IKLAN

HUBUNGI TFM

Monday, March 16, 2020

APA ITU COVID-19


Coronavirus atau lebih dikenalpasti sebagai COVID-19 merupakan virus baharu yang dipercayai mula merebak dari Negara China di Wuhan dan dipercayai berpunca daripada haiwan.

Dan kini telah merebak di beberapa Negara termasuk Malaysia dengan catatan kes yang semakin meningkat disahkan positif virus Covid-19 setakat Mac 2020. Apakah simptomnya?

Jika anda baru pulang dari melancong ke luar Negara, dan mengalami demam, batuk dan selesema, segeralah ke pusat kesihatan berdekatan.
Langkah pencegahan boleh diambil dengan menangguh perjalanan percutian anda ke Negara yang disyaki sedang menular virus Covid-19.
Sentiasa memakai penutup mulut dan hidung dan membasuh tangan setiap kali sebelum dan selepas melakukan aktiviti.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penularan virus Covid-19 di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) http://www.moh.gov.my/

0 comments:

Post a Comment