IKLAN

HUBUNGI TFM

Wednesday, November 7, 2018

SKIM BANTUAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG)

SKIM BANTUAN INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG) KEPADA PEKEBUN KECIL GETAH 

Lembaga Getah Malaysia menyalurkan skim bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada pekebun kecil getah supaya dapat meneruskan aktiviti menoreh sewaktu harga rendah di pasaran.

Jualan sekerap untuk Bulan Oktober 2018 akan dibayar sebanyak 20sen/kg. Pemilik atau penoreh boleh menuntut melalui pelesen getah atau datang sendiri ke Pejabat LGM di Batu Buruk, Kuala Terengganu ataupun di Pejabat LGM Kg Tok Dor di Besut dengan membawa :

  1. Resit jualan rasmi bagi bulan Oktober 2018
  2. Kad Pat-G berwarna hijau (LGM)
  3. Salinan buku bank
#Bantuan diberi kepada siapa yang keluarkan hasil getah sahaja.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Nov 2018

TELEFON LGM KUALA TERENGGANU - 09-6301650
TELEFON LGM BESUT KG TOK DOR - 09-6921872

1 comments:

  1. kenapa ipg saya tiba-tiba tidak dapat pada bulan 9 & 10.

    ReplyDelete