IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, March 28, 2020

KUTIPAN DERMA UNTUK TABUNG BANTUAN COVID-19 TERENGGANU

Bagi meringankan kesusahan dan kesukaran yang dihadapi oleh semua golongan ketika Wabak Covid19 ini, Pihak Kerajaan Negeri telah melancarkan "Tabung Bantuan Covid-19 Terengganu" sebagai  satu platform untuk orang ramai atau syarikat menyalurkan sumbangan.
Sumbangan ini juga boleh disalurkan melalui Tetuan Akauntan Negeri Terengganu di :

Akaun Bank Islam Malaysia (BIMB) - 13017010034566 
atau melalui
Cek atas nama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai dengan tatacara garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Thursday, March 26, 2020

HEBAHAN 2 : KES PENIPUAN BELIAN ATAS TALIAN (ONLINE) - COVID-19

Peningkatan kes penipuan penjualan topeng muka di laman sosial meningkat dengan mendadak dan membimbangkan. PDRM menasihatkan pembeli supaya berhati-hati ketika membuat pembelian atas talian terutamanya pembelian topeng muka.

HEBAHAN 1 : KES PENIPUAN BELIAN ATAS TALIAN (ONLINE) - COVID-19

PDRM menasihatkan orang ramai berhati-hati ketika membuat pembelian topeng muka di laman sosial untuk mengelakkan dari ditipu. Semak akaun bank di aplikasi "Check Scammer CCID" atau laman web "semakmule" sebelum membuat transaksi.

Tuesday, March 24, 2020

HEBAHAN: MAKLUM BALAS MAJLIS TINDAKAN EKONOMI (EAC)


MAKLUM BALAS MAJLIS TINDAKAN EKONOMI (EAC)

Kerajaan telah menubuhkan satu platform khusus untuk orang ramai dan sektor swasta untuk berkongsi maklum balas bagi menstabilkan dan mengukuhkan ekonomi negara khususnya dalam menghadapi pendemik Covid-19.

Maklum balas yang dikemukan akan diperincikan untuk dijadikan input kepada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi.

Kongsikan maklum balas anda kepada sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi melalui www/mea.gov.my/ms/ekonomikita

Monday, March 23, 2020

TAWARAN PENGAMBILAN IKBN WAKAF TAPAI

TAWARAN PENGAMBILAN IKBN WAKAF TAPAI SESI JULAI 2020
Dibuka mulai 24 Februari - 31 Mac 2020
Permohonan Melalui : http://upu.moe.gov.my

Kursus Yang Ditawarkan
- Sijil Lanjutan Teknologi Mekalnikal
-Sijil Teknologi Elektrik
-Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik
-Sijil Teknologi Awam
-Sijil Lanjutan Teknologi Awam
-Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil

Syarat Pengambilan
-Warganegara Malaysia
-SPM {sekurang-kurangnya PMR}
-Belum Berkahwin
-Sihat Fizikal & Mental
-Berumur 18-30 Tahun

Kemudahan Yang disediakan
-Yuran Pengajian Minima
-Elaun Bulanan
-Asrama & Makan Percuma
-Fasiliti Sukan
-Peluang Pekerjaan yang Tinggi

Monday, March 16, 2020

KOKITAB MENAGGUHKAN MESYUARAT AGUNG KAWASAN KALI KE-18 TAHUN 2020

Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB) bersetuju untuk menangguhkan semua mesyuarat agung kawasan kali ke-18 tahun 2020 di kawasan yang melibatkan Zon Tengah Satu, Zon Tengah Dua dan Zon Tengah Tiga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudaian.

CARA PENYEBARAN COVID-19


CARA PENYEBARAN

1)Pembawa Virus

2)Bercakap @ Batuk @ Bersin
Apabila Seseorang Yang Dijangkiti Tidak Mengamalkan Etika Batuk Atau Bersin  Yang Betul, Titisan Air Liur Atau Cecair Daripada Badan Pesakit.

3)Titisan Air Liur @ Cecair
Rembesan Terbabit Akan Melekat Pada Sebarang Permukaan Seperti Meja.

4) Memegang Sesuatu Permukaan @ Bersalam.
Orang Yang Tidak Dijangkiti Yang Menyentuh Permukaan Yang Terdapat Rembesan Terbabit Dan Menyapu Pada Rongga Tubuh Seperti Hidung. Berlakulah Transmisi Atau Penyebaran.

5)Akan Menjangkiti Orang Lain

KAPSUL: DARI MANA BERMULANYA COVID-19?

Apa itu Novel Coronavirus? Coronavirus adalah keluarga virus besar yang menyebabkan pelbagai penyakit daripada selesema seterusnya pneumonia hinggalah ke penyakit lebih teruk seperti simptom berkaitan dengan MERS-Cov dan SAR-Cov.

Virus ini boleh menyerang haiwan dan manusia dimana boleh menular dari manusia ke manusia lain.

Virus ini yang dikenalpasti merebak dari Wuhan, China kembali pada tahun 2019 dinamakan sebagai NCov-19 dimana sebelum ini pernah berlaku pada tahun 1960.

Novel Coronavirus merupakan spesis baru yang belum pernah ditemui oleh manusia dan berpotensi untuk menyebabkan penyakit teruk dan kematian.

Merujuk kepada World Health Organization (WHO), cara jangkitan virus ini kepada manusia masih belum dikenalpasti.

Namun setakat ini, masih belum ada vaksin untuk pesakit Coronavirus.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penularan virus Coronavirus (NCov-19) di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) http://www.moh.gov.my/

SIMPTOM SIMPTOM CORONAVIRUS (COVID-19)


SIMPTOM-SIMPTOM 

1)Demam yang melebihi suhu 38 celsius, dan melebihi 3 hari.

2) Batuk, Sesak Nafas, Demam dan Radang Paru-paru.

3)Batuk dan sesak nafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari bercuti ke Luar Negara.


PERBEZAAN ANTARA ENDEMIK, EPIDEMIK DAN PANDEMIK.


Sejauh manakah kefahaman anda mengenai endemik, epidemik, dan pandemik?

Endemik wujud dalam masyarakat setempat dengan kadar yang stabil serta rendah seperti tahun tahun sebelumnya. Sebagai contoh, penyakit denggi.

Epidemik dikenali sebagai penularan wabak bagi penyakit tertentu meningkat melebihi daripada kadar biasa dimana mula menjangkiti jumlah individu yang ramai pada satu tempoh tertentu.

Pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang skop yang lebih besar dan tidak terhad kepada satu komuniti sahaja dimana boleh melangkaui sempadan benua atau mungkin seluruh dunia jika dibiarkan melarat dan mampu membunuh ramai orang dalam masa yang singkat.

Pada 11 Mac 2020, Penubuhan Kesihatan Sedunia, World Health Organization (WHO), menyatakan Coronavirus diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik.



APA ITU COVID-19


Coronavirus atau lebih dikenalpasti sebagai COVID-19 merupakan virus baharu yang dipercayai mula merebak dari Negara China di Wuhan dan dipercayai berpunca daripada haiwan.

Dan kini telah merebak di beberapa Negara termasuk Malaysia dengan catatan kes yang semakin meningkat disahkan positif virus Covid-19 setakat Mac 2020. Apakah simptomnya?

Jika anda baru pulang dari melancong ke luar Negara, dan mengalami demam, batuk dan selesema, segeralah ke pusat kesihatan berdekatan.
Langkah pencegahan boleh diambil dengan menangguh perjalanan percutian anda ke Negara yang disyaki sedang menular virus Covid-19.
Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung dan membasuh tangan setiap kali sebelum dan selepas melakukan aktiviti.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penularan virus Covid-19 di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) http://www.moh.gov.my/

Monday, March 9, 2020

PROGRAM WALIMATUL URUS PERDANA TAHUN 2020

Kerajaan Negeri Terengganu mempelawa rakyat terengganu yang berminat untuk menyertai Program Walimatul Urus Perdana 2020.
Boleh memuat turun borang permohonan di laman sesawang Yayasan Pembangunan Terengganu iaitu, http;//www.ypkt.gov.my dan hantar borang permohonan ke Pejabat YPK daerah masing-masing sebelum 15 Mei ini.

Syarat Permohonan:
1. Rakyat Negeri Terengganu.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Perkahwinan adalah kali pertama.
4. Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal.
5. Pendapatan pemohon adalah RM3 000 ke bawah.
6. Pendapan IbuBapa pemohon RM5 000 ke bawah.
7. mendapat restu kedua ibu bapa.
8. Lulus Pra-perkahwinan.
9. akad nikah akan dijalankan beramai-ramai.
10. Resepsi akan diadakan pada 25 Julai 2020.

Keputusan panel pemilih adalah muktamad.
Pelbagai faedah disediakan.

Sunday, March 8, 2020

PROGRAM FESTIVAL KRAF KEBANGSAAN 2020

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Negeri Terengganu akan menganjurkan Festival Kraf Kebangsaan bersempena bulan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2020 bertempat di Mesra Mall, Kemasik, Kemaman bermula 13 hingga 21 Mac 2020.

"Semua Dijemput Hadir"

Saturday, March 7, 2020

PERMOHONAN SECARA ONLINE KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan permohonan kemasukan murid ke kelas prasekolah bagi tahun 2021 secara atas talian oleh ibu bapa/ penjaga mulai 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020.

Syarat kemasukan adalah seperti berikut :

1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.

2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017 sahaja yang layak memohon.

3. Permohonan dibuat melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my

4. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020.

5. butitan lanjut boleh merujuk laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my atau menghubungi sekolah-sekolah yang melaksanakan kelas prasekolah KPM.

Thursday, March 5, 2020

SETIU WETLANDS OPEN DAY



Semua Dijemput Hadir !!!!

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DAN WAYANG KULIT


MAJLIS PERASMIAN SETIU WETLAND OPEN DAY

Tarikh : 7 Februari 2020 (Ahad)
Masa : 2.00 petang
Tempat :
Perkarangan Pusat Penerangan Pelancongan,
Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu


Semua Dijemput Hadir !!!

Wednesday, March 4, 2020

PROGRAM SAYANGI PANTAI KITA

UNiSZA di bawah badan Kor Khidmat masyarakat akan menganjurkan program SAYANGI PANTAI KITA mengikuti ketetapan berikut.

Tarikh   : 7 Mac 2020 (Sabtu)
Masa     : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu 
Aktiviti : Senamrobik
              : Gotong Royong


Semua Dijemput Hadir
"Bersama Kita Menjaga dan Memelihara Keindahan Pantai Negeri Kita"

Sunday, March 1, 2020

PEMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021 DAN 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan permohonan penempatan kanak-kanak ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2021 dan 2022 secara dalam talian oleh ibu bapa/penjaga.


Berikut adalah syarat-syarat permohonan.

i) Kanak-kanak Warganegara Malaysia sahaja.

ii) Kanak-kanak yang lahir pada 2 januari 2014 hingga 1 januari 2015 untuk sesi persekolahan sesi 2021.

iii) Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016 untuk sesi persekolahan 2022.

iv) Permohonan dibuat secara online di laman sesawang https://public.moe.gov.my.

v) tempoh permohonan bermula 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020.

Butiran lanjut boleh merujuk kepada laman sesawang https://public.moe.gov.my atau menghubungi sekolah yang berkenaan.

INTERNATIONAL CONFERENCE ON TEACHER EDUCATION 2020

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu dan Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu akan menganjurkan seminar International Conference Teaching Education 2020.

Tarikh : 18-19 Mac 2020
masa : 8.30 Pagi - 5.00 petang

Semua dijemput hadir.