IKLAN

HUBUNGI TFM

Monday, March 16, 2020

PERBEZAAN ANTARA ENDEMIK, EPIDEMIK DAN PANDEMIK.


Sejauh manakah kefahaman anda mengenai endemik, epidemik, dan pandemik?

Endemik wujud dalam masyarakat setempat dengan kadar yang stabil serta rendah seperti tahun tahun sebelumnya. Sebagai contoh, penyakit denggi.

Epidemik dikenali sebagai penularan wabak bagi penyakit tertentu meningkat melebihi daripada kadar biasa dimana mula menjangkiti jumlah individu yang ramai pada satu tempoh tertentu.

Pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang skop yang lebih besar dan tidak terhad kepada satu komuniti sahaja dimana boleh melangkaui sempadan benua atau mungkin seluruh dunia jika dibiarkan melarat dan mampu membunuh ramai orang dalam masa yang singkat.

Pada 11 Mac 2020, Penubuhan Kesihatan Sedunia, World Health Organization (WHO), menyatakan Coronavirus diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik.



0 comments:

Post a Comment