IKLAN

HUBUNGI TFM

Tuesday, October 8, 2019

PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN DAN CAKNA PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu


Jabatan Negeri Terengganu akan mengadakan Program Jelajah Pendidikan Dan Cakna Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan berlangsung di Mesra Mall, Kemaman Terengganu pada 11 & 12 Oktober 2019. Jelajah Pendidikan akan bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam setiap hari.


Jelajah Pendidikan dan Cakna Pendidikan KPM akan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-


  1. Pameran Bahagian-bahagian KPM
  2. "Show case" kejayaan pelajar-pelajar Terengganu.
  3. Khidmat nasihat daripada Bahagian-bahagian KPM
  4. Persembahan tarian daripada murid-murid sekolah dan Institusi pengajian tinggi
  5. Persembahan band murid-murid Terengganu
  6. Persembahan tarian Sewang murid-murid Sk. Sg. Pergam
  7. Persembahan Kertuk Ulu murid-murid SMK Kuala Jenderis


Perasmian program akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dr. Maszlee bin Malik Menteri Pendidikan Malaysia


Tuan-tuan dan Puan-puan dijemput hadir ke program Jelajah Pendidikan dan Cakna Pendidikan KPM 2019 tersebut.
Sekian, Terima kasih

0 comments:

Post a Comment