IKLAN

HUBUNGI TFM

Saturday, November 10, 2018

INTISARI BELANJAWAN 2019

INTISARI BELANJAWAN 2019

BERKAITAN ISLAM & BUMIPUTERA
  1. Kerajaan  memperuntukkan sebanyak RM1.2 billion bagi tahun 2019 berbanding RM1.1 bilion tahun 2018 bagi memastikan kemajuan syiar islam tidak terjejas.
  2. RM150 juta lagi disediakan untuk laksana program pembinaan masjid dan surau serta modul pembelajaran agama gunakan Braille.
  3. RM125 juta diperuntukkan kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan sekolah pondok berdaftar.
  4. Penubuhan Jawatankuasa Khas Kewangan Islam diketuai oleh Kementerian Kewangan.
  5. Penjawat awam diberikan 7 hari cuti tanpa rekod bagi menunaikan umrah.
  6. Bank Pembangunan (Islamic Bank) mendapat dana RM500 juta untuk membantu teksi dan syarikat bas membuat pembiayaan hanya pada 2 peratus kadar keuntungan.
  7. Potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan kos tambahan sewaktu terbitan Sukuk di bawah prinsip Wakalah dan Ijarah.
INSIATIF UNTUK BUMIPUTERA
  1. Biasiswa & pinjaman pelajaran sehingga 3.8 bilion melalui agensi kerajaan. RM2 bilion daripadanya adalah untuk BUMIPUTERA.
  2. Peruntukan RM210 juta sebagai agenda pemerkasaan pendidikan BUMIPUTERA.
  3. EXIM Bank (sebuah perbankan Islam-untuk semua pembiayaan barunya) perolehi dana RM2 bilion untuk bantu PKS
  4. 100 Juta diberikan kepada syarikat PKS bagi mengembangkan industri halal.
  5. Dana khas bagi skim pembiayaan patuh syariah untuk eksport produk halal sebanyak RM 1 bilion, kadar keuntungan kecil iaitu 2 peratus.
  6. PUNB iaitu sebuah agensi 100 peratus patuh syariah memperolehi dana sebanyak RM 200 juta dan TEKUN memperolehi sebanyak RM 100 juta.
POTONGAN DAN PENGECUALIAN CUKAI

       1. Potongan cukai perbelanjaan yang ditanggung syarikat semasa terbitan sukuk runcit untuk 
           3 tahun tafsiran mulai tahun 2019.
       2. Potongan cukai buat majikan yang membantu membayarkan hutang PTPTN pekerja sepenuh               masanya, dengan syarat syarikat tidak menuntut kembali dari pekerjanya.
       3. Perlepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 keatas caruman KWSP dan RM3,000 ke atas
           takaful kesihatan.
       4. Diskaun sehingga 15 peratus bagi bayaran awal PTPTN.
       5. Hapus kira baki hutang peminjam berusia 60 tahun yang berpendapatan kurang RM 4000
       6. Potongan cukai korporat dari 18 peratus daripada 17 peratus bagi syarikat Perusahaan Kecil                 Sederhana pendapatan bawah RM 5000,00 dan juga yang modal berbayar RM2.5 juta                           kebawah.
       7. Sistem kredit untuk potongan cukai jualan bagi pengilang kecil mulai 1 januari 2019.
       8. Pengecualian duti setem bagi pembeli rumah pertama untuk harga rumah RM 300,000 yang                 pertama.
       

SUBSIDI DAN BANTUAN UNTUK RAKYAT YANG MEMERLUKAN

  1. Subsidi bil elektrik bulanan RM 40 ke bawah, ini membantu golongan miskin tegar. 
  2. Subsidi minyak bersasar kepada pemilik kenderaan 1500 cc (dapat 30 sen seliter dengan  maksimum 100 liter) ke bawah dan motorsikal kapasiti enjin 125 cc (maksimum 40 liter). kadar maksimum diperlukan bagi mengelakkan di salahgunakan.
  3. Potongan majikan caruman majikan dikurangkan kepada 4 peratus kepada pekerja berusia 61-65 tahun, dan tidak perlu pekerja usia tersebut mencarum KWSP bagi meningkat wang bolehguna bulanan mereka sambil menggalakan syarikat memberi peluang warga emas produktif untuk bekerja.
  4. Bagi kumpulan B40, ada nikmat perlindungan percuma ke atas empat jenis penyakit kritikal sehingga RM 8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital.
  5. Bantuan RM1000 bagi keluarga berpendapatan RM2000 ke bawah.
  6. RM120 bagi setiap anak berumur 18 tahun ke bawah sehingga anak keempat akan dapat bantuan ini. Manakala anak OKU terus mendapat bantuan tanpa mengira had umur. perkara ini bagi pendapatan isi rumah kurang daripada RM2000.
  7. Pinjaman rumah pada kadar 3.5 peratus untuk golongan berpendapatan RM2300 ke bawah bagi rumah berharga RM150,000 ke bawah sahaja.
  8. Pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan meliputi rel dan bas, dan juga pas RM50 bagi rapid KL sahaja.
  9. Bonus RM 500 bagi penjawat awam gred 54 ke bawah.

PELBAGAI BANTUAN

  1. Pegawai lantikan kontrak perkhidmatan awam sekitar 30,00 orang akan menikmati kemudahan tetap seperti penjawat tetap.
  2. Kenaikkan gaji minimum kepada RM1,100 seluruh Malaysia.
  3. Aplikasi Price Cather sebagai platform pemantauan harga barangan melalui perkongsian data. Perkara ini membantu meningkatkan info tepat buat pengguna dan kerajaan.
  4. Syarikat besar dan tersenarai dikenakan peraturan baru agar merapatkan jurang gaji dengan memaparkan laporan nisbah gaji tertinggi dan terendah. Tindakan lanjut akan diambil kemudiannya.
  5. Saringan kesihatan kanser payudara, vaksinasi HPV dan pap smear secara percuma di hospital dan klinik kerajaan.
  6. Semua restoran dan kedai makan, kawasan 'bebas rokok'
  7. Kaedah 'Zero Based Budgetting' diperkenalkan bagi menambah keefisyenan, kecekapan dan penjimatan
  8. Tambahan pegawai SPRM sehingga 100 orang bagi meningkatkan keberkesanan menangkap perasuah.
  9. Cukai judi telah dinaikan. Sebarang tindakan yang kurang mesra industri perjudian adalah suatu inisiatif baik.
  10. Wujud sekurang-kurangnya dua akta baru bagi mengawal kerajaan dalam menambah hutang dan perbelanjaan besar kerajaan. Manakala satu lagi akta perolehan bagi mengawal proses pembekalan bagi mengelakkan rasuah, menggalakan persaingan sihat dan menambahbaik urusan tender untuk mengelakkan ketirisan. 
      

0 comments:

Post a Comment