IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, December 29, 2019

PERTANDINGAN VIDEO INSTA VM2020 TERENGGANU

BEAUTIFUL TERENGGANU

Hadiah Pertama
RM700

Hadiah Kedua
RM500

Hadiah Ketiga
RM300

Hadiah Saguhati
RM100
RM100

RM100

Syarat- syarat :

1. Video pendek berdurasi 45-60 saat.
2. Dimuatnaik di Instagram.
3. Instagram perlu public.
4. Logo VM2020 dan BTM wajib ada.
5. Memaparkan mana mana lokasi pelancongan Terengganu .
6. Boleh berbentuk video host/vlog/montaj.
7. Video mengajak pelancong datang ke Terengganu.
8. Minima 1 video dan maksima 3 video insta bagi setiap pemilik akaun insta.
9. Letak hashtag wajib iaitu #vm2020 #beautifulterengganumalaysia #terengganumajuberkatsejahtera dan tag ig @amazingterengganu dan @beautifulterengganumalaysia

Tarikh pertandingan :
31 Disember 2019 - 10 Januari 2020

Tarikh umum pemenang :
14 Januari 2020

#vm2020terengganu
#beautifulterengganumalaysia

PROGRAM SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2020 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

JABATAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU (TOURISM TERENGGANU)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera !

Anda semua dijemput bagi memeriahkan Program Sambutan Ambang Tahun Baru 2020 Peringkat Negeri Terengganu :

Tarikh : 31 Disember 2019 (Selasa)
Masa : 7:30 petang - 12:00 tengah malam
Tempat : Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu

Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan antaranya :

Solat Hajat Perdana & Forum Perdana Tahun Baharu
Tarikh : 31 Disember 2019
Masa : 7:30 malam
Tempat : Duyong Marina & Resort

*Dikendalikan oleh Ustaz Haslin Baharim & Ustaz Abdullah Khairi

Pelancaran Kalendar Aktiviti Pelancongan Negeri Terengganu COE 2020
Tarikh : 31 Disember 2019
Masa : 10:00 malam
Tempat : Duyong Marina & Resort

Countdown & Gimik Pelancaran Mega Melawat Malaysia
Tarikh : 31 Disember 2019
Masa : 11:20 malam
Tempat : Foyer Bangunan Duyong Marina & Resort

Sesi Ramah Mesra Bersama Ikon Terengganu
1. Johan Tilawah Al-Quran
2. Pasukan Bola Sepak Terengganu
3. Pasukan Hoki Terengganu
4. Pasukan Basikal TSG
5. Apex Mentor Millenia

Banyak lagi aktiviti menarik yang akan diadakan. Jadi jangan lupa datang beramai-ramai !!!

Sunday, December 22, 2019

PERJUMPAAN SILATURAHIM WARGA KAMPUNG TANJUNG

KOMUNITI KAMPUNG TANJUNG, KUALA TERENGGANU

Makluman kepada semua anak jati Kampung Tanjung atau yang pernah menetap di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, anda dijemput ke Perjumpaan Silaturahim Warga Kampung Tanjung, Kuala Terengganu :

Tarikh : 25 Disember 2019 (Rabu)
Masa : 1.30 tengah hari
tempat : Dewan Sivik Kampung Paya, Kuala Terengganu

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan nombor berikut :

Pok Lang : 013-931 7885
Haji Bob : 013-901 7109
Haji Mohd Zeli : 019-667 2092



Wednesday, December 18, 2019

PROGRAM BESUT FEST 2019

Pejabat Daerah Besut dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan mengadakan:

Perkara  :    Program Besut Fest 2019
Tarikh    :    24 hingga 31 Disember 2019
Tempat   :    Dewan Kota Putera Square, Kampung Raja, Besut

Besut Fest 2.0 ini merupakan kesinambungan daripada program Besut Fest 1.0 yang diadakan pada November 2018 dan telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengunjung.

Tema Besut Fest 2.0 

  • Perkhidmatan Agensi
  • Keriangan Kanak-kanak
  • Kebudayaan & Kesenian
  • Program Keagamaan
  • Riadah
Antara Program Dan Aktiviti
  • Persembahan Kesenian & Kebudayaan
  • Pameran Jabatan Kerajaan Dan Agensi Swasta
  • Gerai-gerai Jualan
  • Mini 'Fun Fair'
  • Pertandingan-pertandingan bersama masyarakat seperti Dart, Mewarna, Doodle, Funride Amal & Dam Aji

Terdapat juga cabutan bertuah menanti. Ayuh datang beramai-ramai

Saturday, December 14, 2019

SKIM HAFAZ AL-QURAN DEWASA TERBUKA NEGERI TERENGGANU PENGGAL PERTAMA TAHUN 1441H/2020M

JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU
PUSAT PENTADBIRAN ISLAM NEGERI

Skim Hafaz Al-Quran Dewasa Terbuka Negeri Terengganu
Penggal Pertama Tahun 1441H/2020M

Adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan menyertai program ini sebagaimana berikut :

1. Beragama Islam
2. Rakyat Negeri Terengganu yang bermastautin di negeri ini.
3. Tahap minima hafaz adalah tidak kurang dari 7 juzu' pertama mengikut susunan mashaf.
4. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 29 tahun bagi mereka yang memohon tahap di bawah 30 juzu'.
5. Seseorang yang berumur 30 tahun dan ke atas hendaklah memasuki tahap 30 juzu'.
6. Mana-mana pelajar dan Lulusan Maahad Taafiz atau mana-mana Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran atau yang seumpama dengannya yang ingin menyertai ujian hendaklah memasuki ujian tahap 30 juzu'.
7. Bersedia dan sanggup memberi sumbangan sukarela di Negeri Terengganu sahaja iaitu di tempat-tempat yang diarahkan atau dipersetujui oleh jabatan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Penyertaan masyarakat/kanak-kanak (pelajar-pelajar tuan/puan) dalam sumbangan tersebut hendaklah melebihi 15 orang. Sumbangan bermaksud :

a. Pengajian Kelas Al-Quran.
b. Kelas Fardhu Ain.
c. Mengajar Bahasa Arab.
d. Mengajar Ilmu Tafsir Al-Quran, Tajwid, Feqah dan lain-lain.

8. Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui borang JHEAT/D 2020 yang boleh didapati dari Pejabat Agama Daerah masing-masing dan juga boleh dimuat turun melalui laman web
http://jheatweb.terengganu.gov.my/
Untuk keterangan lanjut boleh berhubung di talian 09-6252525.



Wednesday, December 11, 2019

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2019

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sedang membuka permohonan dan pengemaskinian maklumat untuk bantuan musim tengkujuh bagi tahun 2019. Pekebun kecil dan penoreh getah diminta hadir ke Pejabat Risda untuk membuat permohonan.


Sila layari www.risda.gov.my untuk sebarang syarat bantuan dan http://webapp3.risda.gov.my untuk semakan status permohonan.


Hubungi
03-42564022 untuk maklumat lanjut, Tarikh tutup sebelum 15 Disember 2019

Saturday, December 7, 2019

MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN KURSUS SIJIL SAINS KEBOMBAAN SIRI 1/2019

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang Terengganu akan mengadakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan bagi Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2019 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada :-

Tarikh   : 17 Disember 2019 (Selasa)Masa      : 8.00 pagiTempat  : Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Marang,                              Terengganu

Perbarisan ini melibatkan seramai 689 orang pelatih Pegawai Bomba Gred KB19 dari seluruh negara.

Wednesday, December 4, 2019

PERUBAHAN MAKLUMAT MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ AL - QURAN TERENGGANU

Kolej Al-Quran Terengganu akan mengadakan:-


Perkara  : Majlis Perisytiharan Presiden dan Imaratul Ilmi Konvokesyen Ke-1 Kolej                      Al-Quran Terengganu
Tarikh    : 14 Disember 2019
Tempat  : Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
Masa      : 7.30 pagi hingga 2.00 petang


Tuesday, December 3, 2019

KARNIVAL HALAL TERENGGANU DAN INFOKRAF PENJARA ZON TIMUR 2019

JABATAN HAL EHWAL AGAMA NEGERI TERENGGANU dan PENJARA MARANG dengan kerjasama YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU (YPU).

Program : Karnival Halal Terengganu & Infokraf Penjara Zon Timur 2019
Pada : 5 hingga 8 Disember 2019
Tempat : Pusat Dagangan Terengganu (TTC)
Masa : 10.00 pagi - 10 malam

Antara aktiviti yang akan berlangsung adalah Seminar halal, Pertandingan mewarna, Taklimat niaga ke Australia bersama ikon usahawan dan pameran dan jualan produk hasil kraf banduan.

Monday, December 2, 2019

PENJAGAAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN SEMASA BANJIR

> Pastikan anda minum air yang telah dimasak atau air minuman yang telah dibotolkan.

> Sentiasa makan makanan yang tekah dimasak. Elakkan makanan mentah.

> Jika anda makan buah-buahan, kupas kulitnya.

> Jaga kebersihan dan keselamatan makanan/susu ibu serta peralatannya. Amalkan susu ibu.

> Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :

1. Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.
2. Gunakan tandas yang sempurna.
3. Buang sampah di tempat yang disediakan.

> Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain.

> Jika mengalami luka, pastikan ia dibalut dan tidak terkena banjir.

> Dapatkan pelalian/vaksin jika dinasihatkan oleh pihak kesihatan.

> Pesakit-pesakit kronik (seperti diabetes, darah tinggi dan lian-lain) serta ibu-ibu hamil perlu mematuhi nasihat pasukan perubatan.

> Patuhi nasihat yang diberi oleh anggota mkesihatan.

KARNIVAL SILAT KEBANGSAAN PIALA MENTERI BESAR TERENGGANU 2019

Pihak PESAKA Negeri Terenggnau (Persekutuan Silat Negeri Terengganu) akan menganjurkan Karnival Silat Kebangsaan Piala Menteri Besar Terengganu 2019 yang akan berlangsung bermula 18hb Disember 2019 hingga 21hb Disember di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Majlis Perasmian Pembukaan
Tarikh : 19hb Disember 2019 (Khamis)
Jam : 8.30 malam
Tempat : Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu
Perasmi : YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
                (Menteri Besar Terengganu)

Majlis Perasmian Penutup
Tarikh : 21hb Disember 2019 (Sabtu)
Jam : 3.00 petang
Tempat : Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu
Perasmi : YB Dato' Haji Yahaya bin Ali
(YDP Dewan Undangan Negeri terengganu merangkap
YDP PESAKA Negeri Terengganu)

Buat makluman Tuan/Puan, karnival ini akan disertai seramai 1600 peserta dari seluruh Malaysia termasuk jemputan dari Singapura, Indonesia dan Thailand.

KONSERT MEGASTAR BINTANG KECIL 2019

Penganjuran Konsert Akhir Bintang Kecil 2019 yang juga dikenali sebagai Megastar Bintang Kecil 2019 oleh Radio KLfm pada:

Tarikh                   : 7 Disember 2019 (Sabtu)Masa                     : 8;30 malamTempat                 : Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh, PerakSiaran Langsung : Saluran TV2 dan Facebook RTM-Radio Televisyen Malaysia

Megastar Bintang Kecil 2019 akan menampilkan 6 finalis terbaik seluruh negeri iaitu Sera Yue Zi Xin dari Kuala Lumpur, Nur Dhia Qistina Muhamad Khairulizam dari Pahang, Roddy Dezlly Roger dari Sabah, Puteri Nurnasuha Yahya dari Sarawak, Puteri Ainul Rarisya Zuraimi dari Perlis dan Qasrina Putri Adriana Abdullah dari Negeri Sembilan.

Megastar Bintang Kecil 2019 juga akan diserikan dengan beberapa artis tanah air dan kemunculan istimewa Floor88 dan Projektor Band.

Jom datang beramai-ramai.!!!