IKLAN

HUBUNGI TFM

Monday, March 16, 2020

KAPSUL: DARI MANA BERMULANYA COVID-19?

Apa itu Novel Coronavirus? Coronavirus adalah keluarga virus besar yang menyebabkan pelbagai penyakit daripada selesema seterusnya pneumonia hinggalah ke penyakit lebih teruk seperti simptom berkaitan dengan MERS-Cov dan SAR-Cov.

Virus ini boleh menyerang haiwan dan manusia dimana boleh menular dari manusia ke manusia lain.

Virus ini yang dikenalpasti merebak dari Wuhan, China kembali pada tahun 2019 dinamakan sebagai NCov-19 dimana sebelum ini pernah berlaku pada tahun 1960.

Novel Coronavirus merupakan spesis baru yang belum pernah ditemui oleh manusia dan berpotensi untuk menyebabkan penyakit teruk dan kematian.

Merujuk kepada World Health Organization (WHO), cara jangkitan virus ini kepada manusia masih belum dikenalpasti.

Namun setakat ini, masih belum ada vaksin untuk pesakit Coronavirus.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penularan virus Coronavirus (NCov-19) di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) http://www.moh.gov.my/

0 comments:

Post a Comment