IKLAN

HUBUNGI TFM

Saturday, December 14, 2019

SKIM HAFAZ AL-QURAN DEWASA TERBUKA NEGERI TERENGGANU PENGGAL PERTAMA TAHUN 1441H/2020M

JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU
PUSAT PENTADBIRAN ISLAM NEGERI

Skim Hafaz Al-Quran Dewasa Terbuka Negeri Terengganu
Penggal Pertama Tahun 1441H/2020M

Adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan menyertai program ini sebagaimana berikut :

1. Beragama Islam
2. Rakyat Negeri Terengganu yang bermastautin di negeri ini.
3. Tahap minima hafaz adalah tidak kurang dari 7 juzu' pertama mengikut susunan mashaf.
4. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 29 tahun bagi mereka yang memohon tahap di bawah 30 juzu'.
5. Seseorang yang berumur 30 tahun dan ke atas hendaklah memasuki tahap 30 juzu'.
6. Mana-mana pelajar dan Lulusan Maahad Taafiz atau mana-mana Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran atau yang seumpama dengannya yang ingin menyertai ujian hendaklah memasuki ujian tahap 30 juzu'.
7. Bersedia dan sanggup memberi sumbangan sukarela di Negeri Terengganu sahaja iaitu di tempat-tempat yang diarahkan atau dipersetujui oleh jabatan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Penyertaan masyarakat/kanak-kanak (pelajar-pelajar tuan/puan) dalam sumbangan tersebut hendaklah melebihi 15 orang. Sumbangan bermaksud :

a. Pengajian Kelas Al-Quran.
b. Kelas Fardhu Ain.
c. Mengajar Bahasa Arab.
d. Mengajar Ilmu Tafsir Al-Quran, Tajwid, Feqah dan lain-lain.

8. Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui borang JHEAT/D 2020 yang boleh didapati dari Pejabat Agama Daerah masing-masing dan juga boleh dimuat turun melalui laman web
http://jheatweb.terengganu.gov.my/
Untuk keterangan lanjut boleh berhubung di talian 09-6252525.



0 comments:

Post a Comment