IKLAN

HUBUNGI TFM

Tuesday, October 22, 2019

PERTANDINGAN DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI KALI KE 26 TAHUN 2019

JABATAN ALAM SEKITAR


Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Jabatan Alam Sekitar akan menganjurkan Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pendidikan Tinggi Kali Ke 26 Tahun 2019 yang akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri MESTECC.

Pertandingan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan isu-isu semasa berkaitan alam sekitar, yang akan bermula pada 1 November 2019 di peringkat saringan dan akan berakhir pada 3 November 2019 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kuala Nerus, Terengganu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web dan Facebook Jabatan Alam Sekitar

0 comments:

Post a Comment