IKLAN

HUBUNGI TFM

Sunday, August 12, 2018

Jambori Basikal RMAF-GKCC 3.0 Bukit Puteri MTB Challenge 2018

Jambori Basikal RMAF-GKCC 3.0 Bukit Puteri MTB Challenge 2018

  1. Pangkalan Udara Gong Kedak akan mengadakan Kejohanan Jambori Basikal RMAF-GKCC 3.0 Bukit Puteri MTB Challenge pada 17 hingga 18 Ogos 2018.
  2.  Kejohanan ini akan melibatkan peserta seramai 1000 orang yang terdiri daripada kalangan warga TUDM dan awam di seluruh negara dan jarak yang akan dilalui oleh peserta adalah sejauh 45km. 10 kategori akan dipertandingkan iaitu Lelaki Elit, Lelaki Terbuka, Lelaki Master, Lelaki Veteran, Lelaki Otai, Junior, Heavy Weight, FatBike, kategori wanita dan kategori tertutup TUDM.
  3. Hadiah dan wang tunai yang disediakan adalah dari tempat pertama sehingga 10 dan Plaka dari tempat ke 11 hingga ke 15.
  4. Pengunjung boleh memiliki T-shirt kejohanan berharga RM40 dan jersi kejohanan berharga RM60.
  5. Pihak Pangkalan Udara Kedak juga akan mengadakan Pertunjukan payung terjun, pameran ketenteraan, gerai-gerai jualan dan promosi oleh syarikat-syarikat yang dijemput.
  6. Perkhidmatan Shuttle bus akan disediakan bermula pada jam 8 pagi hingga 6 petang
  7. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program tersebut.

0 comments:

Post a Comment