IKLAN

HUBUNGI TFM

Sunday, August 19, 2018

Tempoh Bayaran Cukai Negeri Terengganu 2018

PENGUMUMAN TEMPOH BAYARAN CUKAI UNTUK TAHUN 2018 BAGI NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

  1. Sukacita memaklumkan bahawa tempoh bayaran cukai tanah tanpa denda bagi Negeri Terengganu untuk tahun 2018 telah dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan akan berakhir pada 31 Oktober 2018.
  2. Pembayaran awal sebelum tarikh akhir ini boleh mengelakkan denda lewat bayar. Denda lewat bayar cukai tanah tahun semasa 2018 akan bermula pada 1 November 2018.
  3. Bayaran cukai tanah termasuk tunggakan dan denda bolehlah dibuat di semua Kaunter Bayaran di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, (PTG) Terengganu, di Pejabat- Pejabat Tanah Daerah seluruh Negeri Terengganu dan di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.
Cukai tanah juga boleh dibayar melalui perbankan online bagi pengguna perkhidmatan Maybank2U di http://www.maybank2u.com.my/ 

0 comments:

Post a Comment