bidang Silat) SM. Agama Al-Falah, Kemaman
  • Persembahan Lagu Rakyat (Bidang Seni Berbahasa) SKM. Sultan Omar, Dungun
  • Persembahan Gasing (Bidang Gasing) SMK. Belara, Kuala Terengganu
  • Persembahan Tarian Zapin dan Joget Terengganu (Bidang Tari) SK. Rantau Petronas, Kemaman
Maklumat lanjut boleh hubungi 
📱 Rosmadi bin Abdul Rahim (018-7777485, 09-6178831, atau 09-6178834)

Tuesday, November 13, 2018

SAMBUTAN HARI JANTUNG & DIABETES

SAMBUTAN HARI JANTUNG & DIABETES PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2018


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganuakan menganjurkan Sambutan Hari Jantung & Diabetes Peringkat Negeri Terengganu pada:-

Tarikh: 15 November 2018
Masa:   7:30 pagi hingga 1:00 petang
Tempat:Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, berhadapan Pasaraya Giant, Kuala Terengganu.

Program ini akan disempurnakan oleh Dr. Haji Mohd bin Jusoh, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu. Program ini melibatkan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat bermula dari kanak-kanak, remaja, orang dewasa, dan keluarga. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat tentang penyakit tidak berjangkit terutamanya jantung dan diabetes.

Pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik di booth pameran yang disediakan, antara booth tersedia adalah seperti:-

  • My Hess Test
  • Meh Ubat Anda
  • Demonstrasi Masakan Sihat
  • Rokok Membunuh
  • Fitness Zone
  • Sayangi Jantung: "Dari Hatiku ke Hatimu"
  • Cakna Diabetes
Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah:-

  • Netball Shooting
  • Soccer Shooting
  • Senamrobik
  • Sembang Santai
  • Pemeriksaan kesihatan PERCUMA
Cabutan bertuah menanti anda! Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Datanglah beramai-ramai 😏

Monday, November 12, 2018

PERMOHONAN JAWATAN

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI WAKIL MALAYSIA KE SURUHANJAYA ANTARA KERAJAAN ASEAN MENGENAI HAK ASASI MANUSIA (AICHR) 2019-2021


Sukacita dimaklumkan bahawa, bahagian Sekretariat Kebangsaan, ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar Negeri menjemput rakyat Malaysia untuk memohon jawatan sebagai Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) untuk tahun 2019-2021.

Untuk mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon boleh mendapatkan maklumat berkaitan di laman sesawang http://www.kln.gov.my . 

Tarikh tutup → Permohonan pada 15 November 2018

Sunday, November 11, 2018

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN ARUMUGAM PILLAI NIBONG TEBAL

PELUANG LATIHAN KEMAHIRAN PERCUMA PENGAMBILAN SESI JANUARI 2019

Sukacita dimaklumkan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, telah membuka peluang latihan kemahiran secara percuma bagi sesi Januari 2019.

Kemasukan ke institut adalah PERCUMA dan tiada sebarang yuran pengajian dikenakan kepada pelajar. Selain itu, intitut ini merupakan pusat kecemerlangan kemahiran bagi kursus kemahiran percetakan dimana pasaran kerja bagi kursus ini adalah sangat tinggi.

 Antara kursus latihan percuma yang ditawarkan pada sesi Januari 2019 adalah :-

  • 3.1 Teknologi Percetakan (Cetak) - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2&3
SYARAT:
- Tamat Tingkatan 5
- Boleh Membaca, Menulis & Mengira
- Had Umur 17 Tahun hingga 35 Tahun

  • 3.2 Teknologi Automotif - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
- Elaun RM100.00 setiap Bulan
- Makan Percuma
- Asrama Percuma
- Yuran Pengajian Percuma

📱017-9610615
📱019-5730868
📱016-5129907

Sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh menghubungi pengawai berikut:-
📱Pn. Siti Normas Bt Hassan (04-5956019/siti_normas@ilpapnt.gov.my)
📱Pn. Nurhayani Bt Ismuel@Esmail (04-5956022/nurhayani@ilpapnt.gov.my)
📱En. Halim Bin Hashim (04-5956015/halimhashim@ilpapnt.gov.my)

Untuk maklumat lanjut dan permohonan juga boleh di muat turun di laman web institut di www.ilpapnt.gov.my atau melalui laman Facebook rasmi institut iaitu Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai 

Saturday, November 10, 2018

JALINAN MESRA AHLI KUPEKMAS NEGERI TERENGGANU DAERAH DUNGUN

MAJLIS JALINAN MESRA AHLI KUPEKMAS NEGERI TERENGGANU DAERAH DUNGUN BERSAMA PRESIDEN KUPEKMAS

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Jalinan Mesra Ahli Kupekmas akan mengadakan program seperti di atas. 

Tarikh: 22 November 2018
Tempat: Dewan Perpaduan Dungun Jalan Nibong, 23000 Dungun Terengganu, Terengganu
Masa: 8:00 pagi hingga 1:00 petang


Semua ahli kupekmas di jemput hadir serta semua persara-persara yang belum menjadi ahli juga di jemput hadir. Kaunter untuk pendaftaran kupekmas akan di buka, bagi pesara-pesara yang mahu menjadi ahli sila bawa :-
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pesara
  • Yuran Keahlian RM40.00 seumur hidup
Banyak keistimewaan menjadi ahli Kupekmas seperti :-
  1. Khairat Kematian RM1000
  2. Sagu hati masuk wad RM200
  3. Kuota haji
  4. Lawatan/Seminar dll
Hadiah kehadiran yang sangat menarik disediakan, makan pagi dan petang di sediakan.

INTISARI BELANJAWAN 2019

INTISARI BELANJAWAN 2019

BERKAITAN ISLAM & BUMIPUTERA
  1. Kerajaan  memperuntukkan sebanyak RM1.2 billion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar islam tidak terjejas.
  2. RM150 juta lagi disediakan untuk laksana program pembinaan masjid dan surau serta modul pembelajaran agama gunakan Braille.
  3. RM125 juta diperuntukkan kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan sekolah pondok berdaftar.
  4. Penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam diketuai oleh Kementerian Kewangan.
  5. Penjawat awam diberikan 7 hari cuti tanpa rekod bagi menunaikan umrah.
  6. Bank Pembangunan (Islamic Bank) mendapat dana RM500 juta untuk membantu teksi dan syarikat bas membuat pembiayaan hanya pada 2 peratus kadar keuntungan.
  7. Potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan kos tambahan sewaktu terbitan Sukuk di bawah prinsip Wakalah dan Ijarah.
INSIATIF UNTUK BUMIPUTERA
  1. Biasiswa & pinjaman pelajaran sehingga 3.8 bilion melalui agensi kerajaan. RM2 bilion daripadanya adalah untuk BUMIPUTERA.
  2. Peruntukan RM210 juta sebagai agenda pemerkasaan pendidikan BUMIPUTERA.
  3. EXIM Bank (sebuah perbankan Islam-untuk semua pembiayaan barunya) perolehi dana RM2 bilion untuk bantu PKS
  4. 100 Juta diberikan kepada syarikat PKS bagi mengembangkan industri halal.
  5. Dana khas bagi skim pembiayaan patuh syariah untuk eksport produk halal sebanyak RM 1 bilion, kadar keuntungan kecil iaitu 2 peratus.
  6. PUNB iaitu sebuah agensi 100 peratus patuh syariah memperolehi dana sebanyak RM 200 juta dan TEKUN memperolehi sebanyak RM 100 juta.
POTONGAN DAN PENGECUALIAN CUKAI

       1. Potongan cukai perbelanjaan yang ditanggung syarikat semasa terbitan sukuk runcit untuk 
           3 tahun tafsiran mulai tahun 2019.
       2. Potongan cukai buat majikan yang membantu membayarkan hutang PTPTN pekerja sepenuh               masanya, dengan syarat syarikat tidak menuntut kembali dari pekerjanya.
       3. Perlepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 keatas caruman KWSP dan RM3,000 ke atas
           takaful kesihatan.
       4. Diskaun sehingga 15 peratus bagi bayaran awal PTPTN.
       5. Hapus kira baki hutang peminjam berusia 60 tahun yang berpendapatan kurang RM 4000
       6. Potongan cukai korporat dari 18 peratus daripada 17 peratus bagi syarikat Perusahaan Kecil                 Sederhana pendapatan bawah RM 5000,00 dan juga yang modal berbayar RM2.5 juta                           kebawah.
       7. Sistem kredit untuk potongan cukai jualan bagi pengilang kecil mulai 1 januari 2019.
       8. Pengecualian duti setem bagi pembeli rumah pertama untuk harga rumah RM 300,000 yang                 pertama.
       

SUBSIDI DAN BANTUAN UNTUK RAKYAT YANG MEMERLUKAN

  1. Subsidi bil elektrik bulanan RM 40 ke bawah, ini membantu golongan miskin tegar. 
  2. Subsidi minyak bersasar kepada pemilik kenderaan 1500 cc (dapat 30 sen seliter dengan  maksimum 100 liter) ke bawah dan motorsikal kapasiti enjin 125 cc (maksimum 40 liter). kadar maksimum diperlukan bagi mengelakkan di salahgunakan.
  3. Potongan majikan caruman majikan dikurangkan kepada 4 peratus kepada pekerja berusia 61-65 tahun, dan tidak perlu pekerja usia tersebut mencarum KWSP bagi meningkat wang bolehguna bulanan mereka sambil menggalakan syarikat memberi peluang warga emas produktif untuk bekerja.
  4. Bagi kumpulan B40, ada nikmat perlindungan percuma ke atas empat jenis penyakit kritikal sehingga RM 8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital.
  5. Bantuan RM1000 bagi keluarga berpendapatan RM2000 ke bawah.
  6. RM120 bagi setiap anak berumur 18 tahun ke bawah sehingga anak keempat akan dapat bantuan ini. Manakala anak OKU terus mendapat bantuan tanpa mengira had umur. perkara ini bagi pendapatan isi rumah kurang daripada RM2000.
  7. Pinjaman rumah pada kadar 3.5 peratus untuk golongan berpendapatan RM2300 ke bawah bagi rumah berharga RM150,000 ke bawah sahaja.
  8. Pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan meliputi rel dan bas, dan juga pas RM50 bagi rapid KL sahaja.
  9. Bonus RM 500 bagi penjawat awam gred 54 ke bawah.

PELBAGAI BANTUAN

  1. Pegawai lantikan kontrak perkhidmatan awam sekitar 30,00 orang akan menikmati kemudahan tetap seperti penjawat tetap.
  2. Kenaikkan gaji minimum kepada RM1,100 seluruh Malaysia.
  3. Aplikasi Price Cather sebagai platform pemantauan harga barangan melalui perkongsian data. Perkara ini membantu meningkatkan info tepat buat pengguna dan kerajaan.
  4. Syarikat besar dan tersenarai dikenakan peraturan baru agar merapatkan jurang gaji dengan memaparkan laporan nisbah gaji tertinggi dan terendah. Tindakan lanjut akan diambil kemudiannya.
  5. Saringan kesihatan kanser payudara, vaksinasi HPV dan pap smear secara percuma di hospital dan klinik kerajaan.
  6. Semua restoran dan kedai makan, kawasan 'bebas rokok'
  7. Kaedah 'Zero Based Budgetting' diperkenalkan bagi menambah keefisyenan, kecekapan dan penjimatan
  8. Tambahan pegawai SPRM sehingga 100 orang bagi meningkatkan keberkesanan menangkap perasuah.
  9. Cukai judi telah dinaikan. Sebarang tindakan yang kurang mesra industri perjudian adalah suatu inisiatif baik.
  10. Wujud sekurang-kurangnya dua akta baru bagi mengawal kerajaan dalam menambah hutang dan perbelanjaan besar kerajaan. Manakala satu lagi akta perolehan bagi mengawal proses pembekalan bagi mengelakkan rasuah, menggalakan persaingan sihat dan menambahbaik urusan tender untuk mengelakkan ketirisan. 
      

Wednesday, November 7, 2018

SKIM BANTUAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG)

SKIM BANTUAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG) KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH 

Lembaga Getah Malaysia menyalurkan skim bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada pekebun kecil getah supaya dapat meneruskan aktiviti menoreh sewaktu harga rendah di pasaran.

Jualan sekerap untuk Bulan Oktober 2018 akan dibayar sebanyak 20sen/kg. Pemilik atau penoreh boleh menuntut melalui pelesen getah atau datang sendiri ke Pejabat LGM di Batu Buruk, Kuala Terengganu ataupun di Pejabat LGM Kg Tok Dor di Besut dengan membawa :

  1. Resit jualan rasmi bagi bulan Oktober 2018
  2. Kad Pat-G berwarna hijau (LGM)
  3. Salinan buku bank
#Bantuan diberi kepada siapa yang keluarkan hasil getah sahaja.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Nov 2018

TELEFON LGM KUALA TERENGGANU - 09-6301650
TELEFON LGM BESUT KG TOK DOR - 09-6921872

Sunday, November 4, 2018

PERTANDINGAN PIDATO PERTUBUHAN PIALA SINERGI

PERTANDINGAN PIDATO PERTUBUHAN PIALA SINERGI JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2018


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Terengganu membawakan kepada anda Pertandingan Pidato Pertubuhan Piala Sinergi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2018 yang akan diadakan pada :-

Tarikh : 19 November 2018
Tempat: Auditorium Mahyuddin, Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim, Universiti Malaysia Terengganu
Masa:     8:30pagi hingga 5:00petang
Tarikh Tutup Penyertaan Adalah pada 14 November 2018


  • Terbuka kepada semua yang berkhidmat (sektor awam dan swasta) di negeri Terengganu yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Peserta hendaklah memilih satu (1) tajuk sahaja untuk dipertandingkan.
  • Setiao pemidato diberi masa selama tujuh (7) minit untuk berpidato.
  • Pidato hendaklah disampaikan dalam bahasa Melayu sahaja.
😼 MARI SERTAI KAMI DAN REBUT PELUANG UNTUK MEMENANGI HADIAH BERJUMLAH RM1,000.00!! 😼

Apa tunggu lagi ? Jom la daftar sekarang!
Untuk membuat pendaftaran boleh klik link di bawah :-

Untuk Keterangan Lanjut, boleh hubungi 
📱Call 09-6265885/6886
📠 Fax 09-6267887

Thursday, November 1, 2018

SAYEMBARA PANTUN PIALA NUSANTARA

SAYEMBARA PANTUN PIALA NUSANTARA UniSZA 2018 (SAPPNA'18)




Universiti Sultan Zainal Abidin menerusi kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dan Pusat Kesenian & Warisan (PKW) akan menganjurkan Sayembara Pantun Piala Nusantara (SAPPNA) pada 7 hingga 10 November 2018.

Tujuan utama penganjuran sayembara pantun ini adalah untuk memartabatkan lagi seni pantun warisan Melayu

Program ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :- 
  • Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Terbuka (awam dan swasta)
  • Sekolah Menengah
Program ini turut mengalu-alukan kehadiran orang awam sebagai penonton.

Wednesday, October 31, 2018

DIALOG WANITA SEJAHTERA

DIALOG WANITA SEJAHTERA (Dalam Konteks Islam Memimpin)


Sukacita dimaklumkan bahwa, NGO Khairul Ummah akan mengadakan Dialog Wanita Sejahtera (Dalam Konteks Islam Memimpin). Berikut adalah berkaitan tentang Dialog Wanita Sejahtera:-

Tarikh : 04 November 2018 bersamaan 26 Safar 1440H
Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Konvesyen, Wisma Darul Iman

Sebarang maklumat lanjut berkaitan program ini, boleh hubungi:
Puan Rosemunainah bt Noor Asmuni (010-4160516)

KEMPEN DERMA DARAH

KEMPEN DERMA DARAH YAYASAN TERENGGANU 2018


Sukacita dimaklumkan bahawa pengurusan Yayasan Terengganu akan mengadakan satu Kempen Derma Darah yang bertujuan untuk meningkatkan rasa tanggungjawab dan keprihatinan komuniti terhadap tanggungjawab sosial.

Berikut adalah berkaitan Kempen Derma Darah Yayasan Terengganu 2018:
            Tarikh : 04 November 2018 (Ahad)
            Masa   :  9.00 pagi hingga 4.00 petang
            Tempat : Dewan Besar Yayasan Terengganu.


Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 
Nurhaliani Ayu bt Mohammad (09-6211908)

Tuesday, October 30, 2018

KEJOHANAN RAGBI 7 SEPASUKAN NRDP/SESMA

KEJOHANAN RAGBI 7 SEPASUKAN NRDP/SESMA TAHUN 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) bersama NRDP akan mengadakan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan sebagai satu entity High Perfomance dalam program pembangunan ragbi dan kejohanan ini akan dirasmikan oleh Dato' Haji Mohd Zubir Bin Embong, Alumni Presiden, SM Sains Sultan Mahmud.

Berikut adalah maklumat Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan:
               3.1 Jadual Kejohanan
                     - Tarikh : 9 dan 10 November 2018 (Jumaat dan Sabtu)
                     - Masa   : 8:00 pagi hingga 6:00 petang
                     - Tempat: Padang Ragbi, Komples Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu

               3.2 Kategori dipertandingan
                     - Ragbi 7 Sepasukan Lelaki Bawah 14 Tahun
                     - Ragbi 7 Sepasukan Lelaki Bawah 15 Tahun
                     - Ragbi 7 Sepasukan Lelaki Bawah 16 Tahun
                     - Ragbi Sentuh Perempuan Bawah 14 Tahun
                     - Ragbi Sentuh Perempuan Bawah 16 Tahun

KEJOHANAN RAGBI NRDP/SESMA 7s TAHUN 2018

1) LELAKI BAWAH 14 TAHUN
   - SMS Sultan Mahmud
      - SMK Tok Dor
      - SMK Sultan Sulaiman
      - SMK Luar Bandar Miri
      - SMS Machang
      - SMA Al Attas
      - SMS Sultan Haji Ahmad Shah
      - SMK Tun Ismail
      - SMK Sri Mersing
      - SMK Tun Hussein Onn
      - SMS DUngun
      - SMK Sri Budiman

2) LELAKI BAWAH 15 TAHUN
   - SMS Sultan Mahmud
      - SBPI Batu Rakit
      - SMS Setiu
      - MRSM Kuala Terengganu
      - SMK Tun Hussein Onn
      - Maktab Sultan Abu Bakar
      - SBPI Jempol
      - SBPI Tun Abdul Razak
      - SMS Seremban
      - SMA Persekutuan Bentong
      - SMS Hulu Selangor
      - SMK Sri Mersing

3) LELAKI BAWAH 16 TAHUN
   - SMS Sultan Mahmud
      - SMK Luar Bandar Miri
      - SMS Dungun
      - SMS Mak Lagam
      - SMK Sultan Sulaiman
      - Maktab Sultan Ismail
      - Sekolah Sultan Alam Shah
      - SMK Lembah Bidong
      - SMA Persekutuan Kajang
      - SMS Pokok Sena
      - SMS Sultan Haji Ahmad Shah
      - SMA Al Attas

4) PEREMPUAN BAWAH 14 TAHUN
   - SMS Sultan Mahmud 'A
      - SMS Sultan Mahmud 'B
      - SMS Setiu
      - SMS Machang
      - SMA Persekutuan Bentong
      - SBPI Jempol
      - SMK Sultan Ismail 'A
      - SMK Sultan Ismail 'B
      - SMS Gua Musang
      - SMK Pengakalan Chepa
      - SMS Hulu Selangor

5) PEREMPUAN BAWAH 16 TAHUN
      - SMS Sultan Mahmud
      - SMK Tok Dor
      - SMK Mak Lagam
      - SMA Persekutuan Kajang
      - Kolej Islam Sultan Azlan Shah
      - SMK Khir Johari
      - SMK Sultan Ismail
      - SMK Seri Bintang Utara
      - SMK Taman Kosas
      - SMS Hulu Selangor
      - SMS Gua Musang
      - SBPI Batu Rakit

Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, pihak tuan boleh menghubungi
En. Mohd Arifin Bin Jusoh : 0199041879
En. Mohd Nizam Bin Mohamed Kamal : 0199575752


PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIHAN TAMBAHAN (RDPT)

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIHAN TAMBAHAN (RDPT) SUKU KETIGA 2018


Maklumat Pameran RDPT Suku 3/2018
Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku KETIGA 2018 akan diadakan selama 14 hari bermula pada

Tarikh Pameran : 30 Oktober 2018 hingga 12 November 2018 
Tarikh Pengesahan Status Pameran (Tuntutan dan Bantahan) : 12 November 2018
Tarikh Pameran Senarai Tuntutan : 30 Oktober 2018 hingga 05 November 2018

SENARAI TEMPAT PAMERAN (MENGIKUT KAWASAN PARLIMEN)
1. Pejabat Daerah Besut - P.033 Besut
2. Pejabat Daerah Setiu - P.034 Setiu
3. Pejabat Daerah Kuala Nerus - P.035 Kuala Nerus
4. Pejabar Daerah Kuala Terengganu - P.036 Kuala Terengganu
5. Pejabat Daerah Marang - P.037 Marang
6. Pejabat Daerah Hulu Terengganu - P.038 Hulu Terengganu
7. Pejabat Daerah Dungun - P.039 Dungun
8. Pejabat Daerah Kemaman - P.040 Kemaman
9. Semua Balai Penghulu
10. Balai Raya Pulau Redang
11. Dewan Orang Ramai Pulau Perhentian
12. Pejabat / Bilik Mesyuarat Masjid Kg. Bukit Payong
13. Semua Pejabat Pos Seluruh Negeri Terengganu
14. Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu @ Laman Web http://ppn.spr.gov.my/terengganu

JOM MASUK IKTBN TEMERLOH

JOM MASUK IKTBN TEMERLOH 

Sukacita dimaklumkan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh akan membuat sesi pengambilan baru bagi sesi 1/2019.

Yuran Pengajian Percuma!!

BIDANG PENGAJIAN DITAWARKAN

A. DIPLOMA TEKNOLOGI (MQA)
  1. Kejuruteraan Automotif (Rekabentuk Produk)
  2. Kejuruteraan Automotif (Pembuatan)
  3. Kejuruteaan Automotif (Penyelenggaran)
  4. Kejuruteraan Pembungkusan
  5. Kejuruteraan Faundri (Acuan Kekal)
B. SIJIL TEKNOLOGI (MQA)
  1. Kejuruteraan Automotif (Pembuatan)
  2. Kejuruteraan Automotif (Penyelenggaraan)
  3. Kejuruteraan Pembungkusan
  4. Kejuruteraan Faundri (Acuan Kekal)
C. SIJIL KEMAHIRAN (SKM)
  1. Teknologi Automotif Semburan Cat
  2. Teknologi Automotif Penyelenggaraan Kereta
  3. Teknologi Automotif Sukan Permotoran 4 Roda
Sijil Lanjutan
  1. PERMOHONAN MELALUI SISTEM E-KAMPUS (ON-LINE)
  2. PENDAFTARAN DI SISTEM E-KAMPUS http://ekampus.kbs.gov.my
  3. MENUNGGU SURAT TAWARAN
CARA PERMOHONAN KEMASUKAN MELALUI E-KAMPUS SEBELUM
09 NOVEMBER 2018

JANGAN PENINGKAN KEPALA DENGAN BEBAN KEWANGAN

Peluang kepada belia lepasan SPM untuk menyambung pengajian di dalam bidang kemahiran secara PERCUMA di institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh dan nikmati kelebihan lain yang disediakan

Kelebihan :-
  • Wang saku RM100-RM200 sebulan
  • Elaun Latihan Industri RM300 sebulan 
  • Penginapan & Makan Minum Percuma
  • Tidak perlu/tiada pinjaman (Tiada hutang selepas tamat pengajian)
Syarat Am Kemasukan :-
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17-30 tahun (Bujang)
  • Sihat tubuh badan
  • Bebas kesalahan Jenayah/Dadah
PERTANYAAN LANJUT SYARAT KHUSUS PENGAJIAN ATAU UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN MASUK SECARA TERUS, BOLEH HUBUNGI SEBELUM 30 NOV. 2018
  • Unit pengambilan :09-2805554/5550
  • En. Fathi Kamal 017-2021990
  • En. Rostam 012-9639800
  • Pn. Hussain 013-6401515
  • En. Rusdy 013-7461510
SEGERA !! JANGAN LEPASKAN PELUANG !! TEMPAT ADALAH TERHAD.....


Monday, October 22, 2018

Kemasukan Pelajar Sesi Januari 2019

Kemasukan Pelajar Sesi Januari 2019

Terbuka kepada :-

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang
  • Sihat Fizikal & Mental
  • Berumur 18 hingga 30 tahun
  • Memiliki sijil SPM
  1. Kimpalan (SKM 3)
  2. Operasi Fabrikasi Paip (SKM 3)
  3. Pemasangan Paip (SKM3)
  4. Pendawaian Elektrik Tiga Fasa (PW4)
  5. Pendawaian Elektrik SatuFasa (PW2)
  6. Jahitan Pakaian Wanita (SKM3)
  7. Jahitan Pakaian Lelaki (SKM3)
Pendaftaran dibuka 8.10.2018 hingga 9.11.2018 

Sebarang pertanyaan : 
096806000
IKBN WAKAF TAPAI
KM 24 KUALA BERANG-KUALA TERENGGANU
21040, MARANG TERENGGANU

Thursday, October 18, 2018

ROAD TO MAHA 2018

ROAD TO MAHA 2018 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN


Kerajaan Negeri Terengganu dan jabatan/agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asa Tani Malaysia akan mengadakan Program Road To Maha 2018

Tempat:   Perkarangan Pejabat MARDI, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Tarikh:    25 hingga 27 Oktober 2018 (Khamis - Sabtu)
Masa:      10:00 pagi hingga 10:00 malam

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti:  1. Forum Agama
                                                                              2. Pertandingan Lembu Sado
                                                                              3. Pameran Penyu Comel
                                                                              4. Pertandingan Hasil Pertanian Unik
                                                                              5. Demonstrasi Sate Ikan Aye
                                                                              6. Persembahan Nasyid
                                                                              7. Pameran & Jualan Usahawan

SEMUA DIJEMPUT HADIR 

Wednesday, October 17, 2018

SEMPENA LAW FEST 2018 UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

SEMPENA LAW FEST 2018 UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN


Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FLAIRSOC), akan mengadakan program "Law Fest 2018".

Tempat: Dataran Dewan Al-Muktafi Billah Shah
Tarikh:  21 - 23 Oktober 2018 

Tuesday, October 16, 2018

LALUAN JABOR-KIJAL DI LPT1 & LPT2 DITUTUP SEMENTARA PADA 20 OKTOBER 2018

DE' PERASING RIDE@LPT2 : LALUAN JABOR-KIJAL DI LPT1 & LPT2 DITUTUP SEMENTARA PADA 20 OKTOBER 2018


Laluan : Jabor dan Kijal (di antara KM250 dan KM305.9) meliputi sebahagian daripada Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
Tarikh  : 20 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa    : 12.00 tengah malam hingga 2.00 petang

Hal ini demikian kerana untuk memberi laluan kepada penganjuran acara berbasikal De' Perasing Ride@LPT2. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan mereka sepanjang penutupan tersebut.

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia akan mengadakan Program Pendidikan Pengundi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Majlis akan dihadiri oleh Y.Bhg. Tan Sri Othman bin Hj.Mahmood, Timbalan Pengerusi SPR. 

Tarikh   : 18 Oktober 2018 (Khamis)
Masa     : 9.30 malam - 11.00 malam
Tempat : Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu


Pengawai Akademi Pilihan Raya (APR) untuk dihubungi :
Amar Soufwan Morazuki (011-28310746)
Zabadi Baharudin (012-6355811)
Wan Samsuhaida (019-2190931)




FIESTA SEDEKAD UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS TERENGGANU

FIESTA SEDEKAD UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS TERENGGANU


UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu akan menganjurkan Fiesta Sedekad UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu (UiTMCTKKT) 

Tempat: Kampus UiTM Cadangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu
Tarikh:  18 Hingga 20 Oktober 2018 (Khamis hingga Sabtu)

Program ini diadakan bersempena  dengan 10 tahun (2008 hingga 2018) penubuhan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu.

Fiesta Sedekad UiTMCTKKT merupakan satu program berkonsepkan karnival di mana terdapat lima (5) program utama (majlis perasmian, gerai jualan, kaunter perkhidmatan/pameran, pertandingan sukan dan forum)

PERTANDINGAN MELUKIS 'CITRA TERENGGANU 2018'

SEMPENA PROGRAM PERTANDINGAN MELUKIS 'CITRA TERENGGANU 2018'


Muzium Negeri Terengganu akan menganjurkan Pertandingan Melukis 'Citra Terengganu 2018'. Seramai 300 orang yang akan menyertai program ini dimana ianya terdiri daripada pelajar-pelajar intitusi pengajian tinggi dan golongan dewasa.

TEMPAT : PERKARANGAN KOMPLEKS MUZIUM NEGERI TERENGGANU
 MASA     : 9:00 PAGI
TARIKH : 13 HINGGA 14 OKTOBER 2018 ( SABTU DAN AHAD )


MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 1440H/ 2019M


MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 1440H/2019M



Adalah sukacita dimaklumkan kepada Muslimin dan Muslimat sekalian bahawa Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) akan mengadakan

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1440H/2019M.

2.             Dalam kaitan ini, adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk menyertai majlis ini.

3.          Majlis ini dibahagikan kepada tiga tahap :-

3.1.
Tahap Pertama
:1hingga10JuzuKdanTarannum
3.2.
Tahap Kedua
:
1 hingga 20 Juzuk
3.3.
Tahap Ketiga
:
1 hingga 30 Juzuk



(termasuk 2 soalan tafsir)

4.          Pemohon samada lelaki atau perempuan hendaklah memenuhi syarat-syarat umum sebagaimana berikut :-

4.1.    Rakyat Negeri Terengganu yang beragama Islam.

4.2.    Peserta hendaklah bermastautin di negeri ini sekurang-kurangnya satu tahun sebelum majlis diadakan. Kelayakan peserta bermastautin hendaklah mengikut alamat terakhir yang tercatat dalam kad pengenalan atau kad tukar alamat, kecuali kakitangan kerajaan, swasta dan pelajar hendaklah mendapat surat pengesahan daripada majikan.

4.3.    Peserta yang menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri melebihi satu negeri dalam tahun yang sama tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun berkenaan. Jika ia dapat dikesan, maka penyertaannya terbatal.


4.4.    Seseorang peserta yang telah berpindah ke negeri lain atau menyambung pengajian di pusat-pusat pengajian boleh mewakili negeri ini dengan syarat perpindahan tersebut tidak melebihi enam bulan dari tarikh mula berpindah. Bagi kakitangan kerajaan hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan, manakala bagi pelajar-pelajar hendaklah mendapat pengesahan daripada ketua institusi berkenaan.

4.5.    Peserta perempuan yang menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri hendaklah dalam keadaan tidak uzur syarie semasa ujian dijalankan kepadanya.

4.6.    Setiap peserta lelaki hendaklah memakai Pakaian Kebangsaan yang lengkap dan kemas (bersongkok, bersampin, berbutang baju, bersarung kaki dan berkasut) semasa majlis berlangsung khususnya ketika mempersembahkan bacaan dan Majlis Penyampaian Hadiah.

4.7.    Setiap peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang sesuai (menutup aurat) dan tidak dibenarkan menutup muka ketika mempersembahkan bacaan dan Majlis Penyampaian Hadiah.

4.8.    Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan dengan lengkap dan menyerahkannya kepada urusetia.

4.9.     Peserta yang benar-benar memerlukan bantuan sama ada disebabkan oleh kecacatan anggotanya atau kurang upaya, boleh membawa seorang pengiring ke majlis ini dan memaklumkannya kepada urusetia.

4.10    Peserta yang gagal memenuhi syarat-syarat di atas maka penyertaannya terbatal.

4.11.    Syarat-syarat penyertaan :

4.11.1.     Tahap Pertama (1 hingga 10 Juzuk dan Tarannum)

a.     Berumur tidak kurang dari 7 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 17MAC2019 (Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan).

b.     Jika mendapat johan atau pernah mengambil bahagian pada tahap yang lebih tinggi, tidak dibenarkan mengambil bahagian di tahun-tahun akan datang pada tahap yang sama.

c.      Sekiranya tidak mendapat johan, maka peserta dibenarkan mengambil bahagian di tahap yang sama setakat tiga kali sahaja atau pada peringkat yang lebih tinggi.

4.11.2.     Tahap Kedua (1 hingga 20 Juzuk)

a.     Berumur tidak kurang dari 7 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 17MAC 2019(Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan).

b.     Belum pernah mengambil bahagian dalam Tahap Ketiga pada tahun-tahun sebelumnya.

c.      Peserta tahap ini hanya dibenarkan mengambil bahagian sebanyak 3 kali sahaja (berturut-turut atau berselang) samada johan atau tidak, tetapi dibenarkan mengambil bahagian pada Tahap Ketiga.

4.11.3.    Tahap 3 (1 hingga 30 juzu’ dan Tafsir)

a.     Berumur tidak kurang dari 7 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 17 Mac 2019 (Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan).

b.     Setiap peserta dalam Tahap Ketiga hanya dibenarkan menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri sebanyak tiga kali sahaja dan tidak dibenarkan mengambil bahagian di Tahap Pertama dan Kedua.

c.     Peserta yang telah menjadi johan Tahap Ketiga tidak dibenarkan menyandang Johan melebihi 2 kali.

d. Sukatan soalan tafsir daripada juzuk 14 bermula ayat 1 surah al-Hijr hingga ayat 128 surah an-Nahl dengan berpandukan kitab tafsir Pimpinan Al-Rahman, terbitan JAKIM.

5.          Borang permohonan boleh diperolehi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) dan semua Pejabat Agama Daerah dan juga boleh didapati dengan melayari laman web http:jheatweb.terengganu.gov.my

6.          Calon Persendirian hendahlah menghantar Borang Permohonan kepada Pejabat Agama Daerah masing-masing untuk mendapatkan pengesahan, manakala calon yang berada di institusi pengajian/sekolah hendaklah mendapatkan pengesahanpihak institusi pengajian/sekolah berkenaan.

7.          Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 NOVEMBER 2018 jam 1.00 petang.

Sekian, terima kasih.


JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (BAHAGIAN DAKWAH) PUSAT PENTADBIRAN ISLAM NEGERI TINGKAT 4, KOMPLEKS SERI IMAN KUALA TERENGGANU.

Seminar Celik Hartanah Bersama Pakar Pelaburan Hartanah UniSZA

Seminar Celik Hartanah Bersama Pakar Pelaburan Hartanah UniSZA

Tarikh  : 10 November 2018 (Sabtu)
Masa    : 9.00pagi - 4.30petang
Tempat : Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak
  • Strategi pelaburan hartanah
  • Pengurusan kewangan hartanah
  • Pelaburan hartanah di Terengganu
Yuran penyertaan sebanyak :-
  • RM 100
  • RM 150(Pelajar)
  • Bayaran boleh dibuat ke akaun :-
Nama akaun : Bendahari Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA)
No. Akaun :13017010082394
Nama Bank : Bank Islam (M) Bhd.
**Makanan dan minuman disediakan

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Syaharonizam bin Yusof di talian 09-6688780 atau Puan Maswati binti Mohd Din 09-6688984

Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2018

Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2018 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman

Tempat  : Masjid Tengku Zaharah, Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Tarikh   : 18 Okotber 2018 (Khamis) bersamaan 9 Safar 1440H
Masa     : 10.30 pagi

Monday, October 15, 2018

Program Wise 2018 Wanita Inspirasi Ekonomi

PROGRAM WISE 2018 WANITA INSPIRASI EKONOMI DI TERENGGANU FM

MARA Negeri Terengganu akan menganjurkan Karnival WISE 2018 - Wanita Inspirasi Ekonomi
pada :-

Tarikh    : 27 & 28 Oktober 2018
Tempat  : Terengganu Trade Centre (TTC), Kuala Terengganu

Pelbagai acara dan aktiviti diadakan sepanjang karnival ini berlangsung antaranya :-
  • Seminar Pemerkasaan Ekonomi Wanita
  • Pameran Agensi Kerajaan 
  • Pameran dan Jualan Produk-Produk Usahawan Terengganu
  • Klinik usahawan dan banyak lagi....
Jangan lepaskan peluang ini. Datanglah beramai-ramai ke karnival WISE 2018.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 09-6204646

Program Ilmu Keluarga @ LPPKN

"ABE KEMAH MEK COMEI, ANOK JUJUK" DAN "ANAK ISTIMEWA SATU ANUGERAH" SEMPENA PROGRAM TePaT : TERENGGANU PARENTING TOUR 2018






Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu akan melaksanakan Program Ilmu Keluarga pada ketetapan di bawah berikut :-

Program   : Ilmu keluarga @ LPPKN "Abe Kemah, Mek Comei, Anok Jujuk"
                    (Isu kesuburan)"
Tempat     : Dewan Theater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu
Tarikh      : 30 Oktober 2018 (Selasa)
Masa        : 8.30 pg - 1.00 ptg
Perasmian : YABhg. Tuan Faizah bt Tuan Abd. Rahman, Isteri YAB Menteri Besar                                            Terengganu

Program   : Ilmu keluarga @ LPPKN "Anak Istimewa Satu Anugerah "
Tempat     : Dewan Theater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu
Tarikh      : 4 November 2018 (Ahad)
Masa        : 8.30 pg - 1.00 ptg
Perasmian : YABhg. Tuan Faizah bt Tuan Abd. Rahman, Isteri YAB Menteri Besar                                            Terengganu