IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, October 31, 2018

DIALOG WANITA SEJAHTERA

DIALOG WANITA SEJAHTERA (Dalam Konteks Islam Memimpin)


Sukacita dimaklumkan bahwa, NGO Khairul Ummah akan mengadakan Dialog Wanita Sejahtera (Dalam Konteks Islam Memimpin). Berikut adalah berkaitan tentang Dialog Wanita Sejahtera:-

Tarikh : 04 November 2018 bersamaan 26 Safar 1440H
Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Konvesyen, Wisma Darul Iman

Sebarang maklumat lanjut berkaitan program ini, boleh hubungi:
Puan Rosemunainah bt Noor Asmuni (010-4160516)

KEMPEN DERMA DARAH

KEMPEN DERMA DARAH YAYASAN TERENGGANU 2018


Sukacita dimaklumkan bahawa pengurusan Yayasan Terengganu akan mengadakan satu Kempen Derma Darah yang bertujuan untuk meningkatkan rasa tanggungjawab dan keprihatinan komuniti terhadap tanggungjawab sosial.

Berikut adalah berkaitan Kempen Derma Darah Yayasan Terengganu 2018:
            Tarikh : 04 November 2018 (Ahad)
            Masa   :  9.00 pagi hingga 4.00 petang
            Tempat : Dewan Besar Yayasan Terengganu.


Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 
Nurhaliani Ayu bt Mohammad (09-6211908)

Tuesday, October 30, 2018

KEJOHANAN RAGBI 7 SEPASUKAN NRDP/SESMA

KEJOHANAN RAGBI 7 SEPASUKAN NRDP/SESMA TAHUN 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) bersama NRDP akan mengadakan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan sebagai satu entity High Perfomance dalam program pembangunan ragbi dan kejohanan ini akan dirasmikan oleh Dato' Haji Mohd Zubir Bin Embong, Alumni Presiden, SM Sains Sultan Mahmud.

Berikut adalah maklumat Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan:
               3.1 Jadual Kejohanan
                     - Tarikh : 9 dan 10 November 2018 (Jumaat dan Sabtu)
                     - Masa   : 8:00 pagi hingga 6:00 petang
                     - Tempat: Padang Ragbi, Komples Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu

               3.2 Kategori dipertandingan
                     - Ragbi 7 Sepasukan Lelaki Bawah 14 Tahun
                     - Ragbi 7 Sepasukan Lelaki Bawah 15 Tahun
                     - Ragbi 7 Sepasukan Lelaki Bawah 16 Tahun
                     - Ragbi Sentuh Perempuan Bawah 14 Tahun
                     - Ragbi Sentuh Perempuan Bawah 16 Tahun

KEJOHANAN RAGBI NRDP/SESMA 7s TAHUN 2018

1) LELAKI BAWAH 14 TAHUN
   - SMS Sultan Mahmud
      - SMK Tok Dor
      - SMK Sultan Sulaiman
      - SMK Luar Bandar Miri
      - SMS Machang
      - SMA Al Attas
      - SMS Sultan Haji Ahmad Shah
      - SMK Tun Ismail
      - SMK Sri Mersing
      - SMK Tun Hussein Onn
      - SMS DUngun
      - SMK Sri Budiman

2) LELAKI BAWAH 15 TAHUN
   - SMS Sultan Mahmud
      - SBPI Batu Rakit
      - SMS Setiu
      - MRSM Kuala Terengganu
      - SMK Tun Hussein Onn
      - Maktab Sultan Abu Bakar
      - SBPI Jempol
      - SBPI Tun Abdul Razak
      - SMS Seremban
      - SMA Persekutuan Bentong
      - SMS Hulu Selangor
      - SMK Sri Mersing

3) LELAKI BAWAH 16 TAHUN
   - SMS Sultan Mahmud
      - SMK Luar Bandar Miri
      - SMS Dungun
      - SMS Mak Lagam
      - SMK Sultan Sulaiman
      - Maktab Sultan Ismail
      - Sekolah Sultan Alam Shah
      - SMK Lembah Bidong
      - SMA Persekutuan Kajang
      - SMS Pokok Sena
      - SMS Sultan Haji Ahmad Shah
      - SMA Al Attas

4) PEREMPUAN BAWAH 14 TAHUN
   - SMS Sultan Mahmud 'A
      - SMS Sultan Mahmud 'B
      - SMS Setiu
      - SMS Machang
      - SMA Persekutuan Bentong
      - SBPI Jempol
      - SMK Sultan Ismail 'A
      - SMK Sultan Ismail 'B
      - SMS Gua Musang
      - SMK Pengakalan Chepa
      - SMS Hulu Selangor

5) PEREMPUAN BAWAH 16 TAHUN
      - SMS Sultan Mahmud
      - SMK Tok Dor
      - SMK Mak Lagam
      - SMA Persekutuan Kajang
      - Kolej Islam Sultan Azlan Shah
      - SMK Khir Johari
      - SMK Sultan Ismail
      - SMK Seri Bintang Utara
      - SMK Taman Kosas
      - SMS Hulu Selangor
      - SMS Gua Musang
      - SBPI Batu Rakit

Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, pihak tuan boleh menghubungi
En. Mohd Arifin Bin Jusoh : 0199041879
En. Mohd Nizam Bin Mohamed Kamal : 0199575752


PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIHAN TAMBAHAN (RDPT)

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIHAN TAMBAHAN (RDPT) SUKU KETIGA 2018


Maklumat Pameran RDPT Suku 3/2018
Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku KETIGA 2018 akan diadakan selama 14 hari bermula pada

Tarikh Pameran : 30 Oktober 2018 hingga 12 November 2018 
Tarikh Pengesahan Status Pameran (Tuntutan dan Bantahan) : 12 November 2018
Tarikh Pameran Senarai Tuntutan : 30 Oktober 2018 hingga 05 November 2018

SENARAI TEMPAT PAMERAN (MENGIKUT KAWASAN PARLIMEN)
1. Pejabat Daerah Besut - P.033 Besut
2. Pejabat Daerah Setiu - P.034 Setiu
3. Pejabat Daerah Kuala Nerus - P.035 Kuala Nerus
4. Pejabar Daerah Kuala Terengganu - P.036 Kuala Terengganu
5. Pejabat Daerah Marang - P.037 Marang
6. Pejabat Daerah Hulu Terengganu - P.038 Hulu Terengganu
7. Pejabat Daerah Dungun - P.039 Dungun
8. Pejabat Daerah Kemaman - P.040 Kemaman
9. Semua Balai Penghulu
10. Balai Raya Pulau Redang
11. Dewan Orang Ramai Pulau Perhentian
12. Pejabat / Bilik Mesyuarat Masjid Kg. Bukit Payong
13. Semua Pejabat Pos Seluruh Negeri Terengganu
14. Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu @ Laman Web http://ppn.spr.gov.my/terengganu

JOM MASUK IKTBN TEMERLOH

JOM MASUK IKTBN TEMERLOH 

Sukacita dimaklumkan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh akan membuat sesi pengambilan baru bagi sesi 1/2019.

Yuran Pengajian Percuma!!

BIDANG PENGAJIAN DITAWARKAN

A. DIPLOMA TEKNOLOGI (MQA)
  1. Kejuruteraan Automotif (Rekabentuk Produk)
  2. Kejuruteraan Automotif (Pembuatan)
  3. Kejuruteaan Automotif (Penyelenggaran)
  4. Kejuruteraan Pembungkusan
  5. Kejuruteraan Faundri (Acuan Kekal)
B. SIJIL TEKNOLOGI (MQA)
  1. Kejuruteraan Automotif (Pembuatan)
  2. Kejuruteraan Automotif (Penyelenggaraan)
  3. Kejuruteraan Pembungkusan
  4. Kejuruteraan Faundri (Acuan Kekal)
C. SIJIL KEMAHIRAN (SKM)
  1. Teknologi Automotif Semburan Cat
  2. Teknologi Automotif Penyelenggaraan Kereta
  3. Teknologi Automotif Sukan Permotoran 4 Roda
Sijil Lanjutan
  1. PERMOHONAN MELALUI SISTEM E-KAMPUS (ON-LINE)
  2. PENDAFTARAN DI SISTEM E-KAMPUS http://ekampus.kbs.gov.my
  3. MENUNGGU SURAT TAWARAN
CARA PERMOHONAN KEMASUKAN MELALUI E-KAMPUS SEBELUM
09 NOVEMBER 2018

JANGAN PENINGKAN KEPALA DENGAN BEBAN KEWANGAN

Peluang kepada belia lepasan SPM untuk menyambung pengajian di dalam bidang kemahiran secara PERCUMA di institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh dan nikmati kelebihan lain yang disediakan

Kelebihan :-
  • Wang saku RM100-RM200 sebulan
  • Elaun Latihan Industri RM300 sebulan 
  • Penginapan & Makan Minum Percuma
  • Tidak perlu/tiada pinjaman (Tiada hutang selepas tamat pengajian)
Syarat Am Kemasukan :-
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17-30 tahun (Bujang)
  • Sihat tubuh badan
  • Bebas kesalahan Jenayah/Dadah
PERTANYAAN LANJUT SYARAT KHUSUS PENGAJIAN ATAU UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN MASUK SECARA TERUS, BOLEH HUBUNGI SEBELUM 30 NOV. 2018
  • Unit pengambilan :09-2805554/5550
  • En. Fathi Kamal 017-2021990
  • En. Rostam 012-9639800
  • Pn. Hussain 013-6401515
  • En. Rusdy 013-7461510
SEGERA !! JANGAN LEPASKAN PELUANG !! TEMPAT ADALAH TERHAD.....


Monday, October 22, 2018

Kemasukan Pelajar Sesi Januari 2019

Kemasukan Pelajar Sesi Januari 2019

Terbuka kepada :-

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang
  • Sihat Fizikal & Mental
  • Berumur 18 hingga 30 tahun
  • Memiliki sijil SPM
  1. Kimpalan (SKM 3)
  2. Operasi Fabrikasi Paip (SKM 3)
  3. Pemasangan Paip (SKM3)
  4. Pendawaian Elektrik Tiga Fasa (PW4)
  5. Pendawaian Elektrik SatuFasa (PW2)
  6. Jahitan Pakaian Wanita (SKM3)
  7. Jahitan Pakaian Lelaki (SKM3)
Pendaftaran dibuka 8.10.2018 hingga 9.11.2018 

Sebarang pertanyaan : 
096806000
IKBN WAKAF TAPAI
KM 24 KUALA BERANG-KUALA TERENGGANU
21040, MARANG TERENGGANU

Thursday, October 18, 2018

ROAD TO MAHA 2018

ROAD TO MAHA 2018 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN


Kerajaan Negeri Terengganu dan jabatan/agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asa Tani Malaysia akan mengadakan Program Road To Maha 2018

Tempat:   Perkarangan Pejabat MARDI, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Tarikh:    25 hingga 27 Oktober 2018 (Khamis - Sabtu)
Masa:      10:00 pagi hingga 10:00 malam

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti:  1. Forum Agama
                                                                              2. Pertandingan Lembu Sado
                                                                              3. Pameran Penyu Comel
                                                                              4. Pertandingan Hasil Pertanian Unik
                                                                              5. Demonstrasi Sate Ikan Aye
                                                                              6. Persembahan Nasyid
                                                                              7. Pameran & Jualan Usahawan

SEMUA DIJEMPUT HADIR 

Wednesday, October 17, 2018

SEMPENA LAW FEST 2018 UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

SEMPENA LAW FEST 2018 UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN


Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FLAIRSOC), akan mengadakan program "Law Fest 2018".

Tempat: Dataran Dewan Al-Muktafi Billah Shah
Tarikh:  21 - 23 Oktober 2018 

Tuesday, October 16, 2018

LALUAN JABOR-KIJAL DI LPT1 & LPT2 DITUTUP SEMENTARA PADA 20 OKTOBER 2018

DE' PERASING RIDE@LPT2 : LALUAN JABOR-KIJAL DI LPT1 & LPT2 DITUTUP SEMENTARA PADA 20 OKTOBER 2018


Laluan : Jabor dan Kijal (di antara KM250 dan KM305.9) meliputi sebahagian daripada Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
Tarikh  : 20 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa    : 12.00 tengah malam hingga 2.00 petang

Hal ini demikian kerana untuk memberi laluan kepada penganjuran acara berbasikal De' Perasing Ride@LPT2. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan mereka sepanjang penutupan tersebut.

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia akan mengadakan Program Pendidikan Pengundi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Majlis akan dihadiri oleh Y.Bhg. Tan Sri Othman bin Hj.Mahmood, Timbalan Pengerusi SPR. 

Tarikh   : 18 Oktober 2018 (Khamis)
Masa     : 9.30 malam - 11.00 malam
Tempat : Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu


Pengawai Akademi Pilihan Raya (APR) untuk dihubungi :
Amar Soufwan Morazuki (011-28310746)
Zabadi Baharudin (012-6355811)
Wan Samsuhaida (019-2190931)




FIESTA SEDEKAD UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS TERENGGANU

FIESTA SEDEKAD UiTM CAWANGAN TERENGGANU KAMPUS TERENGGANU


UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu akan menganjurkan Fiesta Sedekad UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu (UiTMCTKKT) 

Tempat: Kampus UiTM Cadangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu
Tarikh:  18 Hingga 20 Oktober 2018 (Khamis hingga Sabtu)

Program ini diadakan bersempena  dengan 10 tahun (2008 hingga 2018) penubuhan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu.

Fiesta Sedekad UiTMCTKKT merupakan satu program berkonsepkan karnival di mana terdapat lima (5) program utama (majlis perasmian, gerai jualan, kaunter perkhidmatan/pameran, pertandingan sukan dan forum)

PERTANDINGAN MELUKIS 'CITRA TERENGGANU 2018'

SEMPENA PROGRAM PERTANDINGAN MELUKIS 'CITRA TERENGGANU 2018'


Muzium Negeri Terengganu akan menganjurkan Pertandingan Melukis 'Citra Terengganu 2018'. Seramai 300 orang yang akan menyertai program ini dimana ianya terdiri daripada pelajar-pelajar intitusi pengajian tinggi dan golongan dewasa.

TEMPAT : PERKARANGAN KOMPLEKS MUZIUM NEGERI TERENGGANU
 MASA     : 9:00 PAGI
TARIKH : 13 HINGGA 14 OKTOBER 2018 ( SABTU DAN AHAD )


MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 1440H/ 2019M


MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 1440H/2019M



Adalah sukacita dimaklumkan kepada Muslimin dan Muslimat sekalian bahawa Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) akan mengadakan

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1440H/2019M.

2.             Dalam kaitan ini, adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk menyertai majlis ini.

3.          Majlis ini dibahagikan kepada tiga tahap :-

3.1.
Tahap Pertama
:1hingga10JuzuKdanTarannum
3.2.
Tahap Kedua
:
1 hingga 20 Juzuk
3.3.
Tahap Ketiga
:
1 hingga 30 Juzuk



(termasuk 2 soalan tafsir)

4.          Pemohon samada lelaki atau perempuan hendaklah memenuhi syarat-syarat umum sebagaimana berikut :-

4.1.    Rakyat Negeri Terengganu yang beragama Islam.

4.2.    Peserta hendaklah bermastautin di negeri ini sekurang-kurangnya satu tahun sebelum majlis diadakan. Kelayakan peserta bermastautin hendaklah mengikut alamat terakhir yang tercatat dalam kad pengenalan atau kad tukar alamat, kecuali kakitangan kerajaan, swasta dan pelajar hendaklah mendapat surat pengesahan daripada majikan.

4.3.    Peserta yang menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri melebihi satu negeri dalam tahun yang sama tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun berkenaan. Jika ia dapat dikesan, maka penyertaannya terbatal.


4.4.    Seseorang peserta yang telah berpindah ke negeri lain atau menyambung pengajian di pusat-pusat pengajian boleh mewakili negeri ini dengan syarat perpindahan tersebut tidak melebihi enam bulan dari tarikh mula berpindah. Bagi kakitangan kerajaan hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan, manakala bagi pelajar-pelajar hendaklah mendapat pengesahan daripada ketua institusi berkenaan.

4.5.    Peserta perempuan yang menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri hendaklah dalam keadaan tidak uzur syarie semasa ujian dijalankan kepadanya.

4.6.    Setiap peserta lelaki hendaklah memakai Pakaian Kebangsaan yang lengkap dan kemas (bersongkok, bersampin, berbutang baju, bersarung kaki dan berkasut) semasa majlis berlangsung khususnya ketika mempersembahkan bacaan dan Majlis Penyampaian Hadiah.

4.7.    Setiap peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang sesuai (menutup aurat) dan tidak dibenarkan menutup muka ketika mempersembahkan bacaan dan Majlis Penyampaian Hadiah.

4.8.    Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan dengan lengkap dan menyerahkannya kepada urusetia.

4.9.     Peserta yang benar-benar memerlukan bantuan sama ada disebabkan oleh kecacatan anggotanya atau kurang upaya, boleh membawa seorang pengiring ke majlis ini dan memaklumkannya kepada urusetia.

4.10    Peserta yang gagal memenuhi syarat-syarat di atas maka penyertaannya terbatal.

4.11.    Syarat-syarat penyertaan :

4.11.1.     Tahap Pertama (1 hingga 10 Juzuk dan Tarannum)

a.     Berumur tidak kurang dari 7 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 17MAC2019 (Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan).

b.     Jika mendapat johan atau pernah mengambil bahagian pada tahap yang lebih tinggi, tidak dibenarkan mengambil bahagian di tahun-tahun akan datang pada tahap yang sama.

c.      Sekiranya tidak mendapat johan, maka peserta dibenarkan mengambil bahagian di tahap yang sama setakat tiga kali sahaja atau pada peringkat yang lebih tinggi.

4.11.2.     Tahap Kedua (1 hingga 20 Juzuk)

a.     Berumur tidak kurang dari 7 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 17MAC 2019(Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan).

b.     Belum pernah mengambil bahagian dalam Tahap Ketiga pada tahun-tahun sebelumnya.

c.      Peserta tahap ini hanya dibenarkan mengambil bahagian sebanyak 3 kali sahaja (berturut-turut atau berselang) samada johan atau tidak, tetapi dibenarkan mengambil bahagian pada Tahap Ketiga.

4.11.3.    Tahap 3 (1 hingga 30 juzu’ dan Tafsir)

a.     Berumur tidak kurang dari 7 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 17 Mac 2019 (Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan).

b.     Setiap peserta dalam Tahap Ketiga hanya dibenarkan menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri sebanyak tiga kali sahaja dan tidak dibenarkan mengambil bahagian di Tahap Pertama dan Kedua.

c.     Peserta yang telah menjadi johan Tahap Ketiga tidak dibenarkan menyandang Johan melebihi 2 kali.

d. Sukatan soalan tafsir daripada juzuk 14 bermula ayat 1 surah al-Hijr hingga ayat 128 surah an-Nahl dengan berpandukan kitab tafsir Pimpinan Al-Rahman, terbitan JAKIM.

5.          Borang permohonan boleh diperolehi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) dan semua Pejabat Agama Daerah dan juga boleh didapati dengan melayari laman web http:jheatweb.terengganu.gov.my

6.          Calon Persendirian hendahlah menghantar Borang Permohonan kepada Pejabat Agama Daerah masing-masing untuk mendapatkan pengesahan, manakala calon yang berada di institusi pengajian/sekolah hendaklah mendapatkan pengesahanpihak institusi pengajian/sekolah berkenaan.

7.          Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 NOVEMBER 2018 jam 1.00 petang.

Sekian, terima kasih.


JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (BAHAGIAN DAKWAH) PUSAT PENTADBIRAN ISLAM NEGERI TINGKAT 4, KOMPLEKS SERI IMAN KUALA TERENGGANU.

Seminar Celik Hartanah Bersama Pakar Pelaburan Hartanah UniSZA

Seminar Celik Hartanah Bersama Pakar Pelaburan Hartanah UniSZA

Tarikh  : 10 November 2018 (Sabtu)
Masa    : 9.00pagi - 4.30petang
Tempat : Dewan Perdana, UniSZA Kampus Gong Badak
  • Strategi pelaburan hartanah
  • Pengurusan kewangan hartanah
  • Pelaburan hartanah di Terengganu
Yuran penyertaan sebanyak :-
  • RM 100
  • RM 150(Pelajar)
  • Bayaran boleh dibuat ke akaun :-
Nama akaun : Bendahari Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA)
No. Akaun :13017010082394
Nama Bank : Bank Islam (M) Bhd.
**Makanan dan minuman disediakan

Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Syaharonizam bin Yusof di talian 09-6688780 atau Puan Maswati binti Mohd Din 09-6688984

Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2018

Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2018 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman

Tempat  : Masjid Tengku Zaharah, Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Tarikh   : 18 Okotber 2018 (Khamis) bersamaan 9 Safar 1440H
Masa     : 10.30 pagi

Monday, October 15, 2018

Program Wise 2018 Wanita Inspirasi Ekonomi

PROGRAM WISE 2018 WANITA INSPIRASI EKONOMI DI TERENGGANU FM

MARA Negeri Terengganu akan menganjurkan Karnival WISE 2018 - Wanita Inspirasi Ekonomi
pada :-

Tarikh    : 27 & 28 Oktober 2018
Tempat  : Terengganu Trade Centre (TTC), Kuala Terengganu

Pelbagai acara dan aktiviti diadakan sepanjang karnival ini berlangsung antaranya :-
  • Seminar Pemerkasaan Ekonomi Wanita
  • Pameran Agensi Kerajaan 
  • Pameran dan Jualan Produk-Produk Usahawan Terengganu
  • Klinik usahawan dan banyak lagi....
Jangan lepaskan peluang ini. Datanglah beramai-ramai ke karnival WISE 2018.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 09-6204646

Program Ilmu Keluarga @ LPPKN

"ABE KEMAH MEK COMEI, ANOK JUJUK" DAN "ANAK ISTIMEWA SATU ANUGERAH" SEMPENA PROGRAM TePaT : TERENGGANU PARENTING TOUR 2018






Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu akan melaksanakan Program Ilmu Keluarga pada ketetapan di bawah berikut :-

Program   : Ilmu keluarga @ LPPKN "Abe Kemah, Mek Comei, Anok Jujuk"
                    (Isu kesuburan)"
Tempat     : Dewan Theater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu
Tarikh      : 30 Oktober 2018 (Selasa)
Masa        : 8.30 pg - 1.00 ptg
Perasmian : YABhg. Tuan Faizah bt Tuan Abd. Rahman, Isteri YAB Menteri Besar                                            Terengganu

Program   : Ilmu keluarga @ LPPKN "Anak Istimewa Satu Anugerah "
Tempat     : Dewan Theater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu
Tarikh      : 4 November 2018 (Ahad)
Masa        : 8.30 pg - 1.00 ptg
Perasmian : YABhg. Tuan Faizah bt Tuan Abd. Rahman, Isteri YAB Menteri Besar                                            Terengganu

Wednesday, October 10, 2018

PROGRAM PROMOSI KRAF MALAYSIA DI MESRA MALL

Kraftangan Malaysia Negeri Terengganu akan menganjurkan Program Promosi Kraftangan di sebuah pusat membeli belah di Kerteh pada 22 Oktober hingga 29 Oktober 2018

Orang ramai dijemput hadir !!


Thursday, October 4, 2018

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN DG41

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN DG41

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memohon jawatan berikut :-
Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Bidang : Bahasa Arab, Pendidikan Agama Islam, Al-Quran dan SPM/Umum
Kod Skim : 3DD02
Jabatan : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Pendidikan)
Klasifikasi Perkhidmatan : Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji : Gred DG41
Syarat Kelayakan : 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf.

Taraf jawatan : 
Tetap

Pemohon yang ingin mengisi borang SPNTRe hendaklah melayari laman web di alamat http://spn.terengganu.gov.my

Tarikh tutup :
17 Oktober 2018

Makluman :

  1. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga
  2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh akhir temu duga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya

Wednesday, October 3, 2018

Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Negeri Terengganu 2018

Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Negeri Terengganu 2018

Kelab Surgeri Terengganu (KESTER) dengan kerjasama Jabatan Pembedaha Am, Hospital Sultanah Nur Zahirah akan menganjurkan "Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Negeri Terengganu 2018" pada 23,24 dan 27 Oktober 2018
 Saringan payudara percuma akan disediakan pada :-
Tarikh : 23 Oktober 2018
Masa : 8 pagi - 5 petang
Tempat : Klinik Pembedahan Am, Kompleks Rawatan Harian, HSNZ
 Manakala pada 23 dan 24 Oktober 2018 akan diadakan pameran-pameran berkaitan kanser payudara dan gerai-gerai jualan yang juga bertempat di perkarangan Kompleks Rawatan Harian HSNZ

Karnival Pink akan berlangsung pada 27Oktober2018 dari 7 pagi hingga 5 petang di dataran Batu Burok. Antara aktiviti yang menarik adalah :-

  • Pink Run 5km terbuka kepada semua yang berumur 13 tahun ke atas
  • Pertandingan mewarna terbuka kepada 50 orang kanak kanak berumur 8tahun ke bawah, hadiah menarik disediakan untuk para pemenang
  • Persembahan dari kumpulan nasyid HSNZ
  • Forum tentang kanser payudara daripada panel-panel yang professional
  • Pameran-pameran dan gerai-gerai jualan
  • Cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik