IKLAN

HUBUNGI TFM

Paparan Semasa

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Terengganu Sana-Sini

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, May 13, 2019

SKIM PEDULI KESIHATAN UNTUK KUMPULAN B40 (PeKa B40)


Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mempelawa penerima Bantuan Sara Hidup dan pasangan yang berumur 50 tahun ke atas untuk menyertai Skim PeKa B40. Skim ini menawarkan 4 manfaat:


  1. Saringan Kesihatan percuma di klinik swasta 
  2. Bantuan Alat Perubatan (sehingga RM20,000)
  3. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (berjumlah RM1,000) dan
  4. Insentif Tambang Pengangkutan (sehingga Rm1,000)
Info lanjut di www.pekab40.com.my atau hubungi 03-2730 7575

Wednesday, May 8, 2019

PENYEBARAN INFORMASI BAZAR RAMADHAN ANJURAN PERKIM

PERKIM Negeri Terengganu merupakan sebuah badan NGO dakwah dan kebajikan telah mengambil inisiatif menganjurkan Bazar Ramadhan pada tahun ini sebagai salah satu khidmat masyarakat dan juga proses penjanaan ekonomi bagi peningkatan tabungan kewangan PERKIM.

Lokasi Bazar : Tapak Pasar Tani Padang Hiliran (di belakang Giant Hypermarket, Terengganu Trade Centre (TTC) dan juga Perumahan Flet Hiliran)

Waktu Operasi : Bermula jam 3.00 petang setiap hari

Juadah : Aneka jenis makanan, minuman, kuih muih dan lauk pauk tradisional dan juga moden. Juga makanan tumpuan di bulan ramadhan seperti murtabak, roti john, netbat, tok aji serban, rojak kateh, dll.

Keunikan : Bazar ini disertai oleh mualaf (bimbingan PERKIM) dan juga kelompok ibu tunggal serta golongan belia yang baru bergiat dengan perniagaan.