IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, November 27, 2018

 PROGRAM MEMPERINGATI ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU)


TARIKH:  SELASA 4 DISEMBER 2018 BERSAMAAN 26 RABIUL AWAL 1440 HIJRAHMASA: 2.30 PETANG TEMPAT: DEWAN KONVENSYEN TAMAN TAMADUN ISLAM KUALA TERENGGANU

ANTARA PROGRAM MENARIK YANG DIADAKAN:
  • FORUM ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU
  • TAYANGAN VIDEO ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU)

MAJLIS DI RASMIKAN OLEH:



  • YAB DR  AHMAD SAMSURI MOKHTAR 
          MENTERI BESAR TERENGGNANU

ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR!!๐Ÿ˜Š

Monday, November 26, 2018

PROGRAM MEMPERINGATI ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU)

 PROGRAM MEMPERINGATI ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU)


TARIKH:  SELASA 4 DISEMBER 2018 BERSAMAAN 26 RABIUL AWAL 1440 HIJRAHMASA: 2.30 PETANG TEMPAT: DEWAN KONVENSYEN TAMAN TAMADUN ISLAM KUALA TERENGGANU

ANTARA PROGRAM MENARIK YANG DIADAKAN:
  • FORUM ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU
  • TAYANGAN VIDEO ITQANUL MULUK BI TAKDIL AS-SULUK (UNDANG-UNDANG TUBUH BAGI DIRI KERAJAAN TERENGGANU)


ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR!!๐Ÿ˜Š

Wednesday, November 14, 2018

MAJLIS KONVOKESYEN DAN ANUGERAH CEMERLANG

MAJLIS KONVOKESYEN DAN ANUGERAH CEMERLANG PROGRAM BIMBINGAN SENI BUDAYA SESI 2017/2018


Jabatan Kebuyaan dan Kesenian Negera, Terengganu melalui Bahagian Bimbingan Seni Budaya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu akan mengadakan Majlis Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang Program Bimbingan Seni Budaya Sesi 2017/2018 pada:-

Tarikh: 18 November 2018
Tempat: Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negera, Terengganu

Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan sempena Majlis Konvokesyen Dan Anugerah Cemerlang Program Bimbingan Seni Budaya Sesi 2017/2018 dikalangan pelajar-pelajar Kelab Tunas Budaya (KTB) dan Kelab Giat Budaya (KBG) yang mengikut bidang seni antaranya adalah :-

  • Persembahan Silat pembukaan (Bidang Silat) SK. Simpang Rawai, Marang
  • Tarian Tualang Tiga (Bidang Tari) SK. Rantau Petronas, Kemaman
  • Persembahan Teater (Bidang Teater) SK. Merchang, Marang
  • Persembahan Silat (Bidang Silat) SM. Agama Al-Falah, Kemaman
  • Persembahan Lagu Rakyat (Bidang Seni Berbahasa) SKM. Sultan Omar, Dungun
  • Persembahan Gasing (Bidang Gasing) SMK. Belara, Kuala Terengganu
  • Persembahan Tarian Zapin dan Joget Terengganu (Bidang Tari) SK. Rantau Petronas, Kemaman
Maklumat lanjut boleh hubungi 
๐Ÿ“ฑ Rosmadi bin Abdul Rahim (018-7777485, 09-6178831, atau 09-6178834)

Tuesday, November 13, 2018

SAMBUTAN HARI JANTUNG & DIABETES

SAMBUTAN HARI JANTUNG & DIABETES PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2018


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganuakan menganjurkan Sambutan Hari Jantung & Diabetes Peringkat Negeri Terengganu pada:-

Tarikh: 15 November 2018
Masa:   7:30 pagi hingga 1:00 petang
Tempat:Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, berhadapan Pasaraya Giant, Kuala Terengganu.

Program ini akan disempurnakan oleh Dr. Haji Mohd bin Jusoh, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu. Program ini melibatkan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat bermula dari kanak-kanak, remaja, orang dewasa, dan keluarga. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat tentang penyakit tidak berjangkit terutamanya jantung dan diabetes.

Pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik di booth pameran yang disediakan, antara booth tersedia adalah seperti:-

  • My Hess Test
  • Meh Ubat Anda
  • Demonstrasi Masakan Sihat
  • Rokok Membunuh
  • Fitness Zone
  • Sayangi Jantung: "Dari Hatiku ke Hatimu"
  • Cakna Diabetes
Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah:-

  • Netball Shooting
  • Soccer Shooting
  • Senamrobik
  • Sembang Santai
  • Pemeriksaan kesihatan PERCUMA
Cabutan bertuah menanti anda! Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Datanglah beramai-ramai ๐Ÿ˜

Monday, November 12, 2018

PERMOHONAN JAWATAN

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI WAKIL MALAYSIA KE SURUHANJAYA ANTARA KERAJAAN ASEAN MENGENAI HAK ASASI MANUSIA (AICHR) 2019-2021


Sukacita dimaklumkan bahawa, bahagian Sekretariat Kebangsaan, ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar Negeri menjemput rakyat Malaysia untuk memohon jawatan sebagai Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) untuk tahun 2019-2021.

Untuk mereka yang berkelayakan dan berminat untuk memohon boleh mendapatkan maklumat berkaitan di laman sesawang http://www.kln.gov.my . 

Tarikh tutup → Permohonan pada 15 November 2018

Sunday, November 11, 2018

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN ARUMUGAM PILLAI NIBONG TEBAL

PELUANG LATIHAN KEMAHIRAN PERCUMA PENGAMBILAN SESI JANUARI 2019

Sukacita dimaklumkan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal, telah membuka peluang latihan kemahiran secara percuma bagi sesi Januari 2019.

Kemasukan ke institut adalah PERCUMA dan tiada sebarang yuran pengajian dikenakan kepada pelajar. Selain itu, intitut ini merupakan pusat kecemerlangan kemahiran bagi kursus kemahiran percetakan dimana pasaran kerja bagi kursus ini adalah sangat tinggi.

 Antara kursus latihan percuma yang ditawarkan pada sesi Januari 2019 adalah :-

  • 3.1 Teknologi Percetakan (Cetak) - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2&3
SYARAT:
- Tamat Tingkatan 5
- Boleh Membaca, Menulis & Mengira
- Had Umur 17 Tahun hingga 35 Tahun

  • 3.2 Teknologi Automotif - Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
- Elaun RM100.00 setiap Bulan
- Makan Percuma
- Asrama Percuma
- Yuran Pengajian Percuma

๐Ÿ“ฑ017-9610615
๐Ÿ“ฑ019-5730868
๐Ÿ“ฑ016-5129907

Sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh menghubungi pengawai berikut:-
๐Ÿ“ฑPn. Siti Normas Bt Hassan (04-5956019/siti_normas@ilpapnt.gov.my)
๐Ÿ“ฑPn. Nurhayani Bt Ismuel@Esmail (04-5956022/nurhayani@ilpapnt.gov.my)
๐Ÿ“ฑEn. Halim Bin Hashim (04-5956015/halimhashim@ilpapnt.gov.my)

Untuk maklumat lanjut dan permohonan juga boleh di muat turun di laman web institut di www.ilpapnt.gov.my atau melalui laman Facebook rasmi institut iaitu Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai 

Saturday, November 10, 2018

JALINAN MESRA AHLI KUPEKMAS NEGERI TERENGGANU DAERAH DUNGUN

MAJLIS JALINAN MESRA AHLI KUPEKMAS NEGERI TERENGGANU DAERAH DUNGUN BERSAMA PRESIDEN KUPEKMAS

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Jalinan Mesra Ahli Kupekmas akan mengadakan program seperti di atas. 

Tarikh: 22 November 2018
Tempat: Dewan Perpaduan Dungun Jalan Nibong, 23000 Dungun Terengganu, Terengganu
Masa: 8:00 pagi hingga 1:00 petang


Semua ahli kupekmas di jemput hadir serta semua persara-persara yang belum menjadi ahli juga di jemput hadir. Kaunter untuk pendaftaran kupekmas akan di buka, bagi pesara-pesara yang mahu menjadi ahli sila bawa :-
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pesara
  • Yuran Keahlian RM40.00 seumur hidup
Banyak keistimewaan menjadi ahli Kupekmas seperti :-
  1. Khairat Kematian RM1000
  2. Sagu hati masuk wad RM200
  3. Kuota haji
  4. Lawatan/Seminar dll
Hadiah kehadiran yang sangat menarik disediakan, makan pagi dan petang di sediakan.

INTISARI BELANJAWAN 2019

INTISARI BELANJAWAN 2019

BERKAITAN ISLAM & BUMIPUTERA
  1. Kerajaan  memperuntukkan sebanyak RM1.2 billion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar islam tidak terjejas.
  2. RM150 juta lagi disediakan untuk laksana program pembinaan masjid dan surau serta modul pembelajaran agama gunakan Braille.
  3. RM125 juta diperuntukkan kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan sekolah pondok berdaftar.
  4. Penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam diketuai oleh Kementerian Kewangan.
  5. Penjawat awam diberikan 7 hari cuti tanpa rekod bagi menunaikan umrah.
  6. Bank Pembangunan (Islamic Bank) mendapat dana RM500 juta untuk membantu teksi dan syarikat bas membuat pembiayaan hanya pada 2 peratus kadar keuntungan.
  7. Potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan kos tambahan sewaktu terbitan Sukuk di bawah prinsip Wakalah dan Ijarah.
INSIATIF UNTUK BUMIPUTERA
  1. Biasiswa & pinjaman pelajaran sehingga 3.8 bilion melalui agensi kerajaan. RM2 bilion daripadanya adalah untuk BUMIPUTERA.
  2. Peruntukan RM210 juta sebagai agenda pemerkasaan pendidikan BUMIPUTERA.
  3. EXIM Bank (sebuah perbankan Islam-untuk semua pembiayaan barunya) perolehi dana RM2 bilion untuk bantu PKS
  4. 100 Juta diberikan kepada syarikat PKS bagi mengembangkan industri halal.
  5. Dana khas bagi skim pembiayaan patuh syariah untuk eksport produk halal sebanyak RM 1 bilion, kadar keuntungan kecil iaitu 2 peratus.
  6. PUNB iaitu sebuah agensi 100 peratus patuh syariah memperolehi dana sebanyak RM 200 juta dan TEKUN memperolehi sebanyak RM 100 juta.
POTONGAN DAN PENGECUALIAN CUKAI

       1. Potongan cukai perbelanjaan yang ditanggung syarikat semasa terbitan sukuk runcit untuk 
           3 tahun tafsiran mulai tahun 2019.
       2. Potongan cukai buat majikan yang membantu membayarkan hutang PTPTN pekerja sepenuh               masanya, dengan syarat syarikat tidak menuntut kembali dari pekerjanya.
       3. Perlepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 keatas caruman KWSP dan RM3,000 ke atas
           takaful kesihatan.
       4. Diskaun sehingga 15 peratus bagi bayaran awal PTPTN.
       5. Hapus kira baki hutang peminjam berusia 60 tahun yang berpendapatan kurang RM 4000
       6. Potongan cukai korporat dari 18 peratus daripada 17 peratus bagi syarikat Perusahaan Kecil                 Sederhana pendapatan bawah RM 5000,00 dan juga yang modal berbayar RM2.5 juta                           kebawah.
       7. Sistem kredit untuk potongan cukai jualan bagi pengilang kecil mulai 1 januari 2019.
       8. Pengecualian duti setem bagi pembeli rumah pertama untuk harga rumah RM 300,000 yang                 pertama.
       

SUBSIDI DAN BANTUAN UNTUK RAKYAT YANG MEMERLUKAN

  1. Subsidi bil elektrik bulanan RM 40 ke bawah, ini membantu golongan miskin tegar. 
  2. Subsidi minyak bersasar kepada pemilik kenderaan 1500 cc (dapat 30 sen seliter dengan  maksimum 100 liter) ke bawah dan motorsikal kapasiti enjin 125 cc (maksimum 40 liter). kadar maksimum diperlukan bagi mengelakkan di salahgunakan.
  3. Potongan majikan caruman majikan dikurangkan kepada 4 peratus kepada pekerja berusia 61-65 tahun, dan tidak perlu pekerja usia tersebut mencarum KWSP bagi meningkat wang bolehguna bulanan mereka sambil menggalakan syarikat memberi peluang warga emas produktif untuk bekerja.
  4. Bagi kumpulan B40, ada nikmat perlindungan percuma ke atas empat jenis penyakit kritikal sehingga RM 8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital.
  5. Bantuan RM1000 bagi keluarga berpendapatan RM2000 ke bawah.
  6. RM120 bagi setiap anak berumur 18 tahun ke bawah sehingga anak keempat akan dapat bantuan ini. Manakala anak OKU terus mendapat bantuan tanpa mengira had umur. perkara ini bagi pendapatan isi rumah kurang daripada RM2000.
  7. Pinjaman rumah pada kadar 3.5 peratus untuk golongan berpendapatan RM2300 ke bawah bagi rumah berharga RM150,000 ke bawah sahaja.
  8. Pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan meliputi rel dan bas, dan juga pas RM50 bagi rapid KL sahaja.
  9. Bonus RM 500 bagi penjawat awam gred 54 ke bawah.

PELBAGAI BANTUAN

  1. Pegawai lantikan kontrak perkhidmatan awam sekitar 30,00 orang akan menikmati kemudahan tetap seperti penjawat tetap.
  2. Kenaikkan gaji minimum kepada RM1,100 seluruh Malaysia.
  3. Aplikasi Price Cather sebagai platform pemantauan harga barangan melalui perkongsian data. Perkara ini membantu meningkatkan info tepat buat pengguna dan kerajaan.
  4. Syarikat besar dan tersenarai dikenakan peraturan baru agar merapatkan jurang gaji dengan memaparkan laporan nisbah gaji tertinggi dan terendah. Tindakan lanjut akan diambil kemudiannya.
  5. Saringan kesihatan kanser payudara, vaksinasi HPV dan pap smear secara percuma di hospital dan klinik kerajaan.
  6. Semua restoran dan kedai makan, kawasan 'bebas rokok'
  7. Kaedah 'Zero Based Budgetting' diperkenalkan bagi menambah keefisyenan, kecekapan dan penjimatan
  8. Tambahan pegawai SPRM sehingga 100 orang bagi meningkatkan keberkesanan menangkap perasuah.
  9. Cukai judi telah dinaikan. Sebarang tindakan yang kurang mesra industri perjudian adalah suatu inisiatif baik.
  10. Wujud sekurang-kurangnya dua akta baru bagi mengawal kerajaan dalam menambah hutang dan perbelanjaan besar kerajaan. Manakala satu lagi akta perolehan bagi mengawal proses pembekalan bagi mengelakkan rasuah, menggalakan persaingan sihat dan menambahbaik urusan tender untuk mengelakkan ketirisan. 
      

Wednesday, November 7, 2018

SKIM BANTUAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG)

SKIM BANTUAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG) KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH 

Lembaga Getah Malaysia menyalurkan skim bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada pekebun kecil getah supaya dapat meneruskan aktiviti menoreh sewaktu harga rendah di pasaran.

Jualan sekerap untuk Bulan Oktober 2018 akan dibayar sebanyak 20sen/kg. Pemilik atau penoreh boleh menuntut melalui pelesen getah atau datang sendiri ke Pejabat LGM di Batu Buruk, Kuala Terengganu ataupun di Pejabat LGM Kg Tok Dor di Besut dengan membawa :

  1. Resit jualan rasmi bagi bulan Oktober 2018
  2. Kad Pat-G berwarna hijau (LGM)
  3. Salinan buku bank
#Bantuan diberi kepada siapa yang keluarkan hasil getah sahaja.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Nov 2018

TELEFON LGM KUALA TERENGGANU - 09-6301650
TELEFON LGM BESUT KG TOK DOR - 09-6921872

Sunday, November 4, 2018

PERTANDINGAN PIDATO PERTUBUHAN PIALA SINERGI

PERTANDINGAN PIDATO PERTUBUHAN PIALA SINERGI JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2018


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Terengganu membawakan kepada anda Pertandingan Pidato Pertubuhan Piala Sinergi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2018 yang akan diadakan pada :-

Tarikh : 19 November 2018
Tempat: Auditorium Mahyuddin, Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim, Universiti Malaysia Terengganu
Masa:     8:30pagi hingga 5:00petang
Tarikh Tutup Penyertaan Adalah pada 14 November 2018


  • Terbuka kepada semua yang berkhidmat (sektor awam dan swasta) di negeri Terengganu yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Peserta hendaklah memilih satu (1) tajuk sahaja untuk dipertandingkan.
  • Setiao pemidato diberi masa selama tujuh (7) minit untuk berpidato.
  • Pidato hendaklah disampaikan dalam bahasa Melayu sahaja.
๐Ÿ˜ผ MARI SERTAI KAMI DAN REBUT PELUANG UNTUK MEMENANGI HADIAH BERJUMLAH RM1,000.00!! ๐Ÿ˜ผ

Apa tunggu lagi ? Jom la daftar sekarang!
Untuk membuat pendaftaran boleh klik link di bawah :-

Untuk Keterangan Lanjut, boleh hubungi 
๐Ÿ“ฑCall 09-6265885/6886
๐Ÿ“  Fax 09-6267887

Thursday, November 1, 2018

SAYEMBARA PANTUN PIALA NUSANTARA

SAYEMBARA PANTUN PIALA NUSANTARA UniSZA 2018 (SAPPNA'18)




Universiti Sultan Zainal Abidin menerusi kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dan Pusat Kesenian & Warisan (PKW) akan menganjurkan Sayembara Pantun Piala Nusantara (SAPPNA) pada 7 hingga 10 November 2018.

Tujuan utama penganjuran sayembara pantun ini adalah untuk memartabatkan lagi seni pantun warisan Melayu

Program ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :- 
  • Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  • Terbuka (awam dan swasta)
  • Sekolah Menengah
Program ini turut mengalu-alukan kehadiran orang awam sebagai penonton.