IKLAN

HUBUNGI TFM

Saturday, September 21, 2019

KARNIVAL FARMASI NEGERI TERENGGANU TAHUN 2019

JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU
KARNIVAL FARMASI NEGERI TERENGGANU TAHUN 2019


Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Unit Farmasi, Hospital Hulu Terengganu dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu akan menganjurkan:-


Perkara : Karnival Farmasi Negeri Terengganu 2019
Tarikh : 2 Oktober 2019 (Rabu)
Masa: 7:30 pagi - 2:00 petang
Tempat : Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu


Karnival ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Farmasi Sedunia dengan tema 'Safe & effective medicines for all'

Pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan seperti Cabutan bertuah, Forum 'Selamatkan Ubat Anda?', Konsultasi Ubat-ubatan, Pameran kesihatan & agensi luar, Kempen derma darah, Pemeriksaan kesihatan & pergigian serta pelbagai lagi acara dan pertandingan yang menarik.


Jom beramai-ramai bagi memeriahkan lagi karnival ini disamping mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kesihatan terutama berkaitan ubat-ubatan bagi memastikan anda menggunakan secara selamat dan efektif.


Jumpa disana!

0 comments:

Post a Comment