IKLAN

HUBUNGI TFM

Tuesday, July 31, 2018

MAKLUMAT PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DAN NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI

MAKLUMAT PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DAN NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI


PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71).

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

HFMD biasanya bermula dengan demam, rasa tidak sihat yang disusuli dengan kurang selera makan. Kana-kanak mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari yang berkemungkinan menjadi lepuh.

VIRUS AKAN TERSEBAR DARIPADA PENYAKIT KEPADA ORANG LAIN (KHUSUSNYA KANAK-KANAK)

  • Batuk atau Bersin;
  • Hubungan rapat contohnya bermain;
  • Berlaku sentuhan dengan cecair lepuhan atau najis pesakit;
  • Perkongsian peralatan makanan seperti sudu, garpu atau peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan berus gigi;
  • Bersentuhan dengan permukaan atau barang yang telah dijangkiti virus seperti pemegang pintu tandas.
NASIHAT MENGENAI HFMD

a) Basuh tangan dengan sabun air bersih.
b) Tutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin
c) Jangan berkongsi barangan peribadi
d) Sentiasa mengekalkan kebersihan
e) Basuh semua alat mainan
f)  Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak mereka ke tempat awam
h) Jangan menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, atau sekolah sekiranya kanak-kanak tersebut menunjukkan tanda-tanda atau gejala kesihatan.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

  • Penjagaan kebersihan diri;
  • Amalan cuci tangan yang betul;
  • Penjagaan kebersihan persekitaran;
  • Pemeriksaan/Saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) taska/tadika/tabika/pra-sekolah dan sekolah
  • Disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar

0 comments:

Post a Comment