IKLAN

HUBUNGI TFM

Monday, January 29, 2018

Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia Tahun 2018

Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia Tahun 2018

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Terengganu (JPPMNT) kini melaksanakan Geran Komuniti Penduduk 1Malaysia Tahun 2018

Ia bertujuan memastikan kawasan kejiranan berada dalam suasana selamat dan tenteram. Geran sehingga RM10,000.00 akan diagihkan bagi membiayai peralatan kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan kawasan kejiranan. Sehubungan itu, semua persatuan penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysian Negeri Terengganu (JPPMNT) adalah dipelawa untuk membuat permohonan tersebut.

Borang permohonan boleh dimuat turun di portal rasmi JPPM (www.ros.gov.my), portal rasmi sistem eROSES (www.eroses.gov.my), atau di kaunter JPPM Negeri yang berdekatan mulai sekarang dan tarikh tutup permohonan ialah 31 OKTOBER 2018.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mohonlah sekarang!!!

0 comments:

Post a Comment