IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, February 26, 2019

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU

PENUNDAAN TARIKH PELAKSANAAN FIT MALAYSIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2019


Adalah dimaklumkan bahawa program Fit Malaysia Peringkat Negeri Terengganu tahun 2019 yang dijadualkan pada 23 Mac 2019 ini terpaksa DITUNDA kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.


Sekian, Terima Kasih.

Monday, February 18, 2019

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA)

SESI PENGAJIAN 2019 / 2020

Semua warganegara Malaysia yang layak adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Yang di - Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2019 / 2020 bagi mengikut pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam dan di luar negara. Permohonan telah dibuka dan boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian (online) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my.


KRITERIA

  • Berumur tidak melebihi 35 tahun
  • Memperoleh CGPA 3.75 atau Kelas Pertama dalam Ijazah Sarjana Muda (bagi peringkat Sarjana) serta CGPA 3.75 atau Kelas Pertama atau cemerlang dalam Ijazah Sarjana (bagi peringkat Ph.D)
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum / aktiviti kemasyarakatan / hasil kerja kreatif dan inovatif.
  • kemahiran dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa adalah satu kelebihan.
  • Mendapat tempat pengajian di Universiti Penyelidikan Tempatan / Universiti Termuka Dunia yang dipersetujui JPA.


BIDANG PENGAJIAN

  • Sains dan Teknologi
  • Ekonomi
  • Undang - Undang
  • Kewangan Islam


Maklumat lanjut :

  • htpp://esilav2.jpa.gov.my
  • 03 - 8885 3546
  • ldp@jpa.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 MAC 2019 (JUMAAT)


Sunday, February 10, 2019

PROGRAM SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) MED SON TIMUR

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan menganjurkan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) MED Zon Timur yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.


Tarikh : 16 Februari 2019 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Jalan Kemajuan, Padang Hiliran, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu.


Orang ramai dijemput hadir

SAMBUTAN HARI RADIO SEDUNIA 2019




Setiap tanggal 13 Februari, masyarakat di seluruh dunia akan merayakan sambutan Hari Radio Sedunia. Radio merupakan salah satu media yang digunakan seluruh dunia untuk mendapatkan berbagai - bagai informasi.

Sejarah


Ianya ditetapkan sebagai World Radio Day pada 13 Februari ini kerana bertepatan dengan berdirinya Radio PBB (United Nation Radio) pada tahun 1946. Idea mengadakan sambutan ini datangnya dari Spanish Academy of Radio yang merupakan delegasi tetap. UNESCO yang beranggapan bahawa radio sebagai salah satu instrumen yang penting dalam perubahan sosial dunia dan berharap dengan adanya peringatan Hari Radio Sedunia ini akan dapat memberi peningkatan titik berat masyarakat mengenai informasi di sekeliling mereka.

Pada 14 Januari 2013, Majlis Umum PBB mengatakan secara rasmi dan menegaskan bahawa 13 Februari sebagai World Radio Day / Hari Radio Sedunia. Hari Radio Sedunia yang dirayakan setiap tahun memiliki tema yang berbeza - beza dan pada tahun ini temanya adalah ‘Dialog, Toleransi dan Keamanan’.

Malaysia

Malaysia menjadi negara yang ketiga di dunia selepas Rusia dan Belanda yang mengadakan Hari Radio Sedunia Malaysia bagi meraikan stesen radio yang bermula pada tahun 2009. Radio masih lagi dinamik dan menarik, sesuai dengan perubahan pada abad ini, masih segar dan terus disokong oleh peminat setia yang mendengar radio. Kaji selidik pengguna radio 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tahun - tahun yang lalu mendapati 75% rakyat Malaysia merupakan pendengar setia radio.

Malah, rata - rata pengguna mendengar radio di dalam kereta dengan 76.3% kesesakan jalan raya mungkin menjadi faktor utama menyumbang kepada peratusan ini kerana ia adalah waktu terbaik untuk merehatkan minda dan berhibur pelbagai genre lagu tempatan ataupun antarabangsa.

PESTA BUKU @PPAT 2019

Perbandaran Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (JPNT) menganjurkan Pesta Buku @ PPAT 2019



Tarikh : 23 Februari -2 Mac 2019
Masa : 9.00 pagi - 10.30 malam
Tempat : Perpustakaan Awam Negeri Terengganu 

Orang ramai dijemput hadir