IKLAN

HUBUNGI TFM

Tuesday, October 16, 2018

MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 1440H/ 2019M


MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 1440H/2019M



Adalah sukacita dimaklumkan kepada Muslimin dan Muslimat sekalian bahawa Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) akan mengadakan

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1440H/2019M.

2.             Dalam kaitan ini, adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan untuk menyertai majlis ini.

3.          Majlis ini dibahagikan kepada tiga tahap :-

3.1.
Tahap Pertama
:1hingga10JuzuKdanTarannum
3.2.
Tahap Kedua
:
1 hingga 20 Juzuk
3.3.
Tahap Ketiga
:
1 hingga 30 Juzuk



(termasuk 2 soalan tafsir)

4.          Pemohon samada lelaki atau perempuan hendaklah memenuhi syarat-syarat umum sebagaimana berikut :-

4.1.    Rakyat Negeri Terengganu yang beragama Islam.

4.2.    Peserta hendaklah bermastautin di negeri ini sekurang-kurangnya satu tahun sebelum majlis diadakan. Kelayakan peserta bermastautin hendaklah mengikut alamat terakhir yang tercatat dalam kad pengenalan atau kad tukar alamat, kecuali kakitangan kerajaan, swasta dan pelajar hendaklah mendapat surat pengesahan daripada majikan.

4.3.    Peserta yang menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri melebihi satu negeri dalam tahun yang sama tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun berkenaan. Jika ia dapat dikesan, maka penyertaannya terbatal.


4.4.    Seseorang peserta yang telah berpindah ke negeri lain atau menyambung pengajian di pusat-pusat pengajian boleh mewakili negeri ini dengan syarat perpindahan tersebut tidak melebihi enam bulan dari tarikh mula berpindah. Bagi kakitangan kerajaan hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan, manakala bagi pelajar-pelajar hendaklah mendapat pengesahan daripada ketua institusi berkenaan.

4.5.    Peserta perempuan yang menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri hendaklah dalam keadaan tidak uzur syarie semasa ujian dijalankan kepadanya.

4.6.    Setiap peserta lelaki hendaklah memakai Pakaian Kebangsaan yang lengkap dan kemas (bersongkok, bersampin, berbutang baju, bersarung kaki dan berkasut) semasa majlis berlangsung khususnya ketika mempersembahkan bacaan dan Majlis Penyampaian Hadiah.

4.7.    Setiap peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang sesuai (menutup aurat) dan tidak dibenarkan menutup muka ketika mempersembahkan bacaan dan Majlis Penyampaian Hadiah.

4.8.    Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan dengan lengkap dan menyerahkannya kepada urusetia.

4.9.     Peserta yang benar-benar memerlukan bantuan sama ada disebabkan oleh kecacatan anggotanya atau kurang upaya, boleh membawa seorang pengiring ke majlis ini dan memaklumkannya kepada urusetia.

4.10    Peserta yang gagal memenuhi syarat-syarat di atas maka penyertaannya terbatal.

4.11.    Syarat-syarat penyertaan :

4.11.1.     Tahap Pertama (1 hingga 10 Juzuk dan Tarannum)

a.     Berumur tidak kurang dari 7 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 17MAC2019 (Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan).

b.     Jika mendapat johan atau pernah mengambil bahagian pada tahap yang lebih tinggi, tidak dibenarkan mengambil bahagian di tahun-tahun akan datang pada tahap yang sama.

c.      Sekiranya tidak mendapat johan, maka peserta dibenarkan mengambil bahagian di tahap yang sama setakat tiga kali sahaja atau pada peringkat yang lebih tinggi.

4.11.2.     Tahap Kedua (1 hingga 20 Juzuk)

a.     Berumur tidak kurang dari 7 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 17MAC 2019(Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan).

b.     Belum pernah mengambil bahagian dalam Tahap Ketiga pada tahun-tahun sebelumnya.

c.      Peserta tahap ini hanya dibenarkan mengambil bahagian sebanyak 3 kali sahaja (berturut-turut atau berselang) samada johan atau tidak, tetapi dibenarkan mengambil bahagian pada Tahap Ketiga.

4.11.3.    Tahap 3 (1 hingga 30 juzu’ dan Tafsir)

a.     Berumur tidak kurang dari 7 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 17 Mac 2019 (Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan).

b.     Setiap peserta dalam Tahap Ketiga hanya dibenarkan menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri sebanyak tiga kali sahaja dan tidak dibenarkan mengambil bahagian di Tahap Pertama dan Kedua.

c.     Peserta yang telah menjadi johan Tahap Ketiga tidak dibenarkan menyandang Johan melebihi 2 kali.

d. Sukatan soalan tafsir daripada juzuk 14 bermula ayat 1 surah al-Hijr hingga ayat 128 surah an-Nahl dengan berpandukan kitab tafsir Pimpinan Al-Rahman, terbitan JAKIM.

5.          Borang permohonan boleh diperolehi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Dakwah) dan semua Pejabat Agama Daerah dan juga boleh didapati dengan melayari laman web http:jheatweb.terengganu.gov.my

6.          Calon Persendirian hendahlah menghantar Borang Permohonan kepada Pejabat Agama Daerah masing-masing untuk mendapatkan pengesahan, manakala calon yang berada di institusi pengajian/sekolah hendaklah mendapatkan pengesahanpihak institusi pengajian/sekolah berkenaan.

7.          Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 NOVEMBER 2018 jam 1.00 petang.

Sekian, terima kasih.


JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (BAHAGIAN DAKWAH) PUSAT PENTADBIRAN ISLAM NEGERI TINGKAT 4, KOMPLEKS SERI IMAN KUALA TERENGGANU.

0 comments:

Post a Comment